Susunan bait-bait kata ini ku tujukan kepada seorang insan yang istimewa dalam perjalanan hidupku ini...seseorang yang dipertemukan Allah dalam keadaan aku memerlukan teman bicara untuk mencari kekuatanku yang hilang seketika...indah rencanaMu Ya Allah...unik perjalanan yang Kau tetapkan...terima kasih Kamu...
duhai kamu..
terima kasih atas segalanya..
tidak kan jemu aku ucapkan..
perhubungan terbina atas kehendakNya..
diserta petunjukNya...
Kamu..
kehadiranmu sungguh membahagiakan..
kedatanganmu tidak menyusahkan....
hari-hari bersamamu adalah hadiah terindah..
masa-masamu adalah anugerah tidak ternilai..
nasihat-nasihatmu adalah sisipan kekuatanku..
gelak tawamu adalah hiasan bahagia..
senda guraumu adalah lakaran gembira..
tidak jemu bila mendengar kau berbicara..
sering kau buatku tersenyum...
pernah teralir airmata..
bukan kerana benci....
cuma antara hiasan didalam perhubungan ini..
tapi aku tetap bahagia..
kamu..
tidak terluah dek bicara
betapa aku bersyukur ditemukan seseorang sepertimu..
tidak tertulis bait kata-kata
betapa aku bahagia atas kehadiranmu..
mengenalimu membawa aku terus mengejar redha Ilahi..
mengenalimu mengajar aku semakin merindui syurgaNya...
syukur Ya Allah..
maafkan ku jika...
aku ini menyusahkanmu...
aku ini menyakiti hatimu...
kamu..
moga tiada sengketa antara kita..
moga tiada kebencian di hatimu terhadapku..
moga tiada sesalan dihatimu dalam menjadi pendampingku..
pesanku..
jaga dirimu..
jaga kesihatanmu..
jaga imanmu..
jaga solatmu..
dan..
aku menyayangimu kerana Allah....
>>BUATMU......tulus dari hatiku buat dirimu...juga nukilan kenangan buatmu<<