JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Tuesday, September 10, 2013

Takpe...

Assalamualaikum..

Lumrah manusia. Ada yang tahu untuk menjaga hati orang lain. Ada juga yang tahunya hanya menyakiti hati orang lain. Tak kiralah walau bagaimana baik pun orang lain itu melayannya. Ada yang jenis bercakap lembut. Ada yang jenis bercakap kasar. Tak kiralah walau selembut mana orang bercakap dengannya. Ada yang akan ambil kisah akan perasaan orang lain. Ada juga yang tidak kisah akan perasaan orang lain. Hmm.. bukan semua orang akan melayan kita sebaiknya. Bukan semua orang boleh menjaga hati kita sebagaimana yang kita mahu.


Lumrah manusia juga. Adakala hati kita tersentuh. Adakala hati kita terguris. Adakala kita boleh bersabar. Adakala kita boleh terasa juga. Bila dah terasa, rasa marah senang nak menjelma. Ada peluang memang kita mahu membalasnya. Tapi.. memaafkan adalah lebih baik. Malah ianya akan lebih melegakan hati kita sebenarnya. Mungkin, tanpa kita sedar, kita sendiri pernah melukakan perasaan orang lain. Ianya boleh jadi balasan untuk kita juga. Dari situ kita dapat pengajaran untuk lebih tahu menjaga perasaan orang lain. Besar betul kelebihan memaafkan dan bersabar ni. Ianya memang tak semudah bagai dikata. Tapi dengan sedikit usaha dan kesungguhan, pastinya kita boleh melakukannya. Takpelah kalau orang buat kita. Allah yang Maha Mengetahui itu kan ada.

No comments:

Post a Comment