Assalamualaikum..
Aku mungkin kolot sikit bab pergaulan
antara yang berlainan jantina. Tapi pada aku batas dalam pergaulan perlu
sentiasa dijaga agar semua pihak rasa selesa. Lebih-lebih lagi pada yang
bergelar isteri orang atau suami orang. Bukan tiada kawan lelaki setelah
bergelar isteri. Tapi aku selalu berjaga-jaga dalam pergaulan. Berlebih-lebihan
dalam berkomunikasi secara peribadi memang lebih dulu aku tolak. Dengan kawan
lelaki yang kurang rapat lebihlah lagi aku berjaga-jaga. Perbualan yang membawa
kepada salah faham memang awal-awal lagi aku elakkan. Jika ada mesej peribadi
yang aku rasa seperti tidak kena memang tidak akan aku layan. Biarlah ianya
habis sehingga di situ saja. Terasa tidak mahu melanjutkannya kerana berasa
tidak wajar untuk melayan mesej seumpama itu dari lelaki lain yang bukannya
suami. Biarlah walaupun perkara itu hanya perkara simple di mata orang, namun
aku tidak mahu mengambil mudah tentang hal seperti itu.
Jika mahu berkomunikasi dengan
kawan-kawan lelaki, perkara pertama yang aku ambil kira ialah apa pandangan
suamiku. Yang kedua apa pandangan pasangan temanku. Disebabkan itu aku jarang
mahu berlebihan dalam berkomunikasi secara peribadi dengan lelaki lain
lebih-lebih lagi dengan yang sudah bergelar suami orang untuk perkara yang
tidak tentu. Lainlah ceritanya jika dalam kumpulan. Terasa tidak senang bila
disekelilingku, masih ada yang tidak peka tentang perkara itu. Aku faham,
setiap orang punya cara dan pandangan tersendiri. Tapi entah mengapa aku tetap
berasa tidak senang. Untuk perkara tertentu, kongsikan saja dengan pasangan
kita. Tak perlu dikongsikan dengan pasangan orang lain. Hubungan kita dengan
pasangan kita mungkin akan kekal baik. Namun, mana tahu ianya mungkin menganggu
hubungan orang lain. Sebelum cara kita menganggu hubungan orang lain, lebih
baiklah berjaga-jaga. Sebelum berlaku perkara yang tidak patut berlaku, lebih
eloklah kita letakkan diri kita di tempat mereka, pasangan mereka dan lebih
penting pasangan kita sendiri. Adakah kita juga tidak kisah jika pasangan kita
yang berkomunikasi sebegitu?
Meluah rasa, nak bermanja, berkongsi
perkara yang tak perlu atau sekadar suka-suka untuk berkomunikasi sekadar
mengisi masa cukuplah hanya dengan pasangan kita saja. Kalau mengantuk pun nak
mengadu dan minta tolong pada teman berlainan jantina dan bukannya pasangan
kita, pada aku itu dah melampau. Kenapa tidak mengadu kepada pasangan kita
saja? Paling tidak pun mengadulah pada teman yang sama jantina saja. Apa
yang diharapkan dari pasangan orang lain dengan pengaduan yang seperti itu?
Mahu orang dodoikan? Mahu orang tepukkan? Pleaselah. Kalau kena atas batang
hidung sendiri nanti baru tahu apa yang orang lain rasa. Sori, aku agak emosi
dengan perkara yang berkaitan hubungan dengan teman yang menjadi pasangan orang
lain. Kalau kena pada aku, sejujurnya aku mengaku, aku akan meroyan! Minta
dijauhkan hubungan kita dan pasangan dari orang ketiga.
Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat dan kasih
sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!
No comments:
Post a Comment