JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Monday, February 7, 2011

Liverpool Kejutkan Chelsea Tanpa Torres

Walaupun tanpa kelibat Fernando Torres, Liverpool berjaya membuktikan bahawa mereka mampu melakukannya. Sepanjang 90 minit perlawanan, penguasaan bola agak seimbang. Namun gol jaringan Meirless pada minit ke 69 telah memisahkan segalanya.



Bagi Chelsea, kekalahan ini sudah tentu menyukarkan peluang mereka untuk bersaing dengan Arsenal dan Manchester United. Torres kelihatan malu-malu ketika memegang bola. Malah ada beberapa kali dia tersilap menghantar bola kepada pemain Liverpool. Mungkin beliau masih belum melupakan jersi merah rakan-rakan.

Liverpool menang 1-0 ke atas Chelsea malam tadi biarpun Torres sudah tidak ada. aku dah agak dah.. kekuatan pasukan bola sepak bukanlah pada individu tetapi pada pasukan itu sendiri. biasalah tu kan.

sesungguhnya Torres kurang bersinar dengan jersi biru. kurang handsome. aku berpendapat bahawa beliau tetap menyinar dengan kaler merah. kaler biru adalah malap untuk Torres. tapi peduli apa kan. nak sangat pergi Chelsea. pergilahhhh!



P/S:kate kwn aku,bile lagi Chelsea nak kalah kan… hrp aku akan bergembira dgn kehadiran Luis Suarez & Andy Caroll :)
you will never walk alone…chayok..chayokk..

Wednesday, February 2, 2011

FernanDo Torres Leaves LiveRPooL



Nak tau tak,Dari malam aritu aku tercongok di depan laptop…Membaca update dari website…Masih mengharap yang Torres berubah hati dan tidak berpindah ke Chelsea. ..
esoknya, aku tersedar dan terus membuka laman web rasmi Liverpool dan ternampak tulisan nie:



Tak sangka akhirnya ia berlaku. Macam tak percaya. Tapi itulah kehidupan. Tiada yang mustahil. Tipulah kalau aku kata aku tak kecewa sikit pun dengan perpindahan ini. Aku kecewa. Rasa macam nak terbang ke London dan tumbuk muka Torres sekuat yang mungkin pun ada. Apa kan daya…

Dalam Liverpool Kita dihidangkan dengan gol yang cantik dari Torres. Torres banyak menjaringkan gol cantik dan itu fakta yang kita tak boleh nak tolak. Persembahan beliau mantap. Selepas pemergian Owen, Torres adalah striker terbaik yang pernah Liverpool miliki. Tidak melampau kalau aku katakan yang Torres merupakan salah satu striker terbaik yang pernah Liverpool miliki.

Sehinggalah hari Jumaat yang lepas....

Tak sangka Torres menyerahkan surat transfer request.. Yang paling tak dapat terimat sekali, kenapa kau buat semua ni masa 3 hari terakhir waktu perpindahan?

Aku masih ingat lagi bila aku baca statement kau ini satu masa dahulu, "I would like to be remembered as a player who won trophies for Liverpool. I have plenty of years here, I am sure about that, and I hope the trophies will come ..

Tapi kini kau sudah pun berpindah ke Chelsea. Mana pergi janji-janji kau dahulu? Kau juga pernanh berjanji yang kau tak sanggup untuk bermain di kelab lain dalam EPL. Mana janji tersebut?


"Manusia boleh diingati dan dilupai dalam sekelip mata."

Itulah ayat yang aku pernah dengar dari pensyarah aku dan hari ini ia terbukti benar. Torres yang dulu disanjungi kini sudah dibenci dan dilupai oleh para peminat. Ada yang bertindak dengan membakar jersi Torres. Walalupun perbuatan tersebut tidak beretika, tapi aku tak salahkan mereka. Hati mereka telah terluka.

Ramai yang bagi ucapan selamat maju jaya pada kau tapi aku tak nak. Sebab kalau kau berjaya, ini bermaksud Chelsea juga akan berjaya. Aku harap kau akan pulang semula ke Sepanyol dan bermain di La Liga secepat mungkin…..

Terima kasih atas sumbangan kau ..Tolong jangan bercakap pasal Liverpool lagi. Kau bagaikan sudah mati di hati peminat Liverpool FC..!

Tuesday, January 25, 2011

Alhamdulillah...Aku Dapat Gaji Baru

Year 2011 Annual Increment




We are pleased to inform you that your Basic Salary will be adjusted from RM_ _ _ _. _ _ to RM _ _ _ _._ _ per month with effect from 1st January 2011.







NO SIGNATURE REQUIREMENT
GENERATED BY COMPUTER



Macam tu la sesikit dlm letter tu…
Alhamdulillah rezeki aku tahun 2011 nie..aku baru terima letter nie pagi tadi…syukur sangat2x…

Wednesday, January 19, 2011

Moero Attack!

Sape-sape yg sebaye2x aku lahir tahun 80-an atau sebelum tu mesti sinonim dengan tajuk Moero Attack ni..Ni citer pasal volleyball..



Tiba-tiba je aku teringat cerita Jepun yang satu ni. Sapa-sapa yang sebaya aku, kalau tak silap masa tahun 1990an, darjah beraper erk.., memang sure follow cerita ni petang-petang. Ada yang sanggup ponteng latihan rumah sukan ngan skolah agama semata-mata nak tengok cerita ni. Aku tak terkecuali Kalah Rosalinda, , Sana’y Walanang Wakas, Pangako Sayo, sumer kalah! hahaha!

Cerita Moero Attack ni bukan calang2! Penuh semangat kesukanan. Paling penting budak2kampung aku tetiba jadik antu bola tampar time tu!!! Lawak! Bola plastik yg buleh tiup ngan mulut tu sampai bersepai la gara2 nak buat Sommersault Berpusing! Giler btol! lau tak silap nama watak utama cerita ni "Chun", n of course la dia memang cun. Masa cerita ni tayang kat TV1 dulu memang tengah gempak fenomena cerita Jepun alih bahasa. Tapi cerita lain tak buleh lawan cerita ni. Aku siap hapal lagik theme song dia!! Fanatik bagai nak rak!… Ntah bila la nak dapat tengok cerita nie lagi. Masa surf internet, ramai gak yang bagi pendapat yang sama. Ramai yang suka giler cerita ni, tapi so far takde VCD ke... Kalau nak try pon, carik footage dia kat RTM. Hmmm… sapa yang nak pegi Jepun tu, tolong2 la surveykan…........;)

Monday, January 17, 2011

SEKIAN LAMA ........

Assalamualaikum W.B.T

Ntah kenapa tetiba hati terpanggil tuk menulis lagi. Sebenarnya, aku asyik terpanggil tuk menulis dalam nie, tapi ade jer kekangan. Besar peranan blog nie pada aku. Blog ini menjadi medium yang terbaik untuk meluah rasa hati, memandangkan hati ini sukar untuk berkongsi cerita melainkan kena caranya.

Dalam tempoh masa setahun ni, terlalu banyak dugaan yang datang tanpa dipinta. Namun kugagahi juga, kerana aku percaya ALLAH menguji seseorang itu atas kemampuan manusia itu. Sesunggunya ALLAH S.W.T MAHA ADIL LAGI MAHA MENGETAHUI.

Banyak juga yang luahan rasa yang dipendam jauh ke dalam dasar hati, tak mampu untuk diluah, susun menjadi bait kata. Aku Insan Lemah. Kehidupan sebagai seorang aku nie terlalu banyak cerita duka berbanding ceria.

Kepahitan hidup aku jadikan sebagai kekuatan untuk terus melangkah untuk capai kemanisan masa hadapan.. Insyaallah

Terlalu banyak dan tinggi harapan yang diberi untuk aku penuhi. Pada suatu saat itu, aku hanya mampu mengeluh, takut aku akan mengecewakan insan tersayang. Rasa sedih mula menghampiri.

Dalam kepayahan yang aku hadapi, ada insan yang sangat memahami aku. Kata-katanya selalu menjadi kekuatan , peniup semangat untuk aku terus melangkah dan mencapai apa yang telah aku usahakan, tanpa perlu bercerita, dia tahu aku sedang berduka. Kerana dia aku masih di sini.

hurmm.... cukup dulu setakat ini. Moga bertemu lagi. (menahan kesedihan).
Aku bersyukur atas kesempatan, ruang, rezeki yang telah dikurniakanNYA padaku..
Moga aku terus Istiqomah~~

wasalam~

Thursday, January 13, 2011

Ragam Kawan

Sebut pasal kawan..bila berkawan mcm2 jenis ragam kita kawan ..ada yang baik, ada yang nakal, ada yang sensitif, ada yang pendiam, ada yang kelakar n mcm2 lg..Kadang2 dia wat kite t'singgung, kadang2 kita wat dia t'singgung..biasa la tu erkk!.. ape2 pun kite nie mnusia..ada baik buruknya...setiap orang yg kita kenal & kita pernah bercampur atau bertegur sapa, kira berkawan la jgk kan..Bezanya sama ada kita rapat atau tak je..walau macamana pun kita terima jela baik buruk kawan kita..kita pun ade buruknya jgk..ape2 pun sayang lah kwn2 korang ok.. :)


Macam mana buruk baik kawan kita..terima la seadanya.. :)

Yelah kita nie perangai tk bpe nk elok..mgkin ada kwn yg kecik ati..mntak maaf la cpt2..yela kdg2 lidah nie terbabas kata-kata.main hembus je ckp kan..pas tu baru rasa bersalah kt kwn kite tu...mintak maaf jela cpt2...tp yg ada masalah nya dia dh tak nak trima kita nie kwn dia da?? cmna eh? ape pun sabar jela..Janji kita minta maaf..dia nk maafkan ke tak tu urusan dia ngn tuhan..mgkin ade hikmahnya...insyaAllah..baiki la diri kita utk mnjadi kwn yg trbaik didunia..sekian.. :)

Monday, January 10, 2011

ANA RAFALI …AJL 25 SEMALAM



Sure ramai tak puas ati pasal keputusan AJL smlm kan?
kenapa Ana Rafali menang . truth to be told , i did never expect of her at all . i thought Black or Faizal Tahir won the AJL award . seriously , Ana Rafali ? okay , it already happened . so , congrats yahh . tk pe , Faizal Tahir & Black , Vokal Black utk lagu yg dibawakan jelas dan 'high not' dia berjaya!… tahun depan masih ade lagi , InsyaALLAH . well , enough said .
ape nk buat…keputusan tu daripada juri2 profesional…so, kena trima ngan ati terbuka…
whatever it is, aku ucapkan tahniah kepada Ana Rafali….tolong ingatkan aku lagi skali Ana Rafali memang menang dalam AJL ke 25 semalam..

Tapi yg paling aku suka……………Ziana Zain turut buat persembahan di AJL semalam (vocal yg meremangkan)MANTOP !!!….so sweeaatttt (bak kate FBI)….