JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Friday, June 14, 2013

Maaf

Ketawa, tak semestinya gembira.
Senyum, tak semestinya suka.
Tenang, tak semestinya bahagia.
Sedih, tak perlu diungkapkan.
Perasaan, tak perlu ditunjukkan.

Luaran, tak mencerminkan dalaman.

Kadang-kadang tanpa kita sedar,
Apa yang diperkatakan boleh mengguris hati dan perasaan orang lain.
Kadang-kadang tanpa kita sedar,
Pelbagai masalah yang timbul membuat kita bertindak tanpa berfikir.
Kadang-kadang tanpa kita sedar,
Perbuatan dan sikap kita mencerminkan ketidakmatangan diri sendiri.

Aku memohon beribu kemaafan andai kata dalam gurau ada terkata, dalam bicara terkasar bahasa, dalam tindakan terguris rasa dan dalam hidup tak lepas dosa pada insan-insan yang berkenaan.

Maaf.

Aku hanya insan biasa yang tak lekang dari dosa.

Tazkirah ringkas...


Terasa kerdilnya diri ini...
Banyak khilaf yang dibuat tiap hari...
Moga Allah mengampuni diri ini...
Andai esok masih ada untuk ku lalui...

Thursday, June 13, 2013

kenapa?


Salah seorang rakan tempat kerjaku baru putus cinta. Tak payah lah aku bagitau nama dia. Semalam dia mengadu kat aku, menangis-nangis. Aku ni maybe pendengar yang baik kot sebab tu dia mengadu kat aku. Aku syak orang putus cinta memang suka cakap bukan-bukan maybe sebab tertekan. Dia boleh cakap,

"Kenapa Allah bagi saya derita macam ni kak? Saya tak mampu nak tanggung."

Aku balas,
"Allah takkan uji kita dengan apa yang kita tak mampu tanggung. Kenapa bila Allah bagi derita kita nak soal kenapa Dia bagi derita tapi bila Dia bagi bahagia kita tak soal kenapa Dia bagi rasa bahagia tu?"

Lagi kuat dia menangis.
Tapi pagi tadi aku tengok dia dah ceria. Bertabahlah kawan!




Wednesday, June 12, 2013

kata-kata


Terjebak dengan teduhan kasih

Akhirnya aku terjebak jugak dengan drama Teduhan Kasih yg disiarkan di TV3 slot akasia..mula-mula malas nak tengok sebab risau bile dah terjebak mula lah susah nak tinggal..dek kerana sepupu & kawan-kawan kat tempat kerja nie duk asyik bercerita yang citer ni best aku pun try la tengok..ermm..memang best apalagi dengan kehadiran watak Ady Putra .


 
Sinopsis Teduhan Kasih
Teduhan Kasih mengisahkan tentang pasangan Iffa (Sherry Ibrahim) dan Ryzal (Shah Iskandar) yang hangat bercinta dan kemudian membuat keputusan untuk berkahwin, walaupun tidak direstui oleh ibu Ryzal, Puan Suraya. Sejak berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh, adakalanya, wanita itu teruk dipukul oleh suaminya. Kebahagiaan yang diidam oleh Iffa berkecai apabila sahabat baiknya sendiri iaitu Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal hanya untuk menyakiti Iffa. Ditambah pula, Puan Suraya yang tidak senang melihat perkahwinan mereka sering menabur fitnah terhadap Iffa.

Suatu hari, Iffa pergi ke klinik selepas mengalami pening kepala dan mual. Dia disahkan mengandung. Iffa gembira dengan berita tersebut namun diselubungi dengan rasa serba salah apabila mengenang hubungannya dengan Ryzal. Di dalam takut, dia tetap memberanikan diri untuk berkongsi berita berkenaan sambil berharap suaminya akan berubah. Pada waktu Iffa ingin berterus-terang dengan Ryzal, Ayu muncul di rumah mereka. Pengakuan Ryzal tentang hubungannya dengan Ayu disusuli lafaz cerai talak satu mengejutkan Iffa.

Tanpa hala tuju, Iffa pulang ke rumah ibu tirinya, Maimun selepas dihalau oleh Puan Suraya. Di rumah itulah dia telah diperlaku seperti hamba dan sejarah tersebut bakal berulang di hari mendatang. 9 bulan kemudian, Ayu dan Ryzal berkahwin pada hari Iffa dijangka akan melahirkan anak. Ayu sengaja memilih tarikh tersebut untuk menambah derita Iffa.

Iffa yang panik dan tidak tahan sakit menggagahkan diri keluar rumah bersendirian sebelum berselisih dengan Ehsan (Adi Putra). Atas rasa kasihan, Ehsan menghantar Iffa ke hospital dan menemani wanita tersebut sehingga Iffa melahirkan anak lelaki yang diberi nama Adam Ehsan. Lelaki asing ini melayan Iffa seperti seorang isteri, segala belanja dan keperluan Adam juga dipenuhi dengan ikhlas. Ehsan merupakan seorang CEO di sebuah syarikat, dia mempunyai segalanya termasuklah wanita-wanita cantik namun hidupnya kosong tanpa arah.

Pada waktu ini, Iffa merasa sangat terharu kerana masih ada insan yang sudi membantunya. Ehsan pula merasakan sesuatu yang sangat indah dengan kehadiran Iffa. Dua hari di hospital, jururawat memberitahu Iffa bahawa dia sudah boleh pulang pada hari itu. Iffa menyambut perkhabaran itu dengan serba salah. Pertanyaan di hatinya... di manakah dia hendak pergi? Ehsan kelihatan gelisah pada hari tu.

Ehsan menawarkan tempat tinggal untuk Iffa tetapi tidak memaksa jika Iffa menolak. Bagaikan tiada pilihan lain, Iffa mengangguk setuju. Dengan sifat Ehsan yang romantik, mengambil berat, manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang baru hendak dikecapi, sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Namun, kali ini Iffa nekad tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan.
sumber: tv3.com.my
P/S : antara sebab utama aku tengok drama Teduhan Kasih di TV3 sebab dok dengar ramai kata best sangat .. Antara sebab lain ialah Adi Putra yang berlakon .. Teruja sangat , diorang kata dengan kehenseman Adi Putra tu.. Bab rupa tu , aku tak nak komen.. Hak Allah .. ohh yer...aku nak bagi tau yang aku tak suka watak Nabila Huda & Zarina Zainordin tu..Jahat !! watak Shah Iskandar juga sebagai suami iffah..Benci! Tak layak pun jadi suami si iffa tu.!! macam nak baling jer kasut aku nie kat dia tu..upss...terEmo plak aku nie hehehe....

Tuesday, June 11, 2013

Talam 2 Muka


bagaimana harus kita menghadapi seseorang yang talam dua muka ni? talam dua muka atau kata lain nya.. depan lain, belakang lain.. kiranya ada split personality dalam masa yang sama. individu yang seperti ini hanya mahu kelihatan baik di mata orang. padahal hati mereka sangat busuk. individu yang seperti ini juga sering kali menyorokkan kebenaran dan memutar belitkan fakta. talam dua muka ni boleh jadi satu fitnah juga . hati-hati la bila berbicara. jangan rasa diri nak betul saja. kalau rasa kamu salah, minta maaf saja la.. mengapa mahu di tegakkan benang yang basah?tak takut dah ke Allah? paling aku simpati, ada tu syarahan bab agama dah terbaik. ni tak boleh, itu tak boleh .. orang ni jahat, orang itu jahat.. tapi tak sedar diri sendiri macam mana sifat. tolong la jangan sentiasa ingat diri sangat baik.. kita ni sentiasa melakukan kesilapan. bezanya sekarang, adakah kita sedar kesilapan kita dan tidak mengulanginya lagi atau kita hanya membiarkan kesilapan terjadi berulang-ulang. aku minta di jauhkan dari sifat seperti ini.
 
Nak hidup bahagia, jaga mulut.. jaga adab.. jaga diri.. jaga perilaku.. jaga tuturkata.. jaga-jaga cik puan s__d_.. ehh.. tersyasyul..
kesimpulannya, peribadi menawan bermula dari tingkah laku dan kata-kata yang menawan.. ecehh, macam iklan pulak..

Monday, June 10, 2013

Sederhana Itu Indah Dan Bahgia






   "Aku Terima Nikahnya Nurbayah Binti Amirruddin dengan Mas Kahwinnya empat puluh ringgit , tunai..

Alhamdulillah dengan sekali lafaz diri ini sah dimiliki..




Thanks abang .. Terharu sangat-sangat.. Saya tak mampu janjikan apa-apa yang terlalu indah.. Apa yang termampu , saya cuba jadi isteri yang TERBAIK & SEMPURNA untuk abang.. Hopefully abang akan ingat sampai bila-bila.. Terima kasih abang kerana memberi & melimpahkan kasih sayang yang tak pernah berbelah bahagi.. Terima kasih diatas kesabaran yang cukup tinggi dalam menempuh onak & duri hidup bersama sepanjang perkahwinan kita...Dan yang paling penting , Terima Kasih kerana menyediakan SYURGA yang cukup INDAH ini tika bersamamu..






Ameen...


Takdir ALLAH itu INDAH