JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Monday, March 19, 2012

kesilapan itu normal

Salah dan silap? Itu normal.Aku berminat dengan hal ini.Mengapa?Kerana aku insan biasa yang selalu melakukan kesilapan.Kita mungkin senang meminta maaf jika melakukan kesilapan,tapi mengapa perlu sukar untuk memaafkan?

Atas apa yang berlaku, kita harus ingat bahawa ia pasti menjadi 'masa lalu'. Berjalanlah dengan lapang dan tenang bersama jiwa yang memaafkan,itu lebih mudah. Barangkali kesilapan itu berpunca daripada kemalangan,mungkin juga kerana kecuaian. Namun atas apa jua alasan sekalipun,kita bukan tuhan untuk mengubah sesuatu yang telah terjadi di lembaran semalam.

P/s: Toleransi itu perlu.

No comments:

Post a Comment