JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Monday, March 19, 2012

kesilapan itu normal

Salah dan silap? Itu normal.Aku berminat dengan hal ini.Mengapa?Kerana aku insan biasa yang selalu melakukan kesilapan.Kita mungkin senang meminta maaf jika melakukan kesilapan,tapi mengapa perlu sukar untuk memaafkan?

Atas apa yang berlaku, kita harus ingat bahawa ia pasti menjadi 'masa lalu'. Berjalanlah dengan lapang dan tenang bersama jiwa yang memaafkan,itu lebih mudah. Barangkali kesilapan itu berpunca daripada kemalangan,mungkin juga kerana kecuaian. Namun atas apa jua alasan sekalipun,kita bukan tuhan untuk mengubah sesuatu yang telah terjadi di lembaran semalam.

P/s: Toleransi itu perlu.

~INDAH..



hidup ini indah kalau kita memperindahkannya... inilah kata-kata semangat yang aku dapat dari kawan baik aku sedikit masa dahulu, betul katanya kenapa aku tak terfikir, dialah pemberi peransang kepada aku sejak dulu lagi, kalau aku memperindahkan hidup aku tentu akan jadi indah, insyaAllah aku akan cuba menjadikan hidup aku indah, aku yakin, aku harap dia dapat menerima diriku seadanya, tapi aku tak akan paksa dia sebab aku sayangkan dia... aku semakin cuba menelan dan menghadapi semua dugaan... aku terpaksa menerima walaupun pahit... aku redha... hidup akan jadi indah kalau kita memperindahkannya...

Friday, March 16, 2012

mengarot~

ermm…~ apa yang aku cuba huraikan nie..haha aku pun tak tau..demam kerinduan telah melanda..rindu pada DEAR la aku nih.. bile demam jer sure la aku akan kata rindu..haha siapakah gerangan En.RINDU itu?sebab dia pun aku rindu.. hahaha cume sambungan ayat untuk demam.. maka jadilah demam rindu.. ahakss...

Thursday, March 15, 2012

ANUGERAH

Rasa sayang datang dengan sendirinya..tanpa dijemput dan tanpa dipaksa..Tanpa dia mahupun dengan adanya dia..dan perasaan sayang itu adalah anugerah Yang Maha Esa..bila kita rasakan nikmat itu ditarik balik, jangnn merungut kerana ada hikmah disebaliknya..sebab Dia yg berikan, dan Dia yg tarik balik..bila diyakini hatimu terpaut pada seseorang, hargai perasaan itu, walupun dia belum atau tidak kau miliki..dia tetap dihati dalam apa jua keadaan skalipun..

Wednesday, March 14, 2012

Menghargai

Belajarlah menghargai,
Untuk lebih dihargai..

Belajarlah mengerti,
Untuk lebih difahami..

Belajarlah ikhlas,
Tanpa meminta balas..

Hidup,
satu perjuangan,tentang penjelasan,bukan alasan..

Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya,
Bukan menerima sebanyak-banyaknya..

Tuhan, hanya padamu aku berharap

Friday, March 9, 2012

my heart says ;



dear you,
i miss you.
& i'll wait for you.



MOOD : ANGAU !

Thursday, March 8, 2012

Yang mencipta~

Episod hidup ni cepat betul berubah-ubah.. kadang-kadang belum habis episod 3 dah masuk episod 5,cepat sangat sampai tak sempat aku nak berlakon dengan baik dalam setiap episod.. tapi aku hanyalah pelakon utama yang memainkan watak diri sendiri yang dipinjamkan.. jadi aku hanya menurut pada skrip kehidupan yang telah ditetapkan dari episod azali lagi.. walaupun memainkan watak diri sendiri tapi seringkali jugak terasa sukar untuk menghayati...,kenapa? Mungkin kurang keyakinan, kurang pengalaman atau kurang pedoman.. sedangkan lamparan khazanah alam teratas telah lama tersurat, tapi tetap terlupa untuk mengambil sedikit ayat-ayatnya menjadi skrip-skrip tambahan dalam setiap lakonan dan pertuturan..

Yang mengetahui apa yang diciptanya,Yang mengenali apa yang dilihatnya..Yang mengerti apa yang ditanya, Yang memberi setiap apa yang dijanjinya...Aku menanti dengan penuh kegembiraan, bukan menjauhi dengan penuh kesusahan..aku berjanji dengan penuh keinginan, aku bersungguh dengan penuh keinsafan...Bulan yang memberi seribu pengertian, keistimewaan, keajaiban, dan ketenangan...datanglah kepada aku sekiranya masa kisah ini masih belum berakhir...

p/s : Insyaallah