JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Monday, February 25, 2013

cerita si Darah Manis


Ape sebenarnye darah manis ni?

Dulu sebelum tunang ramai orang pesan time tunang ni "darah manis"... Pelik nye.. kenape pulak masa tunang je darah jadi manis? Darah kite ada penyakit ke? Or muke kite jadi manis ke? Or semot hurung ke? Haihh! Sangat-sangat tak paham.. hurm...

So after google baru faham.. Dan inilah fahaman-fahaman saya hasil interpretasi saya sendiri.. :b

Sebenarnye "darah manis" ini dirujuk kepada pasangan-pasangan yang tengah bertunang. Ianya ialah merujuk kepada kebarangkalian kepada benda-benda yang tidak baik berlaku kepada pasangan tersebut. Maksud lain nye ialah dugaan dan cabaran sepanjang proses pertunangan.

Reference yg menguatkan lagi fakta:
Kamus Dewan terbitan DBP (1970) memasukkan ungkapan ini di bawah kosa kata 'darah' dengan makna: mudah mendapat bahaya atau kecederaan (berkenaan dengan orang yang bertunang).
Sebagai contoh..


• Orang tua-tua selalu pesan bakal pengantin ini digalakkan untuk tidak selalu berjumpa (berdating) kerana dikuatiri diganggu orang ketiga iaitu syaitan durjana. Yang ini saya setuju la sebab ada sebab musabab yang kukuh..
• Orang juga selalu pesan agar selalu menjaga diri dan tidak keluar dari rumah sepanjang tempoh pertunangan kerana takut ditimpa kemalangan atau kecelakaan. Tapi bagi saya kalu tak bertunang tu pon bahaya ada juga di mana-mana. Bak kata pepatah "kemalangan tak berbau".. So dia tak bau la sama ada orang tu tengah bertunang atau pon tidak. Apa-apa pon sume orang kene sentiasa berhati-hati tak kira ape pon status anda.
• Orang kata lagi... Muka tunangan orang ini berseri-seri. Semakin cantik dan hot daripada biasa.. :b Maybe bahagia melayari hidup bersama bakal husband. Tapi keserian tersebut senang untak menjadi perhatian orang. So kalu dulu sebelum tunang kurang orang yang pandang, tapi masa tunang ramai pulak orang datang kacau. Itu maksudnye dugaan. Permainan syaitan je sume tu... Nak tahu kita dipermainkan syaitan ialah bila kita terasa was-was dengan tindakan sendiri. Tak tahu betul/tidak dengan tindakan yg kite buat. So kene sentiasa mintak petunjuk kat tuhan bersihkan hati dari semua godaan tu.
Sy pon kadang-kadang taksub jugak dengan fahaman "darah manis" ni... Sampai takut nak buat ape-ape pon. Tapi bila di fikir kan balik ni sume just nasihat je sebenarnye supaya kita tak hanyut sangat dengan perasaan sendiri. Ye la.. orang bertunang ni banyak angan-angannye.. excited sangat..

Note : Nak tau tak,Encik Tunang jadik makin penyabar dengan saya , saya pulak menjadi sensitip terlampau kadang-kadang tuh..:) saya tau mak dan ayah bangga dengan dia sampai sekarang nie saya rasa dia lebih disayangi mak dan ayah. Tapi takpe, tak jealous pun kan bakal suami saya juga...hihi...


okey , tu je saya nak share.memang manis bila berdarah manis . kena bagi ingatan juga kat saya nie,, "langit tak selalunya cerah , bulan tak selalunya terang , begitulah kehidupan tak selalunya indah . Tapi...di setiap hujan yang turun ada pelangi muncul selepasnya.

Pelangi Kehidupan

Hidup ini unik . Penuh dengan seninya . Tidak selalunya berbunga ceria , tidak juga sentiasa berduri bahaya . Selalunya juga apa yang diharap-harap , tidak pula dinikmat rasa . Apa yang hendak dicampak jauh , itu pula yang dikejar-kejar menimpa . Lalu jika dihayati sebenarnya ia penuh dengan WARNA WARNI KEHIDUPAN . Bagai alam ciptaan Maha Esa ini , ada kurang di sebalik sempurnanya . Dan ada sempurna di celah-celah kekurangannya .


Note : Semua itu untuk kita lebih mensyukuri setiap nikmat yang ada di depan mata kita dan menjadi hamba yang 'Syakura' (banyak bersyukur). Saya bersyukur bila Allah datangkan ujian, sebab bila Allah datangkan ujian kita akan lebih bermuhasabah diri . Bukan maksud saya bila susah je ingat Allah tapi dalam masa yang sama kita bermuhasabah perbaiki diri untuk jadi manusia yang lebih baik.
TAKDIR ALLAH ITU INDAH :-)

Friday, February 22, 2013

Tempias cantik baju orang biasa.

Salam...

Saya tak cantik, jadi saya pakai pakaian yang cantik dan kemas-kemas. Dan secara naturalnya manusia suka yang cantik-cantik. Jadi hari ini apabila saya pakai yang cantik, walaupon bukan saya yang cantik, ada orang puji. 'Cantiknya baju.' Kata seorang teman sepejabat. Saya jawab 'Baju cantik, orangnya biasa je' sambil senyum. Secara tak langsung saya terkena TEMPIAS CANTIK.

Note: Post merapu. Biarla orang nak kata poyo pon. Heeheheh (pasni kena hari-hari pakai cantik dan kemas. Oh cantik ada banyak maknanya.)..Tauu Takperr....:-P




Thursday, February 21, 2013

Ada apa dengan blogspot

Saya tak suka menjadi saya yang sekarang nie, banyak sungguh idea untuk berblogging, banyak sungguh perkara yang nak cerita, walaupun tak nak cerita apa-apa, tapi bila klik new post boleh jadi 10 perenggan aku hentam tulis. Sindrome apakah ini???

Kemudian asal buat report ke,analysis ke, saja, hati akan teringat ke blog. Kalau buka word pun, konon nak menaip report la, last-last engkau akan mentaip entry baru kan. Bukak word 3 minit jah untuk buat syarat, yang selebihnya lepak blog kan? Owh, blog, kamu dah bomohkan saya ke? Saya dah termakan nasik kangkang kamu ke?? Shit la perasaan ini.


Sekarang, di waktu-waktu sekarang saya seharusnya membuat kerja,report , analysis ,qualification , evaluation , characterization…..bla bla bla…. Tapi kenapa mesti melepak-lepak di blogspot ini? Hadoi.


Selalu, kalau menyampah asyik dok melayan FB tetiap masa, aku akan deactive kan account kejap. Tapi sekarang bila dah dok betenggek kat blog je memanjang, camne nak buat nie??? Blog tak boleh deactive. Kalau delete dah tak boleh. hahaha. Takpe lah. Abaikan kisah saya suka tulis blog sekarang nie. Biarlah. Selagi penulisan saya bukan menunjukkan hati sedang tak best dah cukup bagus. Okeh. Bye


Wednesday, February 20, 2013

Meniru Demi Nama

Bersusah payah nak jadi macam seseorang sampai perlu "meniru".
Sikit-sikit mungkin dapat dipertimbangkan.
Bulat-bulat? Hahaha!

Saya juga mencuba untuk meniru.
Tapi tak berjaya sebab itu bukan cara saya dan ia tak sesuai dengan jiwa saya.
Akhirnya , diri sendiri yang tertekan.

Saya mula balik secara perlahan-lahan.
Tanpa dipaksa , ianya hadir dengan sendiri.
Dan akhirnya , itulah saya.

Tuesday, February 19, 2013

sometimes



Yes. Jawapan untuk mereka yang benar-benar memahami saja. Tapi berapa kerat saja yang betul dalam mentafsir? Hurm.. Sebab mereka bukan kita, kefahaman jadi berbeda. Dan kadang-kadang memang harus mengsilent kan diri. Biar kita seakan tidak wujud, yang penting sesuatu yang tidak molek itu telah sedaya upaya kita jauh. Kan. Sebab kita tahu yang itu salah, maka silent adalah the best way untuk tidak terjebak. So turn on music, letak head phone dikepala, settle kan kerja yang dibuat, jom hanyut ke dalam kisah-kisah tersedia. Tata manusia sejagat.

Teringat akan satu kata-kata itu "Enjoy the silent". Yes, saya sangat enjoy dalam bersilent. ^_^

P/S: Bila la boleh mengaplikasikan ayat "Bercakap bila perlu". Sebab bila aku di mood yang cemerlang lagi terbilang, macam sekarang nie, semua orang yang aku nampak aku nak sembang. Hadoi. Lepas tu dah berbual melalut yang bukan-bukan. Kengkadang rakan-rakan menyembang pun sibuk nak mencelah, padahal rakan tu duduk sebatu jauh, telinga cap lintah sungguh, nak jugak menyampok dari jauh kan. Hadoi lagi.

Monday, February 18, 2013

kita semuanya sama.


Assalammualaikum.

kita selalu fikir kita susah. tapi sebenarnya ramai manusia di atas muka bumi ini lagi susah dari kita.
kita selalu kata kita ni bodoh tak pandai macam orang lain, tapi kita tak pernah usaha nak jadi pandai macam orang lain.
kita selalu sedih cakap kita tak banyak kawan, tapi kadang-kadang kita lihat ada insan yang jalan seorang diri masa balik kerja atau pergi ke mana-mana yang boleh kita nampak dekat company nie..
kita selalu rasa kita yang paling cantik, tapi sebenarnya ada lagi ciptaan ALLAH yang lagi cantik dari kita.
kita selalu kata diri kita tak baik, tapi kenapa kita tak cuba jadi yang terbaik.
kita selalu jatuh, gagal, tapi kita tak cuba nak bangun semula.
malah kita salah kan orang lain, kita salah kan diri sendiri. kita salahkan YANG SATU.
kita selalu kata itu ini, kita tak boleh, kita bongkak, kita ego. sebenarnya kita semua sama, beza nya apa? tepuk dada tanya iman..

kita semua sama.

ALLAH itu sangat adil, dia tak pernah membezakan kita. malah jika ALLAH beri kita musibah. sebenarnya ALLAH mahu kita sentiasa beringat. sentiasa melangkah ke hadapan. sebab ALLAH sayang kan kita ^_^


P/S:tapi ramai yg masih leka..masa musibah je baru nak beringat..bila senang , lupa lah ..
alahaaaii ~_~