JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Tuesday, June 10, 2014

Lelaki kalau dah mengumpat

Antara lelaki dengan perempuan, siapa yang lagi kuat mengumpat? Ehehe... 

Perempuan memang sinonim dengan hobi kuat mengumpat, tapi jangan tak tahu, lelaki... kalo dia dah start mengumpat... lagi kronik daripada perempuan. Lagi direct, lagi pedas, lagi meleret-leret. 

Lagi bahaya kalau jenis lelaki yang ko nampak macam muka ganas, depan orang pun nampak kaku dan tak pandang atau tak pedulikan orang sekeliling. Tapi dalam diam-diam mengumpat. 

"Kau tau tak Gadis A ni dulu ada scandal dengan Encik A"

"Kau nak tau, perangai Puan A ni memang teruk, ada ke patut dia buat macam tu, macam ni..."

"Kau perasan tak Puan B ni sekarang dah gemuk, memang lain terus muka dia, dah jadi buruk dah aku tengok"

Serta banyak lagi statement yang aku sendiri sebagai seorang perempuan yang aku rasa macam title kaki ngumpat tu aku pegang, tak tahan nak dengar. Sakit telinga hoiihhh.... Tapi terpaksa jugak dengar. Sebab mereka mengumpat secara open, dah takde nak bisik-bisik macam geng pompuan mengumpat. 

*tengah korek telinga yang terasa gatal.*


p/s :Aku pulak mengumpat orang yang mengumpat tu kat dalam blog. hahahahahah... Genius.

 

Wednesday, May 28, 2014

Kasih Sayang Cinta dan Rindu

KASIH
Pabila dia memandangku dengan penuh rasa . Pabila dia menyentuhku dengan penuh belaian.
SAYANG
Setiap kali keluar dari  rumah akan berpesan :
" Sayang bawak kereta hati-hati ".
RINDU
Setiap hari juga apabila sedang sibuk bekerja , dia akan tiba-tiba menghantar sms atau whatsapp . Atau sekadar bertanya sibuk ke? Dah makan ke belum?banyak kerja ke hari nie?
CINTA
Ketika ku sakit dia akan pastikan aku makan ubat mengikut masa.
Ketika ku sedang tidur tidak pernah mengeluh walau sedikit tentang kelemahanku ,
Ketika ku keletihan dialah tukang urut terbaik untukku.
KASIH SAYANG RINDU CINTA
Semua ini ku kenal setelah bernikah dengannya . Ketika zaman bercinta , tak pernah ku lihat dia sebegini .
Cuma yang aku tahu dari dulu hingga kini yang pasti ada ialah kesabarannya .
Sabarnya dia mendengar bebelanku ,
Sabarnya dia menangani sifat pemarahku ,
Sabarnya dia memujukku ketika ku protes sesuatu .
Sungguh . . Orang kalau tengok dia secara lahiriah akan menganggap dia seorang yang garang , bengis dan tegas .
Tapi percayalah . garang , bengis dan tegas semua hampir tiada padanya ketika berda disampingku .
semua sifat yang tiga itu ada padaku , Dia umpama unsur natural yang berada disekelilingku .
Setelah satu tahun dan seorang suami (InshaAllah akan ke syurga bersama) barulah kukenal erti kasih , sayang , rindu dan cinta.
Sesungguhnya aku hanyalah seorang isteri yang banyak kekurangan , Dan dia adalah suami yang terlalu sempurna bagiku .
Terima  Kasih Sayangku !!

Monday, May 26, 2014

Bangun dan Jatuh

Tidak tahu kenapa bila setiap kali aku cuba untuk jadi baik aku akan tergelincir. Aku cuba bangun balik dan kemudian merangkak tapi entah kenapa aku tetap akan jatuh, aku cuba untuk bangun balik ambil balik semangat untuk melawan dugaan tapi masih aku tetap akan jatuh tergelincir.

Aku tahu aku bukan maksum, aku manusia biasa yang berdepan dengan cerita hidup yang pelbagai, dan bila cerita hidup aku itu adalah perit aku jatuh walau betapa kuat aku bertahan.


Berusaha menjadi lebih baik dari semalam memang bukan senang dan rupanya usaha itu betul-betul tidak pernah mudah.


Orang sekeliling aku bagi nasihat serupa "teruskan, teruskan, teruskan". Tapi melakukan sesuatu perkara baik dengan jiwa yang penuh pengharapan tidak semudah berkata senafas teruskan.


Aku tidak tahu akan berapa lama lagi aku perlu berjuang untuk diriku sendiri dan aku tidak tahu berapa lama perlu aku bertahan. Tapi hatiku masih kuat mahu berubah, berubah untuk menjadi seorang manusia yang sekurang-kurangnya lebih baik dari siapa aku yang sebelumnya.

Thursday, May 22, 2014

Pelik

Pernah tak timbul satu rasa dalam diri yang kita tak tahu nak explain apa dan macamana.
Sedikit rasa malas, sedikit boring, sedikit marah, sedikit penat, sedikit malas nak ambik peduli, sedikit ragu, sedikit rindu, sedikit letih, sedikit mahu mengalah, sedikit mahu melawan, sedikit geram sedikit itu-sedikit ini. Yang bila dicampur ianya jadi satu perasaan yang pelik.


Dan perasaan bila ia jadi pelik, tindakan kita juga pelik-pelik belaka, fikiran juga jadi pelik, kata-kata juga jadi pelik, dalam keadaan ni kalau nak kata susah tidaklah, tapi mungkin agak jengkel untuk diri sendiri bila apa yang sepatutnya kita tidak fikir begitu akan datang dalam fikiran lalu kita buat kesimpulan logik tapi hampir mustahil untuk diterima akal manusia.

Itulah sebabnya, jangan suka buat assumptions sendiri, jangan fikir kita lebih baik banding orang lain atau sebaliknya, jangan pakai sangka-sangka, jangan selalu serkap-serkap, jangan suka sangat fikir terlalu jauh. Sebab bukan saja otak jadi letih tapi perasaan pun akan terganggu. Tu yang jadi pelik tu.