JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Tuesday, June 4, 2013

Sembang Lucah? Perlu Ke?


update entry sambil dengar lagu My Baby You - Love Song. super simple song tapi tetap menusuk di kalbu. very powerful voice. aku ngantuk tapi aku gagahkan jua kudrat ini untuk mengupdate blog. bangganya jadi aku. haha. kalau tak selalu bertangguh nak update. dasar pemalas.pemalas dan pemalas. sekian.

Zaman dah moden. pemikiran pun semakin moden dan lebih terbuka. dah boleh terima pendapat dan boleh juga beri pendapat. tapi kalau terbuka sangat pun tak payah melampau sangat. moden moden pun pertuturan kata harus dijaga juga. orang kata janganlah hilang tatasusila tu.

Sembang Lucah. sumpah sebenarnya aku memang tak suka gila kalau tiba-tiba dah seronok bersembang rancak muncul pula entah langau dari mana buka cerita pasal benda-benda macam ni. aku tahu masing-masing dah besar dah matang tapi tak perlu lah kau sentiasa nak melucah kan. cakap sikit kau melucah. bukak topik yang tak berkaitan langsung pun kau boleh lucahkan benda itu. alahai, kawan. beragaklah sikit. ade 2 kategori ;

1) straight foward

2) berkias

Perbualan yang 'straight foward' itu adalah di antara si gadis dan juga lelaki yang telah berakhwin. manakala perbualan 'berkias' itu kedua-duanya belum berkahwin. benda ini selalu gila aku dengar. selalu sangat. hampir setiap masa. aku malu dan geli. berdiri bulu roma.

nak nak lagi kalau yang ketuanya perempuan pula. haduyai. aku dengar pun malu gila. secara jujurnya aku tak suka. kalau yang bercerita lucah itu dah berkahwin dan juga sudah beranak boleh lah aku terima kau nak bersembang lucah dengan kawan-kawan kau. kau tu dah la belum kahwin bersembang dengan orang yang dah berkahwin tanya pasal skill lah, bentuk lah. what the fish man!

cuba lah malu sikit. bersopan sikit. kau nak bercerita macam itu tengoklah tempat yang sesuai. orang kata cakap malam dengar-dengar, cakap siang pandang-pandang. bukan pakai semberono sahaja cakapnya. kalau kau tak malu dengan aku, kau malu la dengan diri sendiri. tapi kalau dengan diri sendiri pun tak malu tak boleh cakap apa lah.

kalau dah gatal sangat asyik nak bercerita lucah je kau pergi la kahwin sana. kau nak tiap-tiap hari nak cerita lucah pun boleh dengan husband or wife kau. tiada masalah. tapi bukan cerita dengan orang luar. haih. manusia zaman sekarang kalau terlalu open pun susah juga. dah jadi macam satu hobi pun ye juga benda ini aku lihat. makin parah..aku tiap-tiap hari kena menadah telinga. ignore macam mana pun dengar juga.:(

awak-awak semua itu senior kitorang. jadi please be mature. hormat orang lain juga. ingatlah ada benda yang kita boleh bercerita. tapi kalau dah dalam kain pun kau cerita kat orang tak tahu nak cakap apa. mulut orang ini bukannya boleh ditutup. sentiasa terbuka adalah. jadi nanti janganlah mengamuk kalau kau dengar cerita yang tak best tentang kau dari orang lain.

p/s : mengeluh berat.


yang ikhlas,

Nurbayah.

No comments:

Post a Comment