hai, jumpe lagi kita??
kemain kan, hari nie sempat satu entry aku up. harap tak bosan. kerja dah
separuh. tapi printer rosak.. jadi marilah kita buat kerja yang tak perlu
menggunakan printer iaitu blogger.com. lalalala~
3 hari ni kita semua
dikejutkan dengan video kakak kena pukul dalam lif tu. honestly aku gigil tengok
video tu.., akak tu dah keluar statement. aku tak side mane-mane pun sebab aku
sendiri tak tau butir ape yg diorang gaduhkan. sekadar dari pembacaan je. tapi
ape yang aku terkilan kan akak tu kena pukul depan anak-anak. sepak terajang
bagai. oiiii scary sangat ko tau tak.
aku cerita kat miza, dia
kata mungkin akak tu dah melampau yang buat lelaki tu buat tindakan luar
batasan. ok, serious aku macam tak puas hati dia cakap macam tu. Even kalau
akak tu salah sekali pun,lelaki tu takde hak untuk pukul sepak terajang macam
tu.
Aku bukanlah selayak nya
nak mengupas halal haram memarahi atau memukul isteri ni. kadang aku sendiri
tak terlepas bermasam muka dengan suami. Tapi apa lah salah nya sebelum nak
marah isteri tu tengok dulu muka isteri, tengok dulu pada diri layakkah dia di
marah dan diherdik seteruk-teruk nya. lihat jika ada anak betapa comel nya dia
di hadapan kamu bermain, tersenyum ketawa dan lihat kembali apa akan adakah
anak dihadapan mu itu tanpa pengorbanan isteri kamu untuk melahirkan dia di
dunia dan bermain dengan kamu??
Kamu suami, ye kami
mengerti akan hebat nya kamu, mencari rezeki menyediakan segala kelengkapan untuk
keluarga. Tapi itu belum melayakkan kamu untuk berpaling muka ketika kami si
isteri minta pertolongan. Kamu suami, kami tau ketaatan kami kepada kamu. dan
kunci syurga buat kami. tapi tahu kah kamu seorang isteri tidak wajib
taat kepada suami yang tidak taat akan perintah Maha Pencipta?? Renung balik ke
dalam diri, cukup layakkah kamu untuk menghukumi isteri yang dengan
sewenang-wenangnya?? Kalau kamu seorang yang panas baran, kaki pukul, naik
tangan dan bermulut lepas, apakah yang kamu harapkan dari isteri kamu???
Lelaki yang baik untuk
perempuan yang baik dan juga sebaliknya..
Aku bercakap melalui
pandangan seorang isteri yang sekadar meluahkan perasaan kecewa terhadap apa
yang telah aku tonton, yang telah aku dengar. Ada pelbagai kisah masalah
rumahtangga yang pernah sampai kepada ku samada melalui pembacaan mahupun
pengalaman kawan-kawan dan perkara tu buat aku sangat terkilan.
Untuk
kita semua, moga rumah tangga kita terpelihara dari segala musibbah dan
keburukkan. amin.
Note: Wanita/Isteri tercipta dari tulang rusuk lelaki kerana untuk
disayangi. Bukan untuk disepak terajang dengan kaki. Makanya...Sayangilah
'Tulang Rusukmu' wahai LELAKI/SUAMI.