Teman manusia yang sebenar ialah Akal dan musuhnya ialah Jahil.
JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .
Friday, May 16, 2014
Thursday, May 15, 2014
Si-kalut
Manusia kalau yang jenis kalut, banyak masanya agak menyusahkan.
Kalau susah dia seorang tiada masalah, tapi yang ini jenis menyusahkan sampai
orang-orang sekeliling pun rasa beban sekali, nak marah tak sampai hati pula,
tak layan kesian pula tapi bila layan kita pula yang susah, jadi susah
berganda-ganda lagilah.
Letih tau main dengan orang yang macam ni, dia sorang senang dia suka tapi kalau orang lain susah dia lagi payah. Kadang-kadang paksa diri pujuk minda :. jangan ambil peduli sangat orang yang macam nie, nanti haru-biru hidup sendiri.
Tapi, kalau dah tiap hari tiap masa, berdepan dengan si kalut ni, masak juga!
Tak lah mengharap apa-apa pun dari si kalut, cuma minta/doa supaya tahankan hati je bila berdepan dengan orang begini takut-takut nanti bom jangka yang aku simpan dalam hati meletup sekali, lagi teruk jadinya.

Tuesday, May 13, 2014
Terus berharap
Niat baik.
Nak jadi manusia yang sabar, tenang dan mahu lebih zuhud
Pendek kata, mahu jadi manusia sebaik mungkin lebih dari semalam.
Tapi, entah kenapa?
Setiapkali nak berubah disitulah juga dugaannya.
Buat diri kadang-kadang goyah, doubt pada perasaan sendiri.
Tentang kekuatan diri.
Tapi,
Allah janji kalau niat kita ikhlas dan baik
Dia tidak akan mungkir.
Hanya sabar : cepat atau lambat sahaja ukurannya.
Diri ini,
Masih cuba bertahan
Mengharap agar harapan yang tertinggal ada penawarnya
Semoga menjadi yang sebaik dari hari semalam .

Not A Perfect Person
Kekadang aku rasa aku ni bersifat melampau...kekadang
aku rasa aku ni boleh jadi diam sediam diamnnya..kekadang aku jadi ramah. Kawan
cakap aku ni memang jenis yang lambat 'warming up" dalam bab bab banyak
cakap ni.aku hanya ramah tamah dengan orang yang aku betul betul dah rapat
ataupun dah kenal mesra.dan satu kekurangan yang selalu aku perasan,aku ni
memang tak reti nak mesra dengan orang yang lebih berusia dariku.kiranya aku ni
'kurang' bijak mencari topik perbualan dengan orang yang lebih tua dariku..
Huhu.. Terlalu banyak yang aku perlu belajar di dunia yang fana ini.. Banyak
ilmu lagi yang perlu aku 'timba'.. Aku hanyalah manusia yang serba kekurangan..
Kekadang kita ni,bila nak cuba untuk mengatasi kekurangan diri sendiri,kita
berjaya tapi dalam masa yang singkat sahaja..kekadang dalam masa satu hari,kekadang
dalam masa dua jam.pastu kita dah berubah semula kepada sifat asal kita..huhu..
Takde konsistensi. Berusaha untuk berubah takkan berjaya kalau tak de
konsistensi.. Perlukan usaha yang berterusan.. Moga aku istiqamah dan konsisten
dalam membuat perubahan ke atas diriku.moga allah merestui usahaku untuk
berubah. Amin...
Friday, May 9, 2014
Selamat Hari Ibu ,Mak
Sebenarnya daripada
tadi saya ingin menaip sesuatu. Sesuatu yang dapat menggambarkan penghargaan
saya pada seorang ibu. Tapi semakin lama saya semakin tak tahu. Atau lebih
tepat, saya semakin tak mampu. Tak mampu untuk mengekspresikan penghargaan itu.
Pada saya, kita memang mampu kata yang kita selalu sayangkan dia. Kita memang mampu berterima kasih akan segala jasa dan pengorbanannya. Kita memang sentiasa berdoa agar dia sihat sejahtera. Kita memang sayangkan dia lebih daripada apa yang kita sendiri rasa. Tapi hakikatnya, tetap tak ada sebarang kata yang mampu menilaikan penghargaan kita.
Bagi yang telah berumahtangga tetapi masih belum mendapat cahaya mata, yakinlah bahawa rezeki Allah akan sentiasa ada. Dan bagi wanita yang telah dikurnia puteri mahupun putera, Selamat Hari Ibu untuk anda semua.

Bukan kerana dia
adalah tidak bernilai. Tapi kerana dia adalah tidak ternilai.
Sebab setiap
daripada kita punya takdir dan ketentuan yang berbeza. Seperti juga tempoh masa
yang kita ada semasa bersama dia. Ada yang sejak lahir ibu telah tiada. Ada
yang menerima kasih sayang selama 12 tahun sahaja. Ada yang selama 25 tahun
dapat hidup bersama.Ada yang mempunyai ibu lebih daripada satu, lebih daripada
dua dan ada yang lebih daripada tiga. Ada yang ibunya masih lagi dipanjangkan
usia. Dan ada yang pergi lebih awal mendahului ibunya.
Biarlah sesingkat
mana waktu yang ada. Biarlah detik tu sekejap cuma. Apa yang penting, waktu
yang ada akan memberi kita kenangan terhebat sepanjang usia. Well said, seorang
ibu bukan semestinya kerana dia sentiasa ada di sisi. Tapi adalah kerana dia
sentiasa ada di hati.
Bagi yang telah berumahtangga tetapi masih belum mendapat cahaya mata, yakinlah bahawa rezeki Allah akan sentiasa ada. Dan bagi wanita yang telah dikurnia puteri mahupun putera, Selamat Hari Ibu untuk anda semua.
SAYA SAYANG MAK SAYA !!!
Thursday, May 8, 2014
Jangan buat orang rasa ralat boleh tak?
- Kalau beli kereta warna hitam, nanti adalah yang cakap, patutnya beli
warna putih.. dan sebaliknya.
- Kalau cat rumah warna hijau, nanti adalah yang tanya, kenapa tak cat warna kuning.. dan sebaliknya.
- Kalau ubahsuai rumah ikut plan A, nanti adalah yang kata, patutnya plan B lebih bagus.. dan sebaliknya.
- Kalau buat pagar rendah, nanti adalah yang tegur, kalau pagar tinggi lagi elok.. dan sebaliknya.
- Kalau hantar anak ke sekolah ni, nanti adalah yang cadang, patutnya hantar anak ke sekolah tu.. dan sebaliknya.
- Kalau ambil loan dengan bank ni, nanti adalah yang kata, loan dengan bank tu lagi baik.. dan sebaliknya.
- Kalau pergi klinik swasta, nanti ada yang cakap, klinik kerajaan lebih bagus.. dan sebaliknya.
- Kalau pergi Hospital Kerajaan, nanti adalah yang kata, Hospital swata lebih baik.. dan sebalinya.
Biasa dengar kan ayat-ayat seperti itu. Kadang-kadang rasa tak senang dan tak faham juga dengan sikap sesetengah orang ni. Kenapa perlu nak pertikaikan pilihan yang telah orang lain buat. Suka hati orang yang membuat pilihan itulah kan. Lainlah kalau orang itu bertanyakan pendapat dan pandangan dari kita. Ini tidak, bila mereka sudah buat pilihan, adalah pula yang sibuk-sibuk nak beritahu pilihan yang sepatutnya. Lebih kepada pilihan mengikut pendapat mereka sendiri. Kononya macam pilihan yang diberikan itu lebih elok, bagus, mantap dan sempurna. Pada aku, cara sebegini samalah juga dengan tidak menghormati orang lain. Ada masanya memang yang membuat pilihan itu merasa dia juga telah tersilap buat pilihan. Jadinya tak perlulah cakap-cakap kita membuatkan orang itu rasa bertambah ralat. Entry ini untuk aku mengingatkan diriku sendiri sebenarnya. Bila kita rasa tidak senang bila ianya terkena pada kita, mungkin orang lain juga merasakan perkara yang sama. Menjaga hubungan sesama manusia itukan sangat dituntut. Jadinya perlulah kita menjaganya sebaik mungkin. Tak gitu?

Friday, May 2, 2014
Harga Sebuah Kemaafan
Assalamualaikum
Pernah
tak terdetik di hati kita nie untuk memaafkan insan-insan di sekeliling kita
pada setiap malam sebelum tidur? Secara jujurnya, saya tak pernah buat macam
tu...Bila saya tengok Program Tansformasi Minda Dato' Mohd Fadzilah Kamsah yang
lepas...Saya rasa diri saya kerdil sangat...Sebab selama hidup berpuluh tahun
nie saya tak pernah buat macam tu...Selalunya sebelum tidur duk baca Surah
Al-Fatihah, 3 Qul dan Ayat Kursi jer...Then masuk tidur...
Rupa-rupanya
saya terlupa yang sebelum kita tidur nie sebaik-baiknya kita maafkan semua
insan yang kita kenal...Kemaafan nie tak kan senang-senang nak
diberikan...Betul tak? Tapi itulah yang perlu kita buat kerana Harga Sebuah
Kemaafan ini adalah tidak ternilai...
Natijah
Kemaafan
Hati yang murni
Fikiran yang tenang
Jiwa dan badan yang sihat
Wajah cantik dan awet muda
ALLAH SWT makbulkan doa kita
Menarik hidayah dari ALLAH SWT
ALLAH SWT ampunkan dosa
Pintu rezeki terbuka luas
Untuk
yang dah berkahwin...Nak dapat keredhaan dalam hidup...Selalu selalu la minta
maaf dengan suami...Kadang-kadang apa yang kita buat, apa yang kita tuturkan
nie ada yang menyentuh hati suami...Jadi ringan-ringankan la mulut minta maaf
dengan suami masing-masing...Dari keredhaan dan kemaafan suami la kita para
isteri nie boleh berjaya...Berjaya Dunia dan Akhirat...
Insyaallah...
Subscribe to:
Posts (Atom)