JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Tuesday, October 7, 2014

Melepaskan Kerinduan

Maaf, dah lama tak menulis di sini .

Memang ada rasa malas, tapi malas boleh dipupuk kepada rajin. Memang ada rasa kekeringan idea, tapi semua itu alasan untuk bermalas-malasan. Agak lama juga tiada entri baru di sini. Nanti-nanti saya akan menulis ya.

Assalamualaikum.

ya hampunnnn,
lama sudah saya tinggalkan blog ni tanpa diberi perhatian.
bukannya apa,dah lama saya tak boleh nak bukak website blogger nih.
katanya email saya tak sah gitu. sampai hati!

apa yang nak dilepaskan kerinduan sangat nie?saya rindu lah kat semua...
yang selama ini saya cuma kenal di dunia blog.ada lah beberapa orang yang saya curi-curi jugak baca sekejap blognya tapi tak boleh nak menulis komen.

dan saya juga rindu nak menulis cerita-cerita merapu dan meroyan lagi.
macam dolu-dolu.banyaknya luahan hati dan dedikasi yang nak saya ceritakan.bayangkan la berapa lama pendam kan.kalau sekali keluar gamaknya memang terburai semua cerita.

Time flies so fast!

Don't worry. I'm still here.
No matter what happen.


Thursday, September 11, 2014

Salam Rindu~ ..

 
“..Telah kusiapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri

Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri...
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku..”


Dalam kereta pagi tadi terdengar lagu ni. punya sedih. tengah rindu plak tu. :( terus rasa nak nangis. memang ternangis sudah pun. 

Sejak di alam sekolah rendah lagi.. Lagu ni sering bermain di corong-corong radio..Sering menjadi siulan rakan-rakan di kelas walaupun masa tu masih tak mengerti lagi makna yang tersirat disebalik lagu itu..

Dan suamiku pernah menyatakan , bait-bait lagu ini ditujukan khas untukku..

suami, rindunyaa. 

Ya Allah, permudahkan lah urusan suamiku. 

permudahkan segalanya bagi kami.

Amin.

Buat semua yang sudah bergelar isteri.. jadilah isteri yang terbaik.. kerana wanita yang solehah itu lebih baik dari 70 bidadari syurga.. percayalah.. ganjaran Allah itu besar nikmatnya.. pesanan juga buat diri ini.. pengalaman lalu, menjaga hati lelaki yang masih belum ada apa-apa ikatan itu tak sama dengan "LELAKI itu iaitu teman sepanjang hidup = seorang suami".. jaga hati, jaga kehormatan dan menjadi wanita yang taat pada agama dan suaminya.. InsyaAllah...



 


 

Friday, August 22, 2014

Aduiii Susahnya ..

Saya sedang mengusahakan satu samples project yang .. Aduii susahnya .. remehnya .. bencinya. Nak saja saya berkata tidak ..
 
Yang saya boleh buat ialah memujuk hati saya agar berfikiran positif dan teruskan jugak walaupun dalam hati .. Ohhhh tidakkkk. Nape aku? Bagi la kat dia. Finally, sesudah bersusah payah beberapa hari .. Akhirnya .. YES!!! Alhamdulillah. Tiap kesabaran ada ganjarannya..kan.

Friday, August 15, 2014

Iklan kejap..hehe ' Dengarlah Bintang Hatiku.. '

Dengarlah Bintang Hatiku – Demeises
 
Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu
Dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju
Dan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati
 
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku
 
Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu
Dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju
Dan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati
 
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku
 
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku
 
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku
Karena bagiku engkaulah nyawaku
 
 
Dear Mr Hubby

Thank you , Abang... I know you have sacrificed a lot for me. And thank you for all those little things you do that I could never thank you enough.You know I could never ask for a better husband other than you. Thank you.. I know you read my blog silently. Hehehe.. 

Monday, August 4, 2014

First day bekerja Selepas bercuti Raya

Hari ni first day aku naik keje setelah seminggu bercuti hari raya. Nak naik keje pun macam malas je kan. Maklumlah dah seminggu duk kat rumah. Beraya sana sini tu yang rasa macam malas nak kerja tu.

Pagi tadi pun rasa macam malasnya nak keje... tapi tak boleh nak turutkan hati yang malas tu sangat. Nanti akan menjadi lebih malas. Jadi, dengan penuh semangat bangun pagi-pagi bersiap-siap dengan rapi dan pergi keje. Dalam fikiran ni takde lagi ingat-ingat kembali time-time waktu cuti aritu. Walaupun sepanjang bercuti telah meninggalkan kenangan-kenangan yang sememangnya sangat berharga untuk dikenang-kenangkan. Tapi buat masa sekarang ni aku letakkan dia kat tepi dulu untuk memberi laluan kepada semangat bekerja kembali menerjah segenap urat saraf. Theheh... Selamat menjalankan tugas kembali kepada semua kawan-kawan yang telah mula bekerja kembali setelah bercuti hari raya.Semoga kita semua terus bersemangat menjalankan amanah dan tanggungjawab kita dalam bekerja.

Wednesday, July 9, 2014

Solusi Sementara

Bukan terlalu memilih atau membenci.
Tapi aku cuba mencari strategi.
Biar tetap bersama asalkan tidak berkelahi lagi.
Seperti apa yang sudah berlaku sebelum ini.


Sejujurnya hati aku bukanlah besi berani.
Yang tak ada rasa walau dipukul berkali-kali.
Aku cuma mahu mengelak dari timbul rasa benci.
Kerana itu aku memilih solusi ini.


Mungkin kita takkan jadi seperti dulu.
Di mana ada kau, di situ ada aku.
Kerana peristiwa yang telah berlaku.
Hubungan ini diuji sementara waktu.
Maka, cekalkan hati yang berlaku biarkan berlalu.


Semoga Dia memberi kita jalan untuk menyelamatkan ukhuwwah yang hampir mereput.

Thursday, July 3, 2014

Indahnya sebuah kemaafan :)

Alhamdulillah. Hari ni Allah hantar seseorang untuk memberi peringatan kepada saya tentang memaafkan. saya sangat respect orang yang sanggup datang dan mintak maaf pada saya sebab terasa dia dah buat saya kecik hati hari ni... dan saya tak sangka dia akan datang dan minta maaf secara berdepan dan penuh keikhlasan. Walaupun sebenarnya saya tak simpan dalam hati pun. Serius... keikhlasan dia buat saya malu pada Tuhan!

Apabila hati kita merasa marah atau kecil hati dengan perbuatan seseorang, ingatlah... kita juga mungkin pernah membuatkan orang marah dan berkecil hati dengan perbuatan kita. Sama-samalah kita berdoa semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang diberikan kekuatan untuk memohon maaf dan memaafkan.

"YA ALLAH, DI KETIKA AKU MELAKUKAN KESALAHAN KEPADA ORANG LAIN, ANUGERAHKANLAH KEKUATAN UNTUKKU MEMINTA KEMAAFAN.
MANAKALA
 
DI WAKTU ORANG LAIN MELAKUKAN KESALAHAN KEPADAKU, ANUGERAHKANLAH KEKUATAN UNTUKKU MEMBERI KEMAAFAN"
 
#Bersempena dengan bulan ramadhan  ni, saya nak memohon maaf kepada semua pembaca-pembaca dan kawan-kawan semua andainya pernah mengguris hati sesiapa dengan tulisan saya di blog ni... Semoga ramadhan ini akan menjadi ramadhan yang terbaik buat kita semua... Amin.