JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Wednesday, November 21, 2012

OUR LIFE SAY ALHAMDULILAH (:

ASSALAMUALAIKUM

bismillahirrahmanirrahim
in the name of Allah


Alhamdulilah, dapat melalui hari hari dengan penuh tabah ! (: hehehe .okey sebenarnya rindu nak menulis at blog nie, sebab busy sangat dengan kerja. then,masa yang ada before nak balik nie, aku curik nak menconteng dekat blog nie.rasanya orang lain mesti tengah happy dengan life yang tengah '' macam-macam '' nie kan..whatever pun,say ALHAMDULILAH(: tanda bersyukur pada Allah .

entry nie more pada life kita.everybody have their own personal problem.same with me too.dugaan untuk sepanjang tahun nie.kena tabah.thanks pada mereka yang keep gives me lot of advises.tak lupa,pada Allah.kepada Allah juga kita mohon dan minta pertolongan. manusia memang mampu untuk menolong but semuanya bergantung pada ketetapan Allah.Ya Allah , ampuni dosa hambamu ini.moga moga kita mendapat petunjuk dari Allah.amin (':

hidup ini singkat.so, kita kena pandai mengatur jadual hidup kita.tu yang kadang kadang rasa nak marah..isshh..tension you!hahaha..sama jugak macam aku.mungkin ,aku kena belajar macamana untuk kawal kemarahan.rasa api membuak buak dalam hati nie. Astagfirullahalazim.bersyukur dengan apa yang ada dari apa yang kita nak melampaui batas.kurang elok ! hidup bersederhana lebih tenang (: jangan berfikiran sempit. hehehe.pandai kan aku nie cakap orang tapi diri sendiri , hampehhh =='' !
ada orang bagitahu aku , setiap masalah ada solusinya.yang paling penting,put trust on Allah.everything will gonna be alright (:



semoga kita jumpa lagi di lain entry (: insyallah ~ hope our life will be happy ! no worries ^^

Tuesday, November 20, 2012

Hahaha..this make me wanna laugh so hard.

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

sebagai penyokong Liverpool tegar sejak dari kecik lagi terasa nak gelak guling-guling la tengok gambar ni..

daddy oh daddy..why u wearing me this jersey..i dont like it..and i'll never walk alone

YOU'LL NEVER WALK ALONE KID!!
Manchester United Fan jangan marah..

sorry english aku tak dapat kredit masa SPM..cukup-cukup makan je..tapi tetap nak taip english jugak sikit-sikit..so kalau ada kesalahan tatabahasa tu harap maafkan lah ye..Dalam kotak pemikiranku yang penuh dengan memori 'sandarkan pada kenangan' - (sebab itu aku sesuai jadi fan Liverpool FC - siapa yang power Sejarah SPM sila jadi fan Liverpool)percaya atau tak ,subjek sejarah aku dahulu adalah subjek kelas kepujian…bangga weii..;),hehehe


Respect!!!!
"SAYA HANYA BOLEH MENGIKUTI FALSAFAH DIMANA SAYA MEMBESAR UNTUK MENYOKONG LIVERPOOL FC, DAN SAYA TIDAK BOLEH MENJADI ORANG LAIN. DAN ITU ADALAH CARA SAYA."


p/s: itulah aku ( dalam ati ade taman tau!!ko ader???....;p )

kenapa lelaki mepunyai 9 Akal dan 1 Nafsu??

DAN kenapa wanita mempunyai 9 Nafsu dan 1 Akal....?

kenapa lelaki mepunyai 9 Akal dan 1 Nafsu?? DAN kenapa wanita mempunyai 9 Nafsu dan 1 Akal...

Ungkapan lelaki mempunyai 9 akal, 1 nafsu dan perempuan mempunyai 1 akal, 9 nafsu sudah menjadi ayat yang biasa didengari dan sentiasa berlegar-legar di fikiran masyarakat kini.Ada segelintir masyarakat yang mendengar dan mempedulikannya,ada juga yang mendengar dan menjadikannya sebagai bahan untuk merendahkan darjat wanita,ada juga yang mendengar dan menafikan kebenarannya terutama bagi wanita.Namun sejauh mana kesahihan ungkapan ini.Betulkah apa yang kita dengar selama ini merupakan satu kelebihan bagi lelaki dan satu kekurangan bagi wanita yang Allah kurniakan?

Baru baru ni aku ada terbaca post salah seorang blogger perempuan mengenai tajuk diatas.Dah abis baca,tapi still tak dapat jawapan mengenai lelaki 9 akal 1 nafsu dan perempuan 9 nafsu 1 akal.

Post blogger itu yang berbunyi:

Kalau la benar lelaki mempunyai 9 akal 1 nafsu dan perempuan 9 nafsu 1 akal, kenapa......

1. Golongan perempuan di kebanyakkan IPT jauh lebih ramai daripada lelaki, sehinggakan menjadi 3/4 daripada penuntut di IPT? Adakah perempuan lebih bernafsu kerana nafsu 9nya terhadap buku2, lecture note sehinggakan bernafsu melihat pensyarah lelaki yang dah tua botak ditengah kepalanya ?
2. Golongan lelaki lebih ramai di pusat serenti ? Adakah mereka lebih bijak dalam menjadi kerjaya yang lebih baik kepada diri sendiri daripada perempuan kerana 9 akalnya ?
3. Golongan lelaki lebih ramai menceburi bidang rempit daripada perempuan ? Adakah kerana 9 akalnya menyebabkan mereka terfikir mereka tak mampu nak mati shahid di palestin, lalu mereka mati 'shahid' di jalan yang tinggi [highway] ?


Anda rasa logik tak?

Namun ramai di antara kita yang masih kerap membuat tuduhan dan pendapat yang melulu. Dikatakan lelaki itu lebih menggunakan nafsu kerana lelaki adalah kaum pervert dan kaki rogol contohnya lah. Kalau nak ikutkan nisbah nafsu lelaki : perempuan adalah 1:9, tetapi kenapa pula dalam isu semasa lelaki tidak dapat mengawal 'satu' nafsunya?

Perempuan pula dituduh seorang yang bodoh dan 'jenis yang mudah' kerana mempunyai 1 akal.Hurmm...

Dalam blog tu jugak ada menyebut...

"Member aku pernah cakap "sebab tu la lelaki pandai kelentong dan perempuan pandai kena kelentong"...Walaupun ada benarnya member aku cakap, tapi aku tak rasa ia dari disebabkan "9akal lelaki dan 1 akal perempuan"

Hahh !! nak tau tak jawapan aku???Ini jawapan aku…

Hakikat sebenarnya, kalau ditafsir oleh imam Ghazali adalah
“Lelaki diciptakan Allah mempunyai 9 rasional 1 emosi dan perempuan diciptakan Allah mempunyai 1 rasional 9 emosi”.

1. Kepimpinan. [Leadership]

Antara kelebihan 9 rasional yang Allah kurniakan kepada lelaki adalah kepimpinan yang lebih baik.Dalam membuat keputusan, lelaki lebih rasional,jarang mengikut kata hati dan perasaan seperti perempuan.Walaupun tekanan menghimpitnya,mereka masih lagi dapat berfikir secara rasional. Tak cepat emo, tu la sebabnya lelaki boleh jadi pemimpin yang baik.

Bayangkan kalau kuasa talak diberikan kepada perempuan, asal silap paham sikit terus nak emo-emo mintak cerai. Kan talak still dikira walaupun dilafaz tanpa niat, yang tu bahayanya kalau perempuan diberi kuasa talak. Maunya tiap-tiap hari suami diceraikan oleh bininya (ramailah yang jadi duda).

Firman Allah di dalam Al-Quran bermaksud: “Kaum lelaki adalah pemimpin kaum wanita”.

Sama dengan perkahwinan juga, kenapa mesti lelaki kena jadi wali, bukannya perempuan? Ini kerana lelaki lebih tegas dan lebih rasional dalam pemilihan menantunya. Lelaki lebih tengok kriteria menantunya dan kalau boleh nak yang betul-betul berkualiti untuk menjadi suami anaknya.

Beza dengan perempuan,Perempuan kan mudah tersentuh.Jadi didalam kes-kes yang serius sangat diperlukan seorang lelaki membuat keputusan yang rasional, dan tidak bersangkut dengan apa-apa emosi. No hard feelings ok..

"Kenapa lelaki bila tengah fikir mesti kena diam eh?" pernah terfikir tak??


Sebab itu la lelaki sangat disinonimkan dengan 'diam' dan tidak bersuara. Apabila lelaki dalam mood diam, dia sedang berfikir dan sedang memilih dan membuat keputusan tanpa melibatkan apa-apa emosi. Sangat fokus, sehingga nak bercakap mengenai perkara dia fikir pun tak mampu dikhuatiri terganggu.

2.Emosi dan naluri

Kalau dari segi kepimpinan tadi,9 emosi perempuan merupakan kelemahan bagi perempuan dan tidak boleh handle masalah sebaik lelaki.Namun begitu,9 emosi ini la merupakan kekuatan bagi perempuan yang tidak ada pada lelaki,yang menjadikan mereka ibu dan isteri yang kuat.malah lelaki pun tidak dapat menandinginya.

Ya. Walaupun secara fizikal lelaki lebih kuat dari perempuan, namun dari segi emosi lelaki tak mampu nak menyamai perempuan.

Kerana emosi dan naluri inilah wanita dipilih Allah untuk menjadi ibu yang menjaga dan menyokong sebuah keluarga. Sudah tentu, dengan penuh kasih sayang.Seorang ibu sanggup berjaga setiap malam demi menyusukan seorang anak yang dicintai sepenuh hati. Biarlah tidurnya tidak cukup asalkan si kecil tidur dalam kekenyangan.Ketika melahirkan pula, nyawanya dipertaruhkan dan segala rasa sakit lenyap sebaik saja terdengar tangisan si anak. Sekali lagi, emosilah yang menghilangkan rasa sakit tersebut.

Aku tak lupa bagaimana Mak menggagahkan diri untuk sediakan makanan kami sekeluarga walaupun ketika itu Mak dalam keadaan sakit. Tak pernah sekalipun Mak abaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu dan isteri walau dalam apa jua keadaan.Semua ini pastinya berlaku kerana rasa cinta dan kasihnya terhadap sebuah keluarga

Emosi itulah kelayakan untuk seorang manusia hamil.

Emosi untuk sabar dengan berat dan payahnya 9 bulan mengandung. Emosi untuk membelai, memberi makan kepada kandungan seperti memberi makan kepada diri sendiri. Emosi yang kerana emosi itulah, alam bayi di dalam kandungan digelar ALAM RAHIM, iaitu ‘alam kasih sayang’.

Kasih sayang yang sulit untuk ditemui dalam jiwa lelaki, biar pun fizikalnya sasa dan mentalnya berkuasa.


(Aku tulis ni adalah hasil kajian dan pembacaan aku sendiri mengenai '9 akal 1 nafsu dan perempuan 9 nafsu 1 akal dan mentelaah sifat-sifat rakan sekerjaku didalam makmal ini yang kebanyakkannya lelaki', )


[1 post ni aku amik masa 2 hari untuk menulis :)]







Monday, November 19, 2012

Kursus Pra Perkahwinan


Assalamualaikum,
Saya nak bercerita sikit tentang pengalaman saya mengikuti Kursus Pra Perkahwinan di Tampin, Negeri Sembilan pada 17-18 November 2012.
Bertempat di:

Pedoman Khusus Enterprise
B-8/3, Tampin Square 73000 Tampin, NS
Tel: 06-4418579

Sesiapa yang berminat boleh lah terus hubungi nombor ni or datang terus ke sana. tak susah pun nak cari.

Saya bajet mesti dalam dewan penuh dengan "oghang nogoghi". Tetapi alangkah meleset sekali 'kebajetan' saya bila sebelum bermula ditanya soalan begini :

"Berapa ramai orang Negeri Sembilan...sila angkat tangan???"
Alaaa....,5-6 orang je yang angkat tangan.


"Berapa ramai pula orang Melaka???"
Tu diaaa...tu diaaa termasuk lah saya sekali dekat 80% orang Melaka.
Dari Merlimau ada, Melaka Tengah ada, Masjid Tanah ada, Malim ada....
Serata ceruklah ada.


Nasib baik ustazah tak tanya
""Kenapa kamu orang-orang Melaka tak pergi kesana(Masjid Al-Azim)???"
Confirm semua diam sediam diamnya. Tapi kalau Ustazah tu point kat aku langsung je aku jawab sebab dekat dengan rumah dalam beberapa kilometer jer berbanding ber kilo-kilometer nak berkejar ke Bandar Melaka.


Ceramah meliputi beberapa modul.Antaranya:
- Akidah
- Ibadah
- Akhlak
- Perkahwinan & Prosedur
- Hubungan dalam Keluarga
- Pengurusan Kewangan, Masa, Stress, Kesihatan
- Komunikasi Suami Isteri
- Perkhidmatan Rundingcara di Jabatan Agama Islam
- Pembubaran Perkahwinan

Ceramah yang paling best dikendalikan oleh Ustazah Sarimah Sari dan yang kedua Ustaz Azamir Alias. Ustaz Azamir ni memang kelakar orangnya dari awal ceramah hingga habis semua orang gelak non stop.Credit to him kerana berjaya menghilangkan ngantuk kami.tak lupa juga kepada Puan Norlela yang sudi berkongsi info-info berkenaan kesihatan & ibu mengandung memandangkana jawatannya sebagai ‘sister’ di daerah tampin & memantau semua klinik-klinik dibawah jajahannya(jajahan tak tahan)...

Pergi kursus nie dengan En.Tunang,sama-sama belajar..sama-sama memperbaiki diri..bila balik dari kursus,saya rasa banyak yang perlu saya perbaiki dan ubah..muhasabah diri balik..baiki hati & tingkatkan iman..baiki hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia .. berusaha untuk menjadi yang lebih baik..Insyaallah..

perkara yang paling saya suka bila setiap penceramah akan mendoakan buat kami semua supaya bahagia & selamat melangsungkan pernikahan..doa dari mereka waktu penutup majlis lagi terbaik ,macam berkaca-kaca mata saya dengar doanya..so memang saya nasihatkan sesiapa yang tak pergi lagi kursus kahwin,pergilah register kursus kahwin.. memang tak rugi hadir ke majlis ilmu ni..jangan datang semata-mata nak kan sijil, tapi datanglah dengan tujuan ikhlas untuk menimba ilmu..bukan setakat ilmu nak kahwin & kekeluargaan sahaja,tapi belajar untuk kuatkan ilmu agama..

So kepada pasangan di luar sana, nasihat saya kalau nak ambil kursus kahwin masa yang paling sesuai dalam lingkungan 3-4 bulan sebelum tarikh perkahwinan supaya tak tergesa-gesa or kelam kabut last minit. Even saya orang Melaka, saya direct buat kat Tampin sebab saya area Alor Gajah. Jadi dekatlah. Tapi mostly peserta ceramah dari Melaka . Jadi yang jauh-jauh dari jasin, merlimau,bachang,lorong pandan,bukit piatu terpaksa lah drive jauh-jauh ke tampin ni.So... planning awal untuk langkah selamat.
bersihkan iman,kuatkan akidah dan buang keras hati kita untuk berusaha menjadi yang lebih baik ..sesama usaha yek!!



.."Komunikasi,berbincang,toleransi , rasional , matang , ikhlas , jujur , percaya , memahami , lebih positif "..

Friday, November 16, 2012

jangan ajar aku menjadi KURANG AJAR

Insiden yang berlaku diantara aku dan yang sewaktu dengannya hari tu membuat aku terfikir topik ni.. Aku bukanlah seorang yang BERANI MATI tapi aku selalu akan bersuara bila aku rasa aku perlu bersuara dan diam bila aku perlu diam.. Bukan seperti segelintir yang suka putar belit , baling batu sembunyi tangan dan tikam belakang..

Aku tahu sifat diri ku yang agak diam , memerhati dan angin...So aku memang selalu berusaha keras untuk menjadi sopan dan bertolak ansur dengan semua orang termasuklah keluarga, kawan, atasan, rakan sekerja dan semua... Dulu aku selalu ingatkan mereka-mereka yang ada di sekelilingku "sekali ko baik, beribu kali aku akan baik.. sekali ko jahat, beribu kali aku akan jahat".. dan respon mereka adalah " tak baik berdendam".. Sebenarnya maksud kata-kata aku tu bukan DENDAM... tapi maksudnya bila ko bagus ko akan jumpa AKU yang layan ko dengan baik.. boleh jadi pendengar yang baik, tidak berkira, takut nak sakitkan hati ko and jaga ko macam dia jaga diri dia sendiri.. tapi bila ko jahat, ko akan jumpa AKU yang suka cakap pedas, buat tak layan, tak nak amik tau pasal ko, malah senyuman pun dia takkan bagi kat ko and lantak ko lah nak jadi apa...

Tapi oleh kerana ramai yang salah anggap dengan ayat aku tu.. sekarang aku lebih suka guna ayat "JANGAN AJAR AKU MENJADI KURANG AJAR" yang bagi aku lebih straight to the point.. Hanya untuk peringatan.. sebab aku adalah orang yang tak reti nak sembunyikan perasaan or hipokrit.. Bila aku tak suka,korang akan nampak jelas pada wajah dan perlakuan aku.. begitu juga sebaliknya..


Mungkin aku tidak akan menyakiti orang yang telah menyakiti aku dengan cara serang or anything sebab bagi aku itu adalah kurang bermoral.. tapi yang pasti korang akan jumpa AKU yg totally different dari yang korang kenal sebelum ni.. nak tau?.. cubalah buat hal..

Aku juga selalu ingatkan mereka sebab aku adalah seorang yang mungkin akan MEMAAFKAN tapi tidak akan MELUPAKAN (easy to forgive, hard to forget)... Bukan aku tak nak MELUPAKAN tapi kadang-kadang kesakitan mengajar aku untuk BERINGAT...

so...Nurbayah hormat dan sayang kamu semua so please jangan buat Nurbayah hilang rasa HORMAT tu dan.....
JANGAN AJAR AKU MENJADI KURANG AJAR


Thursday, November 15, 2012

Salam Maal Hijrah 1434

1 Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan nabi dan umat islam
Dari kota mekah ke kota madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum muhajirin dan ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman


Keep singging this song during Maal Hijrah...and a compulsory song for a nasyid competition during my primary school (maleh nak citer..sebab kalah).da sume bawak lagu tu..camno nak monang

Doa akhir & awal tahun
Waktu bacaan doa ni adalah spt berikut :

DOA AKHIR TAHUN - Baca selepas Asar, yakni sebelum masuknya Waktu Maghrib
"Barangsiapa yang membaca DOA AKHIR TAHUN ini, maka syaitan akan berkata : Hampalah kami di sepanjang tahun ini"


DOA AWAL TAHUN - Baca selepas Maghrib..
"Barangsiapa membaca DOA AWAL TAHUN ini, Insyaallah dirinya akan terpelihara daripada gangguan & godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut"


Tapi tak payah risau.. Sebab confirm petang nanti akan ada bacaan doa nie kat corong-corong radio & tv. Cukuplah sekadar menadah tangan & mengAMINkan doa yg dibaca sekiranya agak sukar untuk kita baca sendirian.. ISLAM itu mudah :)

P/S: Semoga PENGAKHIRAN tahun nie disertai bekalan yg baik untuk kita.. & PERMULAAN tahun baru disertai dengan amalan-amalan yang lebih baik..Aminnn...

Friday, November 9, 2012

pemberitahuan gedix ku...hu3


Dear Freinds,

Thank you for your concern.

I will out of office from 10-Nov-2012 to 14-Nov-2012, will back to work on 15-Nov-2012
Any urgent issue, please email to:

Nurbayah.Amirruddin@Vishay.com OR isminurbayah@yahoo.com

Thanks & Best Regards
Nurbayah Amirruddin