JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Wednesday, August 28, 2013

Salahkah bertanya???


Berkerak-kerak rasanya hati dengan 1001 macam persoalan.Persoalan yang memang perlu ada untuk memantapkan sesuatu perkara. Kita akan kemukakan soalan , bila kita perlukan satu kepastian atau apabila kita berasa dalam kesangsian. Salahkah untuk bertanya?

Monday, August 26, 2013

Kisah hati...

Cuaca tak selalunya cerah. Adakala mendung datang juga. Begitu juga dengan hati kita. Dah namanya pun manusia. Pelbagai emosi seringkali menguasai diri. Masalah ada di mana-mana. Tak berlaku secara langsung kepada kita. Berlaku pada orang-orang di sekeliling kita. Hati ini juga kadang kala terlalu sensitif. Sedikit tercuit, emosinya merudum berhari-hari.

Kadang-kadang kisah orang lain buatkan kita ikut beremosi sama. Orang lain aku tak tahu. Tapi aku selalunya begitu. Minggu lepas, berkaitan dengan majlis perkahwinan sahabat sekerjaku yang tak kesampaian, airmataku bergenang bila bakal pengantin muat naik lagu sedih tentang cinta yang tak kesampaian di FB pada petang sepatutnya dia bernikah. Aku bersimpati dan ikut bersedih.

Beberapa hari kemudian aku tersentuh bila seorang isteri yang dengan penuh mesra menegur suaminya di FB namun tidak mendapat balasan. Sedangkan si suami jenis yang sangat rajin komen status orang lain. Entah mengapa aku pula terasa berkecil hati. Lebih-lebih lagi bila tahu kemelut yang sedang melanda hubungan mereka. Pada waktu itu tentunya sang isteri sedang cuba mahu memperbaiki hubungan mereka. Tapi mendapat balasan yang dingin pula. Aku bersimpati dan ikut sedih.

Cuaca di luar mendung. Di dalam hatiku juga mendung. Bukan mengenang nasib diri. Tapi mengenang nasib orang lain untuk memuhasabahkan diri yang juga tidak sempurna serta banyak khilafnya. Dengan keadaan cuaca yang mendung, susahnya rasa nak menceriakan hati sendiri. Memikirkan yang indah-indah tetap juga berhati gundah.

Thursday, August 22, 2013

Ada baik, ada buruk

Siapa kita untuk menyangka?


Dalam tengah meraikan kegembiraan untuk hari esok untuk naik dengan lebih maju lagi ke tahap yang seterusnya, dengan tiba-tiba.....................



datang perkara yang tak diduga sama sekali. Yang mampu menjunamkan segala semangat yang telah dihimpun untuk hari esok. Yang cukup untuk meresahkan jiwa raga ini. Yang mampu menghilangkan senyuman dan gelak tawa juga perasaan yang sangat gembira, tadinya.



Betullah....



Yang buruk tak perlu dinafikan lagi kerana ia datang dari kesilapan dan kelemahan sendiri sedangkan yang baik itu, hanya dari Allah yang Maha Esa.



Bersabarlah wahai hati! Itu ujian. Allah sedang menguji.



Dalam gembira terselit duka. Redha.

Monday, August 19, 2013

Menulis.

Saya sentiasa berharap, saya mampu berfikir pada perkara yang betul. Pada ketika membaca buku, saya berharap mampu memikirkan mesej yang saya dapat, bukan kepada memikirkan dan mencari mesej apa yang mahu disampaikan.

Lalu pada ketika saya menulis, saya juga berharap begitu. Pembaca tidak 'sakit kepala' mencari 'apa yang mahu saya sampaikan', tetapi mereka 'sakit kepala', memikirkan dan merenungkan pada mesej yang mereka dapat dan tangkap.

Namun tetap sahaja saya akur, apa yang mahu disampaikan oleh sesetengah penulis bukan pada perkara yang difikirkan, tetapi perkara yang dirasa. Menulis sesuatu yang membuatkan orang merasa jijik, berat dan tiada harapan. Perasaan yang menekan fikiran supaya akhirnya manusia berfikir dalam tidak sedar mereka.

Cuma tetap sahajalah saya percaya, manusia yang mampu berfikir jernih adalah manusia yang sudah ditenangkan perasaannya. Biar fikiran itu yang akhirnya menekan perasaan bagi berbuat itu ini, bukan perasaan yang menekan fikiran, kerana perasaan sentiasa melulu. Lihat sahajalah cinta. Ia perasaan yang akhirnya akan disesalkan oleh fikiran selepas semuanya terjadi.

Apapun, tetaplah menulis dan selamat menulis.


Friday, August 16, 2013

..::Pendapat seorang isteri::..


hai, jumpe lagi kita?? kemain kan, hari nie sempat satu entry aku up. harap tak bosan. kerja dah separuh. tapi printer rosak.. jadi marilah kita buat kerja yang tak perlu menggunakan printer iaitu blogger.com. lalalala~

 

3 hari ni kita semua dikejutkan dengan video kakak kena pukul dalam lif tu. honestly aku gigil tengok video tu.., akak tu dah keluar statement. aku tak side mane-mane pun sebab aku sendiri tak tau butir ape yg diorang gaduhkan. sekadar dari pembacaan je. tapi ape yang aku terkilan kan akak tu kena pukul depan anak-anak. sepak terajang bagai. oiiii scary sangat ko tau tak.

 

aku cerita kat miza, dia kata mungkin akak tu dah melampau yang buat lelaki tu buat tindakan luar batasan. ok, serious aku macam tak puas hati dia cakap macam tu. Even kalau akak tu salah sekali pun,lelaki tu takde hak untuk pukul sepak terajang macam tu.


Aku bukanlah selayak nya nak mengupas halal haram memarahi atau memukul isteri ni. kadang aku sendiri tak terlepas bermasam muka dengan suami. Tapi apa lah salah nya sebelum nak marah isteri tu tengok dulu muka isteri, tengok dulu pada diri layakkah dia di marah dan diherdik seteruk-teruk nya. lihat jika ada anak betapa comel nya dia di hadapan kamu bermain, tersenyum ketawa dan lihat kembali apa akan adakah anak dihadapan mu itu tanpa pengorbanan isteri kamu untuk melahirkan dia di dunia dan bermain dengan kamu??

 

Kamu suami, ye kami mengerti akan hebat nya kamu, mencari rezeki menyediakan segala kelengkapan untuk keluarga. Tapi itu belum melayakkan kamu untuk berpaling muka ketika kami si isteri minta pertolongan. Kamu suami, kami tau ketaatan kami kepada kamu. dan kunci syurga buat kami. tapi tahu kah kamu seorang isteri tidak wajib taat kepada suami yang tidak taat akan perintah Maha Pencipta?? Renung balik ke dalam diri, cukup layakkah kamu untuk menghukumi isteri yang dengan sewenang-wenangnya?? Kalau kamu seorang yang panas baran, kaki pukul, naik tangan dan bermulut lepas, apakah yang kamu harapkan dari isteri kamu???

 

Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan juga sebaliknya..

 

Aku bercakap melalui pandangan seorang isteri yang sekadar meluahkan perasaan kecewa terhadap apa yang telah aku tonton, yang telah aku dengar. Ada pelbagai kisah masalah rumahtangga yang pernah sampai kepada ku samada melalui pembacaan mahupun pengalaman kawan-kawan dan perkara tu buat aku sangat terkilan.

 

 

Untuk kita semua, moga rumah tangga kita terpelihara dari segala musibbah dan keburukkan. amin.

Note: Wanita/Isteri tercipta dari tulang rusuk lelaki kerana untuk disayangi. Bukan untuk disepak terajang dengan kaki. Makanya...Sayangilah 'Tulang Rusukmu' wahai LELAKI/SUAMI.

Thursday, August 15, 2013

Tiada Mood Bekerja..Lebey Mood Raya


gini la keadaan aku sekarang ni..serabut je..tengok keje kat atas meja pon pandang sepi je..mengeluh je..hati nak buat keje...tapi mood tarak mari la...

???


Takde idea!

Takde cerita!

Tak tau dah hari apa!

Tak ingat dah tarikh berapa!

 

Semua gara-gara duduk dirumah saja...

Setiap hari bagai sama sahaja..

Waktu bagai tak bergerak ke mana..

 

Yang ada...matahari,tv,katil,bulan &suamiku saja...

 

nota : nampak sangat tak sesuai jadi surirumah!he..he..he...