JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Friday, November 30, 2012

berbeza itu bagus

Salam Petang Jumaat

Lagi beberapa jam nak masuk ke tengah malam dan bermulanya detik waktu hari sabtu.. Sejenak fikiran datang membuatkan aku berfikir seketika.. Selesai berbual dengan seorang rakan baik buatkan hati dan emosi aku bercampur-campur..

Berbeza sikap dan pendapat itu adalah lumrah dalam berkawan.. Adakala kita akan jumpa orang yang jauh berbeza pemikirannya dengan kita.. Adakala pula kita akan jumpa orang yang cukup sama sifat dan minatnya dengan kita.. Biasanya yang sama ini kita lebih teruja dan seronok bila berkawan.. Manakala yang berbeza itu kadangkala kita rasa janggal dan sedikit tidak selesa.. Namun itu tidak menghalang kita daripada terus berkawan dan terus menjalinkan hubungan..

Punya minat.. citarasa.. selera.. cara.. sikap yang sama itu sememangnya ideal.. bukan sekadar dalam persahabatan malah juga dalam hubungan.. Terutama bila kita mencari pasangan hidup.. pastinya mereka yang punya gaya.. sikap.. minat yang sama itu lebih cenderung untuk kita dekati.. dan mereka yang kita lihat jauh beza citarasa dan sikap itu kita cuba hindari dan tidak layan..

Ini menyebabkan aku terfikir sejenak.. kerana selain daripada kawan-kawan yang sekepala.. yang sama minat.. sama citarasa.. sama perangai... yang aku katergorikan sebagai sekepala.. seia sekata.. Aku juga punya kawan yang cukup jauh berbeza sifatnya..citarasa dan minat.. tapi kami kawan baik... masih boleh berkawan dan bermesra walaupun kadangkala hati terusik dengan sikapnya.. atau hati terasa dengan tindak tanduknya..

Mengapa perbezaan itu kadangkala buatkan kita lebih rapat?? Janggal dan pelik kan.. walaupun kadang hati cukup terasa.. walaupun fikiran seringkali mengatakan.. terimalah dia dengan perbezaan itu.. Hati tak dapat tidak menindakkan rasa kejanggalan itu.. dan kini.. ia sedikit sebanyak menjadi persoalan.. kenapa kita masih nak berkawan dengan orang sebegini..

Jawapannya??? Pada aku takde jawapan.. Soal hati ini terlalu kompleks.. ada orang mungkin dah lama ignore atau tidak berkawan dengan orang sebegini.. tapi mungkin pada orang lain.. perbezaan itulah tarikan.. berbeza itu bagus... berbeza itu menarik.. berbeza itu istimewa..dan mungkin sifat dan sikap yang berbeza itu membuatkan aku tertarik mendekati dan berkawan dengan insan sebegini... walaupun hakikatnya cara hidup..sikap dan pendapatnya amat jauh berbeza dengan aku..

Pendekatan?? Aku rasa yang terbaik untuk aku lakukan bila mendekati kawan sebegini adalah redha dan sedia membuka minda seluasnya untuk terima dia seadanya.. Aku tidak boleh lagi apply rules tertentu atau meletakkan keegoan sikap aku bila berkawan dengan orang sebegini.. Maknanya.. aku kena tolak ansur tahap maksima.. Meaning it's better just to agree than to disagree... Aku rasa itu cara terbaik sebagai penyelamat keadaan.. Agree to disagree.. it's save the situation.. it save the relationship.. Aku kena kawal sedikit sikap terbukaan dan ketelusan serta 'terus terang' bila berbicara.. But sometimes I feel deeply sad because it's sort of like pretending to be ok.. just for the sake of avoiding the situation turn into something worst.. I learn my lesson the other day... Mengalah tidak bermakna kita kalah.. Mengiakan tidak bermakna kita setuju sepenuhnya.. Menerima tidak bermakna kita tidak ada pendirian.. cuma selagi ia tidak memburukkan keadaan.. just be it.. Aku dah letih nak mengeruhkan keadaan.. Sometimes you just have to accept the way they are kan..

Walaupun kadangkala kita rasa 'tidak adil'.. kita rasa 'tak sepatutnya' tapi jika itu yang terbaik untuk kita hadapi sesuatu situasi itu.. so just let it be that way.. Aku dah sampai peringkat ini.. Kadangkala bersifat menerima tidak salah.. walaupun ye.. mungkin sahaja rasa tu terpendam jauh dilubuk hati.. but janji tak gaduh.. tak selisih faham.. tak bertekak.. tak bertegang urat.. hubungan aman damai.. so why not.. why take the risk to be so direct and point out all the different things but at the end of it.. masing-masing terluka.. masing-masing kecewa dan masing-masing sedih.. and worst.. the relationship end..

Tapi pasti sahaja orang akan kata.. aku lebih rela putus atau berpisah dengan seseorang dan berterus terang apa yang aku tak puas hati tu daripada aku pendam rasa yang menyebabkan rasa tak bahagia.. Setuju juga dengan pendapat ini.. Tapi mengapa kita nak memburukan keadaan seandainya kita rasa kita boleh handle lagi situasi itu.. atau kita masih boleh berhubungan baik dengan dia.. Well.. sometimes.. memendam itu baik.. it's the best practice sebenarnya.. ia mengajar kita mengalah dan menerima.. menerima untuk kebaikan kedua-dua pihak.. kadangkala soal hati kita kena tolak ke tepi dan letakkan priority benda lain sebagai keutamaan..

Benda yang aku cerita nie nothing to do with my relationship with my beloved.. Jangan pulak silap faham.. my relationship with him is strongly bond.. Dia terlalu mengenali aku.. walaupun kami ada juga perbezaan.. but the way I look into his differents.. I also judge his good side and things that we really enjoy doing together.. Maknanya.. walaupun dia ada perbezaan.. tapi aku juga tidak hanya melihat perbezaan itu.. masih banyak lagi persamaan lain yang berganda lebih baik daripada perbezaan yang aku lihat itu.. Maksudnya.. bila aku rasa tak puas hati dengan dia tentang sesuatu.. aku juga tidak lupa tentang benda lain yang dia buat menyenangkan aku... so that way.. aku boleh cool.. and love him even more..

Yang aku bicarakan di sini adalah dalam soal persahabatan.. Different is good yeah.. and different is special.. just the way we accept it.. As long as it make both happy then.. terimalah perbezaan itu dan sesuaikan dengan cara kita berkawan..

Berbeza itu istimewa... bukan sekadar berbeza itu bagus pada aku...

P/S : Semakin lama menjalani liku hidup , aku kira kematangan dan pengalaman sentiasa menjadi sahabat terbaik menunjuk arah. Betul. Tidak bermakna usia yang lama memastikan jalan sentiasa lurus dan tidak tersasar. Tetapi ia sentiasa memastikan pilihan yang dibuat itu bukan kerana cetek fikiran.Betul, kan?

Ah, saya mengharapkan anda yang membaca bersetuju. Walau pun saya tahu, berbeza pendapat juga adalah fitrah..:)


tips sebelum, semasa dan selepas akad nikah

Hari nie jumpa pulak tips dan flows semasa akad nikah kat blog member aku.. banyak tips yang dikongsi dan boleh dipraktikkan.. share sebab memang sangat membantu kita-kita yang nak kawin nie, lebih-lebih lagi waktu akad nikah.. tak ada la kelam kabut dan blur kan apa yang nak dibuat..

Sebelum Akad Nikah
1. Pastikan pengapit atau teman rapat duduk di sebelah - sebabnya, pengapit @ bestfriends kita la yang akan kurangkan debaran dan tolong-tolong apa yang patut (lap peluh, betulkan veil dsb).. camne nak kurangkan gugup? berbual-buallah dengan pengapit anda..

2. Sediakan IC / kad pengenalan - dokumen ori memang akan diminta.. sebab yang ada dekat tok kadi @ tok imam tu yang salinan je.. nanti karang, terkocoh pulak korang masuk bilik cari ic time dh duduk tersimpuh sopan tu.. hehe

3. Duit upah - penting! ingatkan cik abang prepare siap-siap.. sebelum tu risik-risik la kadar upah sepatutnya..

4. Senyum Agar Lebih Tenang - yess, kunci dia, SENYUM... walaupun masa tu dalam dada, rasa nak pecah dengan debaran..

Ini pulak adalah flow semasa akad nikah..

Semasa Akad Nikah
1. Khutbah nikah - masa ni dengar betul-betul,bagi faham okey..banyak pesanan-pesanan dalam ni..

2. Bacaan taklik - isteri kena dengar betul-betul time ni.. bukan ape,mintak simpang, nauzubillah la kan untuk benda ni berlaku dalam baitul muslim kita,tapi taklik ni sebenarnya memelihara hak isteri daripada penganiayaan kalau berlaku kepincangan tanggungjawab oleh suami..so jangan anggap taklik ni sebagai sesuatu yang 'nothing'.. so check lafaz taklik negeri masing-masing dan teliti apa syarat-syarat yang boleh menyebabkan talak jatuh sekiranya ada aduan isteri kepada kadi..

3. Keluarga Sakinah/ Penyerahan Tanggungjawab - err.. kat Melaka,rasanya takde penyerahan tanggungjawab ni..ala yang ala-ala ustaz don buat tu..yang letak tangan atas kepala isteri.. dlm blog member cakap kat johor ada adat ni..kang aku terkujat tetiba dia datang letak tangan atas kepala kang.. :p lagi satu yang biasa dibuat adalah family perempuan berucap, menyerahkan tanggungjawab jaga pengantin perempuan pada pengantin lelaki..

Selepas Akad Nikah
1. Penyerahan Mas Kahwin Dan Wang Hantaran - hantaran ni lebih kepada belanja mengurus perkahwinan sebelah perempuan, manakala mas kahwin ni berupa pemberian wajib oleh lelaki kepada perempuan atas sebab perkahwinan dan ianya milik mutlak 100% pengantin perempuan ye..so bawakla time akad nikah tu..kalau tak lafaz anda akan jadi ada perkataan 'hutang'..hihihi..

2. Pembatalan Air Sembahyang. - cincin? gelang? rantai? ikut kemampuan la kan..
Tip drp member aku: Jika anda memilih barang kemas sebagai pembatalan air sembahyang lebih baik berlatih dahulu memakaikannya pada ibu atau saudara perempuan.

3. Bersalaman & Mencium Tangan Suami - saat yang ditunggu-tunggu.. ngeh3..ke tak? harusla kan... :p

4. Cium Dahi Isteri - paling ditunggu-tunggu.. kan? kan? kan? syahdunya rasa time ni.. errkkk... nak lagi syahdu, janganla pakai tudung awning.. kalau tak kelepet-kelepet nanti,cian pengantin lelaki susah nak cium..
Tip dari member aku: Jika anda ingin mengucup dahi isteri di hadapan para tamu dan mahukan ia diabadikan dalam foto, terdapat beberapa tip yang anda boleh gunakan. Sebelah tangan anda memegang bahu isteri dan sebelah lagi memegang dagu isteri. Selepas itu, angkatkan sedikit muka si dia supaya mendongak tepat ke mata anda dan anda tunduk perlahan-lahan agar dapat mengucup tepat pada dahinya. Berikan kucupan dengan penuh ikhlas agar bunga-bunga cinta dapat anda rasai.

5. Bersalaman Dengan Ahli Keluarga - which family first? tengok dan follow the flow kot..cuma, rasanya lagi manis, kalau dua-dua bersalam dengan family yang sama at the same time kan.. takdela sorang ke kanan, sorang lagi ke kiri.... your opinion?

6. Solat Lepas Nikah - kahwin sekali seumur hidup.. insyaALLAH.. jadi kalau boleh, buatla solat sunat nikah melainkan anda berhasrat untuk berkahwin lagi.. muahaha..

Banyak juga tips yang berguna kan.. ,memang aku copy paste dari blog member. cuma yang huraian tu je olahan dan pandangan aku.. so kalau nak tengok dengan lebih detail, boleh terjah blog dia.. =)

Thursday, November 29, 2012

Syarat pakai tudung yang sempurna

Assalamualaikum =)

Lepas lunch tadi,sorang kawan aku share satu video ceramah dari Ustaz Don Daniyal berkenaan pemakaian tudung yang sempurna bagi muslimah.Mungkin ini satu teguran 'halus' untuk adik-adik perempuan dan isteri dia kot.Hehe...kita amik yang baik,

Ustaz Don kata nak pakai tudung sembilang ka,nak pakai tudung tajima kelepiaq muka ka, nak lilit 10kali ka terpulang. Tapi,

Pemakaian tudung yang sempurna mestilah labuh menutupi dada hingga ke paras pinggang @ sekurang-kurangnya atas pinggang, berselindung, tidak jarang @ transparent, longgar tidak menampakkan bentuk telinga, tersembunyi dan menyelaputi (menutupi bahu).

Ini yang aku faham, kalau ada tersalah minta betulkan je eh.
Thank You ustaz Don !

peringatan juga untuk aku yang selalu terlalai ni..Thanks jugak kat kak syarah sebab suka ingatkan "labuhkan tudung tu ye, lagi indah bila dah jadi isteri nanti "

for me,tak salah berfesyen tapi ikutlah keempat-empat syarat wajib bertudung yang ustaz Don ckp tadi tu..Insya Allah semakin cantik luar mahupun dalaman kite...=)

person i admire...sis Wardina =)
suka sangat tengok dia n hopefuly dapat 'jadi' macam dia gak 1 hari nanti..amen
sgt cantik kan!

nie lagi sorang admire aku dari mula-mula dia melangkah ke dunia hiburan..
suke sangat tengok heliza ni pakai tudung camni
makin labuh, makin indah kan!
kalo takmoh labuh sangat pun ok!
asalkan ikut 4 syarat yang ditetapkan tu..
bukan hukum manusia buat tau..tapi tu hukum Allah SWT.

Dan aku paling tertarik,bila ustaz sentuh mengenai pemakaian tudung pengantin...Aku pasang telinga dan taip laju-laju, mesti baca wahai bakal pengantin dan mak ayah pengantin!

"Pengantin kahwin masukkan tudung ke dalam,tak pakai tudung hari kahwin Tuhan laknat! Macam mana nak dapat zuriat yang bagus. Tolong mak bapak amik perhatian eh...baju kahwin anak...ehh..maaf naa..saya pesan...tu la saya kata tadi,saya bukan nak tunjuk pandai,saya kena kongsi benda ni.Sebab,

Rugi, kahwin panggil ustaz baca doa untuk nak meraikan dia,tapi pengantin tak tutup aurat stokin tak pakai,hari kahwin Allah laknat,kerana kufur kepada Allah dan ingkar dengan perintah Allah.Hari kahwin Allah laknat, macam mana nak dapat zuriat yang baik. Maaf naa...saya cakap lagu tu maaf naa...."


*Peringatan untuk diri sendiri dan semua.....insyaAllah, terima kasih.. =)



Tudung Nikah...Serabutlah..

Assalammualaikum...

Sape ada masalah nak pilih tudung nikah ? angkat tangan..aku adalah salah seorang yang tengah pening nak cari tudung untuk nikah..untuk nikah aku plan nak pakai tudung simple tapi nampak grand ..camna tue ek??hehehehehe lawa gak tudung camni...

lepas tu pikir-pikir balik sesuai ke ngan muka aku yang comey nie hehehehe..tanya pendapat member diaorang cakap sesuai tapi aku yang tak confident..lepas tu sesaja jalan kat radiusite..rasanya nikah nie macam nak pakai tudung cam nie je..simple and sweet gitu..
tengok kat radiusite semua sold out tapi jalan TAR kan ada apa susah redah je hehehehe (Encik tunang bawakla saye :p...)

untuk tudung sanding suka sangat ngan tudung macam nie


tengah cari sape yang ada jual dengan harga yang berbaloi....sape yang pandai buat tudung mcam nie buatla tutorial sikit..boleh gak aku dapat idea nak buat camana..

so sekarang tengah pening kepala, belum decide nak pakai tudung ape time nikah nanti. tapi yang penting macam malas nak pakai tudung ada awning kat depan tu.aku lebih prefer shawl berbanding tudung sarung tapi kalau memang dah tak ada memang terpaksa la pakai.
so aku memang nak sangat tudung macam ni tapi asyik sold out pulak. aku jadi stress pulak sebab tak tahu nak cari kat mana..warna dia manik-manik dia dah sesuai dengan baju nikah aku nanti...

so sekarang aku jadi serabut..ermmm walaupun ada waktu lagi, tapi i need make preparation early supaya aku tak jadi macam org gile meroyan masa time big day nanti sebab takut aku nampak macam teruk sangat...takut semua tu!!!

Tapi sebenarnya aku lebih suka tudung Irma Hasmie nie..Cantik dan tutup aurat..

Subhanallah,it was a beautiful and wonderful wedding.Baju Irma Hasmie pon loose tapi cantik,tudung labuh menutupi dada,mekap tidak keterlaluan,dayang-dayang semuanya bertudung labuh,simple wedding tapi meriah. Sangat sweet.Pernikahan yang penuh dengan ciri keislaman

p/s: pastikan gaya itulah yang wajar menjadi pilihan ku untuk bergaya sebagai seorang pengantin yang cantik menawan serta menjaga auratnya.

Wednesday, November 28, 2012

RodA kEhiDupAN


hidup ini umpama roda.kadang berada di atas kadang berada di bawah.itulah lumrah perjalanan kehidupan setiap makhluk ciptaan Allah.

tatkala berada di atas terasa dunia ini milik kita. itulah keangkuhan kita,cepat lupa diri dan asal kejadian. terlalu ego dan buat-buat lupa orang sekeliling yang membantu kita.

tapi apabila awan mendung singgah menyapa, tatkala pusingan roda telah berada di bawah... kita mula sedar diri.mulut akan selalu menyebut Allah..saat itu baru terpandang teman-teman di sisi.tanpa segan silu terlintas untuk meminta pertolongan.

siapa pun kita, selalu lah berpijak di bumi yang nyata. jangan terlalu sombong dengan apa yang kita miliki.apa yang kita ada hari ini bukanlah milik kita yang mutlak kerana ia adalah sekadar pinjaman untuk menguji kita. apabila kita mendapat rezeki lebih, memberilah pada yang berhak.. insyaallah akan bertambah keberkatan dalam rezeki yang kita dapat.

PESANAN DR. FADZILAH KAMSAH


Salam, for sharing.....

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .

" Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira
masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa
kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup
mahupun yang sudah tiada )

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan
bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang
banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa doakan
ibu bapa kita setiap hari

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita
dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah
... ..Mari kita cuba….Allahhuakhbar. ..

Insya Allah
Allahu Akbar !

AL-QAYYUM, AL-MAJID, AL-WAJID, AL-WAHID, AL-AHAD, AL-SAMAD, AL-KADIR,
AL-MALIK , AL - RAHMAN , AL -RAHIM

ALLAH SWT TIDAK PERNAH TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKAN PESANNYA,

Tuesday, November 27, 2012

Keindahan tiada tandingan

Bismillah...

Celik je mata, sudah mampu tersenyum bagai. =)
Dah mampu buat rutin seperti biasa.
Banyak je kerja tapi lebih terarah pada apa yang namanya "menulis".
Rindu sangat-sangat untuk menulis. Syukur.

Teringat lagi...

Erm.. indahnya melupakan kesalahan orang lain. Lebih tepat lagi, berbaik sangka pada orang lain itu best. Semuanya soal hati, Kalau rasa mampu, memang boleh je.

Menilai diri di hadapan Allah...
Rasa tak layak terima banyak... Seringkali manusia lain cemburu kerana kelebihanku..
Wahai Allah, cukuplah sekadarnya...
Taknak ade hati yang cemburu lagi...

Ada manusia lain kata, ketepikan penilaian manusia.
Aku berhak terima itu dan ini...
Serba salah jadinya...

Urmmm indahnya kembali...

*pejam dalam tangis*

istighfar... T.T