JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Monday, September 9, 2013

Satu Tidak Cukup

Assalamualaikum..

Entah kenapa tiba-tiba rasa kekok umpama dah lama tak menaip panjang-panjang..lagi kekok bila nak zahirkan apa yang terlintas di dalam minda ketika ini...idea kadang datang kadang hmmmmm ke laut huhu..

Life saya Alhamdulillah macam biasa.nothing special.wanita biasa.hehehe..bekerja dalam kelompok yang pelbagai sedikit sebanyak membuat saya sentiasa bermuhasabah.takut terlalu meninggi takut pula terduduk hingga tak mampu berjalan.melihat mereka yang gah membuat saya terfikir sebentar "adakah aku begini jika aku sudah berada seperti di tempatnya?"..bimbang.bimbang bila terlupa mensyukuri.bimbang terlalu leka dengan nikmat yang melimpah.takut andai diri ini tergolong dalam golongan orang yang sombong dan tidak bersyukur.

bila melihat ke satu sudut lain hati bertambah resah.mampukah aku mengharung dugaan sehebat mereka.takut andai diri ini sentiasa rebah meredah ujian yang maha hebat.bimbang kalau-kalau diri ini menyalahkan takdir..


melihat situasi-situasi ini hati jadi tersentuh.syukur dengan apa yang dinikmati walau diri tidak sehebat orang lain.teringat kata seorang teman SATU TIDAK CUKUP SERIBU TERLALU BANYAK.sebenarnya saya kurang faham bila seorang teman saya menyebut pepatah itu dalam satu sesi perjumpaan notivasi sedikit masa dahulu..saya berkerut dahi. Makin bingung dibiarkan merungkai pepatah itu.Makin lama saya menyelusuri dunia baru ini saya mula mengerti apa sebenarnya istilah itu.kini saya faham.sangat-sangat memahami..benarlah pengalaman guru paling berharga..teladan dan pengalaman mendewasakan manusia.

Friday, September 6, 2013

pinjam semangat

Assalammualaikum..
Saya suka berbual dengan makcik-makcik cleaner kat sini
nampak bahagia sangat.
 
Bersembang dengan diorang ni pun buat dada rasa lapang.
Gelak macam tak ada masalah.
 
Senyum macam dunia terlalu suci.
Semangat ini yang saya pinjam.
Semangat ini yang buat saya pertambah rasa syukur.
 
Betul!!
 
Gaji dia lebih kecil.
Tapi dia dapat mengawal dunianya.
Dia tahu mana tempatnya.
Dia sedar tanggungjawabnya .
 
Tabik spring!!!
 
Lagipun, saya memang suka bercampur dengan orang yang kerjanya berpanas panasan
 
daripada yang kerjanya di dalam dingin ciptaan manusia ni.
Semangatnya lain
Imannya lain
Mutunya lain
 
yang paling penting,
bahagianya dasyat.
 
tak pernah merungut duit tak cukup
tak pernah merungut kerjanya panas
 
 
Pinjam semangat ye Cik!
 

Pandai yang bodoh

Bab kerja dimana-mana sahaja mesti akan berjumpa dengan orang yang berlainan arah cara bekerja dan kepandaian seseorang itu dalam bekerja juga berbeza mengikut individu.

Sebenarnya bekerja dengan orang yang kurang pandai ini kurang sakit hatinya berbanding bekerja dengan orang yang hanya pandai bercakap tetapi hasilnya nan ado.Kalau dah tahu diri tu tak ada knowledge tentang sesuatu perkara yang dibincangkan,tolonglah jangan cuba bercakap yang lebih menyerlahkan kebodohan kau lalu membuatkan aku merasa jengkel.


Merosakkan mood aku juga sebenarnya ni.


Mengadu kat Bos berjela-jela.Bos aku gelak-gelak nasihatkan aku cool down.Siap renjis-renjis air.Buang tebiat ke apa?

Thursday, September 5, 2013

Pasti janji Allah


 
Cantik, cantik juga. Hensem, hensem juga. Tapi kena ingat, nak hidup dengan pasangan bukan satu dua hari, tapi selama-lamanya.

Pilih kerana rupa tak kekal lama. Pilih kerana harta cuma sementara. Tapi pilih yang beragama dan berakhlak, pasti bahagia hingga ke syurga. InsyaAllah.

Monolog

Assalamualaikum wbt..

Memang naluri manusia suka yang indah..saya pun begitu..kalau boleh saya mahukan hidup yang sempurna tanpa ada cela..tapi itu jika diikut nafsu dan kata hati..saya masih sedar dan percaya pada aturan Allah..tiap yang jadi telah pun direncanaNya..lihat di sekeliling saya jadi takut..takut menjadi riak seperti mereka,bimbang menjadi sombong seperti mereka,risau jika saya termasuk dalam golongan orang yang tidak bersyukur..


Biarlah hidup saya serba sederhana andai itu baik bagi saya..tidak mahu terlalu mewah..cukup sekadar ada..ilmu saya terlalu cetek untak saya bermegah-megah dengan nikmat dunia..terlalu sedikit !! itu yang saya cuba untuk tambahkan..biar ilmu itu tidak nampak pada zahir tapi berguna untuk saya dan yang lain..saya takut untuk memandang rendah pada orang lain kerana saya pun tidak pasti tinggi atau rendahnya ilmu orang lain....saya cuba hindari dari mengejek atau menghina..kerana saya tidak pasti adakah mungkin andai Allah berikan hidayah kepadanya dia mungkin akan jauh lebih baik dan hebat..doakan dia.doa tanpa pengetahuan dia itukan lebih baik.


maaf kerana terpaksa membaca monolog saya :)

 

Wednesday, September 4, 2013

Wordless Wednesday


‎"Orang akan ingat 1 kesalahan kita, bukan 10 kebaikan kita..."

tapi ada juga orang licik dengan

"Mengingatkan 1 kebaikan mereka dan menutup 10 kesalahan mereka..."
hidup oh hidup..
 
"Salah orang lain nampak, salah sendiri buat tak tahu..."
 
Dunia oh dunia..

Monday, September 2, 2013

pagi Isnin yang indah yang membuatkan saya tersenyum :))


Salam 1-0..Salam 9 mata..Salam Top Of The Table Sume!! ♥

 
 
LIVERPOOL - Daniel Sturridge muncul WIRA Liverpool buat kali ketiga berturut-turut apabila jaringan tunggalnya membantu Reds menumpaskan musuh tradisi, Manchester United 1-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Anfield semalam.







 
I LOVE YOU MY HERO.STURRIDGE.....(tak sesio den sayang kat ekau)