JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Tuesday, September 17, 2013

Macam-Macam Rasa

Rasa macam banyak;

banyak benda yang nak dibuat


Tapi…


Rasa macam tak tahu;
tak tahu nak berbuat apa-apa


Lama-lama…


Rasa macam-macam;
macam-macam benda nak dibuat



Akhirnya…


Rasa macam tak berbuat;
tak berbuat apa-apa




..haish…ntah apa-apa ntah!

 

Friday, September 13, 2013

tulisanku..

saya tahu mungkin ada yang tidak selesa dengan tulisan saya...saya tidak marah..itu pendapat masing-masing..saya hormat pendapat anda..bagi saya tulisan saya adalah hati saya..mungkin tak semua yang saya kongsi tapi apa yang saya rasa banyak saya luahkan di sini...bagi yang gemar membaca isi hati saya ini terima kasih kerana sudi berkongsi rasa saya ini...maafkan saya jika tulisan saya menyinggung anda...

Hikmah Memaafkan Orang

Ya Allah. Siapalah kita ni yang cuma manusia biasa. Hati kadang tak tetap. Iman turun naik. Saya lah orang itu. Orang yang pernah membencikan orang lain hanya kerana kepentingan diri saya sendiri. Hanya untuk perasaan saya sendiri. Saya pendam rasa benci dekat orang cuma sebab SAKIT HATI.

Sungguh saya katakan. Membenci takkan membuatkan hati kita tenang. Kita sebenarnya membuat perkara yang sia-sia.


Masa terus berlalu. Sehinggalah Allah membuka kan pintu hati saya. Segala kebaikan , segala bahan ilmu agama , masuk secara perlahan menghembus hati saya yang suatu ketika dulu keras untuk menerima semua tu.


Sikit demi sedikit saya mengubah diri saya. Sehinggalah suatu hari saya terfikir. Sudah tiba masa saya perlu bersihkan hati saya. Buang segala beban dan "kotoran" yang menjadi punca hati saya menjadi berat selama ni.


Saya belajar memaafkan orang.


Saya ni seorang yang pendiam. Kalau saya marah atau sakit hati dengan seseorang , saya takkan bagitau orang tu. Saya akan simpan dalam-dalam. Sampailah suatu ketika saya mula rasa benci dengan orang tu. Saya yakin syaitan waktu itu tentu seronok bertepuk tangan bila hati saya mulai menanam rasa benci pada orang lain. Bukan siapa-siapa pun. Saudara islam saya jugak.


Pernah jugak kami bertentang muka , bercakap secara berdepan. Tapi bila sudah berdepan. Lidah saya jadi kelu untuk berterus terang. Tiada upaya saya untuk menyatakan yang saya marahkan dia. Untuk meleraikan hal tu , saya cuma kata dengan dia.


"Saya sudah maafkan kamu."


Penipu! Saya menipu. Di mulut saya kata maaf. Tapi dalam hati? Saya masih marah dan benci.


Sungguh .. Sekarang ni bila saya kenangkan balik masa tu , terasa sedih hati saya. Saya terlalu ikutkan perasaan. Nafsu marah saya menangkan. Padahal saya tak dapat apa pun.


Tapi entah kenapa. Tiba-tiba , satu hari tu hati saya menjadi begitu lembut untuk memaafkan orang yang pernah menyakiti hati saya. Kali ni , bukan sekadar maaf di mulut. Tapi juga maaf di dalam hati.


Mungkin sebab itu sekarang hati saya menjadi tenang. Mudah menerima segala teguran. Mudah menerima sebarang jenis ilmu. Tak macam dulu. Tau nak berhibur aje.. Nak baca sesuatu yang berfaedah , langsung tak diterima dek akal dan hati saya.


Mungkin ini hikmah memaafkan orang.


Mesti ada yang akan kata "cakap senanglah. Nak buat tu ingat senang ke?"


Tiada jalan yang senang untuk mengecapi bahagia. Sebab itu pentingnya sabar. Bersabarlah. Tenangkan hati. Buang segala yang kotor dalam hati tu. Selagi ada rasa benci , selagi tu hati takkan tenang.


Maafkan dengan seikhlas hatimu. Kalau tak boleh jugak , minta pertolongan dari Allah. Dekatkan diri dengan Allah. Percayalah , kalau kita dekat diri dengan Allah. Allah akan lembutkan hati kita insyaAllah.


Tersenyumlah bila ada yang menyakitimu ...

 

Thursday, September 12, 2013

saya benar rindu

Assalamualaikum wbt...

kita selalu rasa diri kita terlampau betul hingga kadang-kadang tanggapan kita pada orang semuanya negatif..apa orang buat semua salah..serba tak kena..memang lumrah manusia macam tu..walau berkali bermuhasabah diri tapi masih sama.masih memandang rendah pada orang lain..hebat sangatkah kita?tinggi sangatkah ilmu kita?

siapa kita untuk menilai orang lain..belajarlah menerima baik dan buruk orang lain..kita bukan terlalu sempurna..belajarlah menyayangi dan menghormati sesama insan..jangan dihina mereka yang masih belum sempurna hijrahnya,masih belum sempurna menjadi muslim sejati..berdoalah satu hari nanti mereka akan berubah dan mungkin lebih baik dari kita


cubalah..


Allah mendengar setiap doa kita..sabarlah.


saya rindukan hidup tanpa ada dengki,iri hati,cemburu,syak wasangka...saya rindukan persahabatan dan persaudaraan yang jujur,telus,saling menyayangi dan menghormati..saya benar rindu..

TAYANG GAMBAR KAKI!RAFIDAH IBRAHIM SEKALI LAGI DI KECAM

Assalamuaalaikum..

Penampilan bertudung biasanya akan menjaga kita

dari berkelakuan kurang sopan..

Bila dah bertudung nak duduk pun

kena la sopan..

nak bercakap pun kena hati-hati..

kalau tidak .tak manis la..


Agaknya sebab tu la ramai yang kecewa dan marah bila

Fida atau Rafidah Ibrahim memuat naik

gambar kaki dengan caption yang

tak boleh diterima sesetengah pengikutnya dia Instagram..

 
"thinking of having a cup of coffee with 'biskut mentega' :)*coffee..antara minuman kegemaran nabi "



 
**sekarang artis-artis kena la jaga tingkah laku..
orang boleh kritik terus je..
dulu zaman aku kecik-kecik dulu lain la..
nak komplain ke apa,setakat sembang-sembang dengan kawan-kawan je..
kan?/?heheh


sekian..

Wednesday, September 11, 2013

Meluah dan memendam...

Assalamualaikum..

Beberapa hari yang lepas aku menerima sms dari seorang teman lama. Sebenarnya kami tidaklah berapa rapat. Hanya pernah menjadi teman sekerja. Nak kata baik sangat waktu kerja dulu pun tidaklah juga. Cuma sesekali menjadi teman untuk makan-makan dan lepak-lepak suatu masa dulu.. Tapi sehingga hari ini kami masih tidak putus hubungan. Walaupun aku mahupun dia tidak pernah add antara satu sama lain di FB. Tapi dalam setahun tu, pastinya akan ada sekali dua smsnya yang masuk tanda dia masih mengingatiku. Begitulah bagaimana kami saling mengetahui perkembangan masing-masing setiap tahun.


Setiap orang ada kisah hidupnya yang tersendiri. Ada yang lebih suka menyimpan dan memendamnya sendiri. Ada juga yang boleh meluahkannya kepada seseorang. Aku teringatkan tentang perkara itu bila teringatkan sahabatku yang seorang ini. Pada satu ketika agak kecoh juga orang membuat spekulasi mengenai sahabatku ini. Aku juga turut tertanya-tanya akan kebenaran cerita. Tapi seperti orang lain aku juga tidak pernah bertanya apa-apa kepada sahabatku itu. Makanya cerita yang diperkatakan terus diperkatakan. Ketika cerita itu masih menjadi tanda tanya, sahabatku ini datang kepadaku dan bercerita kisah sebenar.


Khabar angin yang didengar memang ada kebenarannya. Tapi dia mahu membiarkan perkara itu reda dengan sendiri tanpa dia mahu menerangkannya kepada semua orang. Entah kenapa dia boleh memilih aku untuk bercerita perihal dirinya yang sedang diperkatakan orang ketika itu. Aku sendiri juga terus menyimpannya tanpa dapat memberikan penjelasan kepada orang lain. Bila sesuatu perkara yang peribadi tentang orang lain diberitahu kepada kita, tentu saja perkara itu perlu dijaga sebaiknya. Tentu saja perkara itu menjadi rahsia. Memegang rahsia orang lain merupakan satu amanah. Bila bercakap tentang amanah, pastinya perkara itu akan terjadi atas dasar percaya.


Sebenarnya aku sangat kagum dengan orang yang boleh meluahkan masalah dengan orang lain. Ini kerana aku termasuk dalam kategori orang yang jenis memendam. Kalau perkara yang statusnya rahsia memang aku susah untuk luahkan dan kongsikan dengan orang lain. Kadangkala bukan sekadar hal yang berstatus rahsia, untuk meluahkan apa yang aku rasa pun aku tidak mampu dan tidak berani. Entah apa yang aku takutkan, aku sendiri tidak pasti. Walaupun aku nampak seperti tidak kisah untuk berkongsi cerita-ceritaku, tapi hakikatnya masih terlalu banyak yang aku simpan sendiri. Mungkin aku tak percaya dengan orang lain. Ataupun aku tidak mempercayai penilaianku sendiri yang orang lain boleh menjaga rahsia dan luahan hatiku sebaiknya.


Hmm.. adakalanya meluah adalah lebih baik dari memendam. Tapi sampai saat ini aku masih lebih suka memendam. Nampaknya bila sudah tidak boleh meluahkan, terpaksalah aku terus memendam. Bukan setakat memendam sebuah duka, malah adakalanya memendam sebuah gembira dan bahagia juga. Sebab takut untuk meluahkan, hal-hal yang gembira pun adakalanya aku boleh simpan sendiri he..he.. Tak kisahlah kan, yang penting kita bahagia dengan cara kita.


Salam hormat untuk semua. Have a nice day.

 

Tuesday, September 10, 2013

Takpe...

Assalamualaikum..

Lumrah manusia. Ada yang tahu untuk menjaga hati orang lain. Ada juga yang tahunya hanya menyakiti hati orang lain. Tak kiralah walau bagaimana baik pun orang lain itu melayannya. Ada yang jenis bercakap lembut. Ada yang jenis bercakap kasar. Tak kiralah walau selembut mana orang bercakap dengannya. Ada yang akan ambil kisah akan perasaan orang lain. Ada juga yang tidak kisah akan perasaan orang lain. Hmm.. bukan semua orang akan melayan kita sebaiknya. Bukan semua orang boleh menjaga hati kita sebagaimana yang kita mahu.


Lumrah manusia juga. Adakala hati kita tersentuh. Adakala hati kita terguris. Adakala kita boleh bersabar. Adakala kita boleh terasa juga. Bila dah terasa, rasa marah senang nak menjelma. Ada peluang memang kita mahu membalasnya. Tapi.. memaafkan adalah lebih baik. Malah ianya akan lebih melegakan hati kita sebenarnya. Mungkin, tanpa kita sedar, kita sendiri pernah melukakan perasaan orang lain. Ianya boleh jadi balasan untuk kita juga. Dari situ kita dapat pengajaran untuk lebih tahu menjaga perasaan orang lain. Besar betul kelebihan memaafkan dan bersabar ni. Ianya memang tak semudah bagai dikata. Tapi dengan sedikit usaha dan kesungguhan, pastinya kita boleh melakukannya. Takpelah kalau orang buat kita. Allah yang Maha Mengetahui itu kan ada.