JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Friday, January 10, 2014

pengalaman itu memang amat berharga untuk kita semua..


saya tidak hebat dalam psikologi
untuk mempengaruhi pemikiran seseorang
tidak!! saya tidak cukup hebat untuk itu..

saya juga tidak hebat dalam kaunselling
memberi nasihat dan pandangan kepada orang lain
tidak!! saya tidak cukup hebat untuk itu..

saya tidak cukup hebat dalam memahami apa yang tersirat di hati anda
masih belum cukup hebat untuk menafsir riak wajah awak
masih belum cukup hebat memberi hadis dan nas al-quran
untuk awak jadikan panduan dan pedoman mengahadapi masalah awak
tidak!! saya tidak cukup hebat untuk itu..

tapi..
kalau awak mahu saya pinjamkan telinga saya untuk awak bercerita,
saya berusaha menjadi seorang pendengar yang baik
kalau awak mahu pinjam bahu saya untuk awak lepaskan beban
saya berusaha menyediakan bahu ini untuk awak
awak boleh bercerita dengan saya
lepaskan beban di hati
hamburkan air mata
saya berusaha untuk berada di sisi awak saat itu
meskipun jarak mungkin menjadi soal,
sekarang zaman sudah moden
cari saya melalui FB, Whatsapp, mahupun SMS
saya akan berusaha memberi sepenuh perhatian pada awak

lantaran itu,
sekiranya saya memberikan pandangan saya pada awak
ianya berdasarkan pengalaman atau pendapat saya sahaja
sekiranya saya memarahi awak ketika awak bercerita
itu kerana saya nak bagi awak 'sedar'
sekiranya saya menunjukkan memek muka bosan ketika awak bercerita
itu kerana saya sudah penat nak bagi awak 'sedar'

awak kawan saya
tolong jangan jadi bodoh kerana lelaki
usah menjadi hamba cinta!!






**peringatan untuk awak di luar sana,  sememangnya pengalaman telah mendewasakan pemikiran kita.

No comments:

Post a Comment