JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Thursday, January 31, 2013

PERANCANGAN : 5 tahun akan datang

" 5 tahun akan datang ... " ... aku suka fikir begitu .. apa akan jadi dalam kehidupan aku akan datang .. apa perubahan baik yang perlu aku lakukan supaya menjadi seorang yang lebih baik .. aku seperti mereka yang lain , aku seperti mereka-mereka .. ada impian .. ada cita-cita .. mungkin orang akan cakap , kuat berangan ..pada aku itu bukan angan-angan , tapi aku sedang memasang impian .. merangka masa depan .. huhuhu .. aku manusia biasa , mungkin terkadang lebih angannya dari usaha mencapai impian sendiri .. kadang-kadang aku perlu diingatkan .. supaya aku tak terlalu leka dengan angan-angan aku ..

" 5 tahun akan datang ... " .. so ingat masa nie dah ada baby .paling minima pun 2 orang . !! itu rancangan / plan aku .. tapi aku hanya mampu merancang , Allah juga merancang tetapi perancangan Allah adalah yang sangat terbaik untuk aku .. so aku sentiasa redha atas segala apa yang berlaku dalam perjalanan aku .. aku berpeluang untuk sambung belajar sebenarnya , tapi Allah lagi tahu kemampuan aku .. aku menolak kerana komitmen kerjayaku , tapi tu bukan bermakna aku putus asa .. aku mungkin akan buka langkah baru , study PJJ or part time dengan kos yang agak mencabar tetapi insyaallah aku usahakan yang terbaik .. Allah lagi tahu apa yang terbaik untuk aku .. Allah plan aku jalan yang sangat baik untuk aku .. Allah plan untuk aku supaya fikir kerja dulu .. then sambung belajar .. selepas kahwin .... amin .. Insyaallah .. besar nya angan-angan aku nih .. huhu ..

" 5 tahun akan datang ... " .. tahun ni adalah tahun ke 9 aku di company sekarang .. Alhamdulillah Allah murahkan rezeki aku sepanjang perjalanan aku mencari rezeki disini .. belum berniat untuk bertukar kerja , sebab aku masih tak puas untuk mencari pengalaman baru disini .. banyak benda aku masih nak explore .. banyak perkara aku cuba nak buat .. dan aku cuba mencari peluang yang baru disini .. Insyaallah .. aku cuba usahakan yang terbaik .. semoga Allah murahkan rezekiku , dan berkati rezeki yang aku sedang usahakan .. rezeki untuk keluargaku .. masa depanku ..

" 5 tahun akan datang .. " ... dalam tempoh 5 tahun akan datang , semoga aku diberikan kesihatan yang baik .. sebab aku nak menjadi orang yang lebih baik .. aku nak jadi anak yang soleh , isteri yang baik untuk suamiku .. dan semoga diberikan kesihatan yang baik untuk aku melahirkan zuriat yang sihat dan cerdik .. aku perlukan kesihatan yang baik dan iman yang kuat , untuk mendidik anak-anakku kelak .. semoga diberikan kesihatan yang baik supaya aku dapat temani suami ku , sama-sama susah dan senang bersamanya .. semoga diberikan kesihatan yang baik supaya aku dapat bersama mak dan ayah , susah mahupun senang .. semoga aku diberikan kesihatan yang baik sebab aku nak jaga mak dan ayah .... mereka mungkin nampak gagah dimata kami , tak pernah kenal erti putus asa mencari rezeki .. tak kenal erti lelah mencari rezeki .. walau aku tahu aku tak mungkin dapat berikan kemewahan buat mereka, tapi aku akan cuba berusaha yang terbaik untuk mereka .. mak dan ayah orang yang paling banyak berjasa dalam hidupku ..mereka adalah yang terbaik dalam hatiku .. mereka adalah syurga ku .. mereka lah sahabat karib ku .. teman istimewa ku .. superman terbaik adalah bapa ku .. kat mana-mana aku berada , saat aku minta pertolongan ayah sentiasa ada buat aku .. lambat atau cepat , ayah sentiasa usahakan untuk anaknya .. mak adalah teman karib aku .. kawan tempat aku menangis , kawan tempat aku ketawa , kawan aku bergaduh , kawan tempat aku merajuk ..mereka ini lah yang sentiasa dekat ngan aku , saat semua menjauhi aku .. uwaaaa .. :'( .. ni yang rasa nak nangis-nangis ni .. huhuhuhu ..

" 5 tahun akan datang .. " .. aku nak ada rumah sendiri .. aku tak tahu bagaimana aku selepas nikah nanti , tapi impian dan cita-cita aku .. aku membina masa depan bersama keluarga aku sendiri .. susah camne pun aku harus berdikari sendiri .. menyewa atau beli rumah sendiri , aku kena belajar hidup sendiri .. duduk dengan mertua atau duduk dengan family sendiri , bukan impian aku .. impian aku , aku nak belajar berdikari sendiri .. jatuh bangun bersama suami ku , bukan berharap dan dahagakan pada bantuan orang lain .. kalau tak belajar berdikari sendiri , sampai bila-bila susah nak belajar sendiri .. huhu .. esok-esok berpaut pada mak ayah lagi ke ?? huhuhu .. jadi orang kuat ye cik nurbayah .. perjalanan akan datang lebih mencabar dan pastinya mungkin belum tentu semua orang yang ada untuk kita sekarang masih tetap ada untuk kita , tapi yang pastinya Allah sentiasa ada buat kita .. percayalah ye cik nurbayah.. kuat !! kuat !!

" 5 tahun akan datang .. " .. ermmm .. semua orang mungkin angankan duit berjuta-juta .. kemewahan menggunung .. kumpul harta berduyun-duyun .. tapi aku ? aku cuma minta diberi KEBAHAGIAAN dan KETENANGAN .. KEKUATAN .. dan KEIMANAN yang tinggi untuk perjalanan akan datang .. harta dan kemewahan itu bukan sesuatu yang aku kejarkan .. tapi cukuplah aku dapat usahakan keperluanku dalam penuh sifat besederhana .. aku belajar dari sahabat-sahabat ku tentang " wasatiah " .. itu lah yang aku cuba tanamkan dalam diri aku .. sebab aku tahu kesan sifat berlebih-lebihan itu .. aku cuma mohon supaya Allah kurniakan perjalanan akan datang lebih baik dari sebelumnya .. dalam tempoh 5 tahun akan datang .. aku nak beli " family car " .. sebab nanti dah ada anak , barang penuh kat bonet kereta .. beg baby .. stroller .. itu lah ini lah .. penuh kereta .. plan aku , bila naik satu tahap nanti baru plan untuk ke tujuan ini .. insyaallah semoga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki ku .. amin ..

" 5 tahun akan datang ... " ... banyak sebenarnya keperluan yang masih tak cukup .. bukan nak berlebih-lebihan .. tapi cukup sekadar memenuhi keperluan ku sebagai seorang manusia seperti yang lain .. semoga perjalanan akan datang ini lebih baik .. dan aku bermohon semoga diberikan hidayah dan rahmat untuk langkah akan datang .. aku pernah jatuh , aku cuba belajar untuk kuat walaupun sebenarnya kadang-kadang aku tak cukup kuat untuk hadapi semua ini .. tapi aku tahu , setiap ujian yang Allah beri padaku dan keluarga ku .. semua ada hikmahnya .... mungkin ada masa kami diuji dengan masalah , aku belajar untuk jadi kuat daripada mak dan ayah aku .. aku sentiasa doakan semoga segala urusan mereka dipermudahkan .. jauh atau dekat , hati aku tetap akan sentiasa doakan mak dan ayah aku ... Ya Allah , kalau doa mak makbul untuk anak-anak .. aku mohon makbulkan lah doa seorang anak kepada ibu bapanya .. aku takkan pernah berhenti dan takkan pernah rasa lelah berdoa buat ibu dan bapaku .. kuatkan hati mereka .. semoga kami semua tabah dan sabar hadapi dugaan ini .. amin ..

Wednesday, January 30, 2013

truestory...syukran


Lupakan peristiwa pahit sebaik sahaja mengambil pengajaran daripadanya. Forgive and forget! Jangan biarkan diri disengat dua kali oleh satu kepahitan. Satu semasa mengalaminya, kedua... semasa mengenangnya. Let go, and let God! Siapa yang selalu menoleh ke belakang, tidak akan bergerak ke hadapan. Yesterday ended last night!..." ~Ust Pahrol Mohamad Juoi~


thats true..a marvellous person is somebody who forget ancient story and look forward n also look ADORABLE:)

P/S: kadang kala apa yang telah kita alami membuat kita jadi trauma....

HANYA LEBIH KURANG SEBULAN

Hanya lebih kurang 30 hari lagi
Berapa banyak masa yang tinggal
dah semakin menghampiri tarikh itu.
perasaan saya?
takut.

semoga semua nya akan berjalan dengan lancar



Tuesday, January 29, 2013

saya nak stokin boleh?

Assalammualaikum.

fikir punya fikir.Erm..
saya tak nak hadiah macam orang lain.
dapat teddy bear.
dapat coklat.
dapat segala-galanya.

cuma saya nak stokin boleh? ^_^


p/s : perlahan-lahan aku cuba untuk menjadi muslimah yang sempurna..malunya bila tahu kaki itu salah satu dari aurat perempuan. tapi yang tu paling susah nak tutup. Allah!

Tertampar


Saya termenung.


Sahabat: Fikir apa?
Saya: Fikir masa depan.
Sahabat: Masa depan?
Saya: Hmm.
Sahabat: Masa depan kita cuma di Akhirat.
Saya: :)



*rasa tertampar dengan kata-katanya. kini sedar yang hati selalu lalai. Astaghfirullah.*

nota tamparan: hikmah itu datang pada bila-bila masa. ,mari muhasabah. Kita ini banyak dosa. T__T

Monday, January 28, 2013

Terasa Di Sayangi

Dear my another half...

Thanks because always thinking of me, always love me and always pray for me... My do'a always with you...

Ya Allah, terima kasih atas segalanya... Sesungguhnya ketentuan ini adalah yang terbaik untukku dan dia. Dia buat aku rasa dihargai dan disayangi... Alhamdulillah.

Semalam, going to kampong jawa atas urusan pilihan gelang untuk our pernikahan day. Semoga hari yang akan berlangsung nanti berjalan dalam rahmah dan lancar.
Nak tau tak? Love him very strong. Sama juga dengan dia. Kalau ia banyak, aku juga begitu...

Semoga hubungan ini sentiasa dalam kasihnya dan kami tabah menghadapi semuanya. InsyaAllah...

Our engagement adalah 'beautiful' relationship... Keputusan untuk hidup bersama adalah keputusan paling besar aku buat. Dan takkan lupa sampai bila-bila. Sebab inilah keputusan yang paling mencabar aku pernah buat. Dan...

Sekarang baru aku sedar... ada hikmah dan insyaAllah ia adalah yang terbaik untukku.... In love with him day by day... Okla, gtg...

Banyak tugasan perlu diselesaikan... Sekian... ;)


p/s:Today he's off. Kesian dia... Dua hari tak cukup tidur. Takpe yer, Because Allah akan ganjarkan sesuatu yang baik atas segala pengorbananmu..." Okla, need to stop now. Yer, saya dah pandai mengaku yang saya rindu dan sayang pada kamu...

Sekian, wassalam...

kahwin best tak?

salam darlingssss...

saya saja nak buat entry ni, sebab nak tahu jugak,....ye la kan, dah ramai kawan-kawan kat dalam blog ni dah kahwin...( tetibe mood sedey) hahahah :)


saya just nak tahu jer, best ke kawin ni, saya macam dah tahap pikir, macam susah je nanti kalau dah berumah tangga, sebab nanti kita dah tambah lagi satu family iaitu, keluarga mertua..adoi...TAKUT!

tu la , bukan ape pun , sebenarnye mane yang perangai kita yang tak berapa nak elok tu, kena la cuba ubah sikit kan..baru la suami kita sayang dan yang paling penting mak dan bapak mertua boleh terima kita seadanya..

lagi satu, akak-akak dan abang-abang kat sini nasihatkan kat saya, yang penting kite anggap macam keluarga kita sendiri dan kawal nafsu amarah ke apa ke...dan yang paling penting..."JANGAN CAKAP KEBURUKAN SUAMI kita pada mertua kita..." tu ayat yang saya ingat nasihat akak dan abang kat opis saya nie.

so, mane-mane yang bakal isteri dan yang dah jadi isteri tu jaga-jaga lah perangai kita di hadapan suami dan mertua kita yer..

saya nasihatkan pada diri saya sendiri jugak yer..ape-ape pun, Selamat Beramal :)

love ya' - heheheheh ( iloveu tunangku)