JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Thursday, May 16, 2013

ORANG DAN SOKLAN MENYIBUKNYA


Sudah menjadi lumrah atau menjadi ikutan,setiap kali bertukar tahun, pasti soalan menyibuk yang akan ditanya : Apa azam baru kau ?

Sudah menjadi lumrah atau menjadi ikutan bagi yang belum berkahwin,pasti soalan kegemaran ditanya : Bila nak kahwin?

Sudah menjadi lumrah atau menjadi ikutan bagi yang sudah berkahwin pasti soalan menyibuk yang akan ditanya : Bila nak ada anak?

Sudah menjadi lumrah atau menjadi ikutan bagi yang sudah beranak seorang pasti soalan menyibuk yang akan ditanya : Bila nak tambah anak?

Sudah menjadi lumrah atau menjadi ikutan bagi yang ada anak dara dan teruna pasti soalan menyibuk yang akan ditanya : Bila nak menantu?


Sudah menjadi lumrah atau menjadi ikutan bagi yang sudah bermenantu pasti soalan menyibuk ditanya : Bila nak dapat cucu?

 

Sudah menjadi kebiasaan manusia disekeliling kita akan bertanya soalan-soalan menyibuk yang kadangkala rasa nak tumbuk je muka orang yang bertanya tu…Zaman sekarang manusia sudah tidak dapat membezakan antara peribadi dan umum. Mereka sudah buta membezakan harga maruah seseorang sehingga alpa dengan pertanyaan berbaur harga diri seseorang (pergh,,,,macam pengkritik). sebenarnya orang prejudis macam nie kita abaikan je dan biarkan dia dengan soalan menyibuknya.Tapi kalau dah terlampau ekstrem dengan soalan menyibuknya , sesekali kasi flying kick hinggap kat kepala dia biar kasi lupa ingatan , confirm dia lupa dengan dunia soalan menyibuknya.

 *Allah memberi kita kegembiraan dan kebahagiaan kerana Allah juga ingin menguji kita. Di sini nilai kesyukuran menjadi ukuran agar kita tidak alpa.Namun sekiranya kita putus asa ,suatu hari nanti keberkatan itu akan hilang sedikit demi sedikit mahupun sekelip mata.

*Kegembiraan, Kebahagiaan, Kedukaan, Kesusahan adalah ujian Allah. Sejauh mana kita mensyukuri nikmat dan rezeki yang dilimpahkan kepada kita. Jangan alpa dan putus asa kerana disaat inilah syaitan akan menguasai.

*Buat orang dan soalan menyibuknya : Soalan itu bukan kerja engkau, simpan sahaja soalan itu untuk diri sendiri dan bersyukur dengan Rahmat yang Allah berikan untuk diri kita sendiri.

Wednesday, May 15, 2013

kena gaduh ke kalau nak bahagia

 

Iye Ke???
 
 

dia..dia..dia...Dan...dia

kritikal dah ANGAU aku nie..

naper?

aku takleh nengok muka dia la..






 
 
 
 
takleh...
 
takleh...

waaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!
 
 
kenapa muka dia ??????

(-_______-)
 

awak.. pertama kali saya nak conteng dalam blog ni, yang saya dah jatuh cinta dengan encik 'Awang Itam ' seperti awak......
 
i mish u~
 
 
 
hahaha cuak tak???
 
 

Tuesday, May 14, 2013

Mekap

Seorang senior di tempat kerja meminta saya mengenakan mekap.
Dua kali saya ditegurnya.

Saya tanya kenapa? Ada yang kurang tentang penampilan saya?
Katanya tiada. Dia cuma nak saya bermekap supaya lebih lawa je.

Saya bukan tidak boleh menerima tegurannya.
Cuma alasan yang diberinya.. buat saya tidak selesa.

Nak lebih lawa...Untuk apa dan siapa sebenarnya..

Saya perhati dia. Eh, dia pun tak jauh beza dengan saya.
Tempek compact powder dan lip gloss saja.

 
p/s : suami saya suka saya berpenampilan begini..jadi saya kena ikut cakap suami tak gituw ;)

LUAHAN PEMBACA TERHADAP RANCANGAN PRIMADONA


Hurmm lagi kisah pasal aurat wanita ... aku memang kadang-kadang ada perasan rancangan PRIMADONA nie ada masa-masanya ok .. dan ada masa-masanya macam tak kena aje .. tak kena dari penampilan pengacara-pengacara nya lah .. specially Rozita Che Wan tuu .. aduhh pelik betul .. suke bebenarrr pakai skirt dalam rancangan nie ... nak-nak bila ada episod yang mereka jemput ustaz @ ustazah menjadi tetamu jemputan ... hurmmm ada betulnya teguran pembaca nie ... aku suke !!! ;))


Sebenarnya gabungan Rozita Che Wan, Erra Fazira, Kak Engku dan Ziela Jalil juga boleh dikatakan berjaya. Namun pembaca ini meluahkan rasa kecewannya kerana pengacara-pengacara ini kurang sensitif dengan status tetamu yang hadir.

Berikut adalah luahan hatinya :

Saya ada menonton program bual bicara Primadona yang bersiaran pada hari Jumaat, jam 9.00 malam di Astro Mustika HD. Topik yang dibincangkan pula adalah “Kahwin Muda”.

Manakala tetamu dan artis jemputannya pula adalah, Anne Ngasri, Ustazah Zawiah Hassan, dan Mohd Razlan Mohamed Yusof (Lan Kristal). Apa yang amat mengecewakan saya adalah para pengacara iaitu Erra Fazira, Rozita Che Wan dan Raja Azura serta pihak penerbitan tidak sensitif dengan pemakaian.

Anda menjemput seorang USTAZAH untuk menghadiri rancangan anda tetapi anda sendiri tidak menghormati tetamu itu. Perlu ke untuk memakai pakaian/dress paras lutut. Tidakkan mereka peka dengan pemakaian mereka untuk disesuaikan dengan tetamu jemputan itu.

Memang seksi itu hak mereka tetapi sebagai perempuan yang matang, malah seorang ibu, tidak ada rasa malu ke terhadap ustazah itu. Sama ada pihak penerbitan yang bodoh kerana tidak peka ataupun pengacara itu sendiri yang bodoh kerana mengikut apa yang diberikan oleh oihak wardrobe.

No wonder la status ketiga-tiga pengacara itu pun tah kemana-mana. Saya di sini bukanlah nak memandai-mandai, tetapi sekadar hendak memberi teguran Kalau umur dah tua mcm tu tak boleh nak ditegur, tak payah la nak jadi manusia. Fikir-fikirkanlah.

Saya pun bukanlah sebaik ustazah tersebut. Saya sebagai pelanggan Astro, malah semua pelanggan Astro ni ibarat boss anda semua sebab mana nak dtg duit kalau bukan kami semua yang bayar bil.

Jadi buat la rancangan yang bagus, berminda dan lebih sensitif terhadap sekeliling anda. Harap maaf kalau terkasar bahasa. Terima kasih.


petikan : abang NARA

diharap sangat-sangat selepas ini pihak penerbitan lebih peka dan sensitif dengan penonton dan masyarakat sekeliling , bila orang tonton paling tidak orang akan bagi komen kan .. so takkan kita nak masyarakat komen benda yang tak elok sahaja .. lagipunn malu sebab kita nie wanita muslim .. islam ... dan paling best bila orang duk cakap JAN?? .... haaa malu kan ...

hurmm kadang-kadang kita tak nak orang mengata kita , tapi sedar atau tidak perbuatan kita membuatkan masyarakat mengata hal kita .. soo nak elak dari apa yg orang kata , buatlah sebaiknya .. mustahil bila kita berkelakuan @ berpakaian elok orang tak akan mengata ! .. haa kalau ada tuuu,,, orang tuu tak SIUMAN lahh .. barulah kita tak payah ambil pusing dengan orang-orang macam nie .. kan kan kan

 







 

Monday, May 13, 2013

Demi engkau yang tercinta~khas buat suamiku~


lautan manakah yang tidak bergelora..
langit manakah yang senantiasa cerah..
itulah ujian yang ku lalui denganmu...

ditakdir telah tersurat antara kita
untuk kita menguji ketabahan jiwa
sucinya cinta... engkau berikan padaku..
lahirkan kekuatan..

bagaikan cahaya yang menyala..
biarpun terbakar kau relakan..
engkau lakukan segalanya semata untukku..

tidak sekali ku kesalkan..
biarpun dihina dan dicerca..
demi kebenaran kasih kita kau pertahankan..

demi engkau yang tercinta..
rela aku menderita..
tak kan aku lupakan sejarah masa silam..
mengajar ku dewasa dengan keinsafan..

demi engkau yang tercinta
ku menjulang segalanya..
biarpun menderita walau tak punya apa..
hakikat cinta kita yang suci dan setia..


Sebenarnya apa yang tetulis di atas adalah lagu. Sangat-sangat sesuai ditujukan buat suamiku yang tercinta. Tiada lagi perasaan yang dapat aku gambarkan selain BAHAGIA berada di sampingnya. Dia satu-satunya insan yang banyak mengajar aku erti kehidupan sebenar. Walau kadang-kadang hati terluka, merajuk, sedih, bahagia, gembira, itulah asam garam rumah tangga. Yang setelah berkahwin barulah aku benar-benar merasainya. Susah dan senang, jatuh dan bangun semuanya dilalui bersama. Kata orang, bahagia takkan datang jika bukan kita yang mencari. Kepada kawan-kawan aku yang bakal ataupun sudah berumahtangga, hargailah suami kita. Carilah bahagia kerna "kunci bahagia" dunia dan akhirat terletak dalam rumahtangga kita
..

Nikmat diberiNYA tidak ternilai

Suatu perkara yang best bila adanya blog ialah,
Kita ada ruang untuk meluahkan segala macam rasa bukan?

Tapi, dengan kadar sedehana lah. Bila berbuat begitu, terasa kurang sedikit tekanan, bebanan didada kan? Pada masa yang sama, boleh berkongsi keseronokan, kebahagiaan dengan yang lain.

Anda dah patut bersyukur lah kalau sekarang ni, anda sedang membaca entry ini.

Itu antara petanda, banyak nikmat yang DIA sudah bagi.

Mata untuk melihat, tangan untuk menaip, akal untuk berfikir secara waras, kebolehan membaca, kemampuan menafsir dan memberi pandangan sendiri.

 Anda ada berbilion duit pun, takkan mampu menyaingi nikmat percuma yang diberi Ilahi.

 Itu je bebelan hari ini