JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah 1432 Bersamaan 7 Dec 2010



Assalamualaikum.. pejam celik pejam celik kita dah sampai ke penghujung tahun 2010 dan esok kita akan menyambut Maal Hijrah 1432. Begitu cepatnya masa berlalu.

Bercakap mengenai Maal Hijrah Majlis sambutan Maal Hijrah peringkat Kebangsaan akan diadakan di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada jam 8.00 pagi hari selasa 7 Disember 2010. Tema kali ini ialah 1 Malaysia , 1 Ummah . Agak-agak siapalah tokoh Maal Hijrah 1432 Hijrah yer?.

Aku berharap semoga kita semua bersedia untuk berhijrah ke arah yang lebih baik dan ini menuntut kepada pengorbanan yang besar dari kita dan juga istiqamah yang hebat. Disamping itu juga marilah kita menghayati penghijrahan Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat didalam menegakkan syiar Islam.

P/s : Jangan lupa baca doa akhir dan awal tahun. Semoga tahun baru yang akan menjelang lebih baik dari tahun sebelumnya.

Thursday, December 2, 2010

Performance Review


***************************************************************
sekarang ni kat ofis tengah YEPR (Year End Performance Review) cycle. Uhuh…tak best langsung. Bagi sesiapa yang tak tau, YEPR cycle tu ialah cycle yang tengok our yearly performance. Aku secara jujur selalu berharap aku bekerja kat company yang tak perform YEPR tapi i never found one yet. Downzz ..

Or at least one YEPR yang tulus suci dari hal-hal selain dari pekerjaan. In my opinion, YEPR ni kan kadang-kadang mcm involve ‘political office’. cuma our manager yang memang boss kite tu je yang kenal kita dan menjadi saksi terhadap kerja kita. Oh, whats a life….

Kadang-kadang rasa bagus kan kalau kita tak perlu buat YEPR, cukup je malaikat yang bawak turun spesifik amalan kita waktu office hour tu tunjuk kat boss. Ha there you see… I really performing my job ok. Tapi kadang-kadang seram jugak kalau malaikat yang bawak turun spesifik amalan kita kat boss kita. Habis semua rasa tak puas hati kat sesiapa akan terbongkar.. Agaknya sebab tu HR suruh creates YEPR sendiri-sendiri where in many cases menyebabkan orang-orang yang writing skills dia bagus menonjol even die takdelah perform pun that job. Huhuh. Itulah dunia dan tipu dayanya.

Nak citer la skit kan,..Aku dah dapat performance review. Bos taip cermat-cermat perangai kitorang dalam borang di website personal performance kitorang tu per individu, Ha ha ha.. bos dengan penatnya menelaah kitorang satu persatu.

So,aku pun dah di panggil untuk mengadap bos personally, sebab review itu akan di ucap satu satu secara lisan oleh bos di depan aku. (sebab big boss suruh jumpa semua orang personally sebenarnya, aku tau kau bos, kau pon malas nak jumpa aku.. tak pasal je ko kena buli bos!)

Aku jalan ke meeting room untuk performance review dengan bos, sambil pesan pada teman sekerja,
"Kalau I tak balik ke tempat I dalam masa setengah jam, sila telefon polis ya?"
Dan, di ikuti dengan gelak tawa kawan..

Seram sejuk tapak tangan aku, walaupon aku masih buat lawak spastik lagi dengan bos, tapi tetap biru hati aku time tu.. kejung beb.

Tapi, alhamdulillah, banyak compliment, bukan nak kata lah.. sebab aku kan ke hebat. Aku memang hebat, sebab aku Nurbayah. Tapi satu benda yang paling aku tak boleh lupa, bos cakap kat aku, kena jadik VISIBLE. Wow.. aku rasa aku cukup visible kot... takkan selama ni aku invisible kot?

Dan, malam tue boleh tidur lena la ;)...


P/S: Setiap kali aku merasa unappreciated dari company tempat aku bekerja kerana overworked due dan tidak mendapat reward dari YEPR, aku selalu Alhamdulillah merasa bersyukur diizinkan Allah lahir dan tetap sebagai Muslim. Kerana sebagai Muslim sekalipun aku tidak mendapat reward dari YEPR aku di dunia, Allah masih berjanji akan membalas setiap kebaikan sekalipun hanya sebesar zarah, “Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarrah nescaya dia akan melihat balasannya” (Al-Zalzalah 99:7). “Hal jazaul ihsani illal ihsaan- Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan pula”"(Ar Rahman 55:60). Alhamdulillahkan kawan-kawan sebab kita diizinkan Allah menjadi Muslim?

Tuesday, November 23, 2010

LaMa daH taK updatE...



ermm...rasa mcm dah lama sangat tak update blog.
Ntah kenapa, hari ni, before lunch time, aku rasa, aku perlu menulis sesuatu dlm blog ni.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Hidup makin lama makin mencabar...
Banyak benda yg kena pikirkan and nak kena selesaikan. Entahlah, kebelakangan ni, aku rasa bingung.. Bingung dengan hutang yang berlambak-lambak, and bingung memikirkan apa yg harus aku usahakan dalam menyelesaikan masalah yg aku hadapi sekarang.
Tambahan pulak, kerja yg aku lakukan, banyak mengajar aku tentang erti hidup and perasaan rendah diri.

Kadang-kadang aku pelik dengan sikap sesetengah manusia...
Lupa bila berada di atas...Bukan ke hidup ni, ibarat roda yg berputar???...
Ermm..entahlah...aku bukan nk bercakap atau mengutuk sesuatu bangsa or agama...
Tapi, pada aku, bila orang tu dah berada di atas, dia kadang-kadang lupa untuk pandang ke bawah...
Lupa yg dia dulu, pernah berada di bawah...
Mungkin jugak harta or pangkat yg dia ada diwarisi dari bapak dia kot...
Ermm....aku bertekad dalam diri...
Once day, aku dah berjaya and berada di atas, aku takkan lupa untuk pandang ke bawah and takkan lupa untuk berterima kasih....

ArrGggggHHh.....!!~
Kepala otak dah berat, Kaki dah penat...
So, aku nak berehat...
=============================================================================
Sekarang ni, dalam kepala otak, asyik ingat nak COUNTDOWN to SINGAPORE....
hihihihihihihiks.............

Friday, November 12, 2010

U'll Never Walk Alone.........

apa pun yang terjadi,apa pun kata kamu.
biar kami dihina
biar kami dikeji
biar kami digelak

yang penting~



U'll Never Walk Alone..Love u Babe :p


Liverpool Tetap Dihati..Torres Tetap Saya Yang Punya.

Come On Torres , hati ku tetap padamu.biarpun banyak halangan menimpa hubungan kite kerana mereka dengki.dengki melihat kita bahagia.percayalah.I masih bersama u. ;p

Tuesday, November 9, 2010

RUN.. Run...Run AwAy ~



::ke mana harus kamu berlari:: ::wahai cahaya kegemilangan::


Berlari ke utara.Aku melata. Tidak ku jumpa. Berlari ke selatan.Aku tidak keruan.Masih tidak ketemuan. Berlari ke barat. Aku kian sesat. Hidupku melarat.Berlari ke timur. Semangatku luntur. Jiwaku hancur.Berlari lagi terus berlari. Mencari lagi terus mencari. Ke hutan ke lautan kaki ku gagahi.Gunung ku daki lembah ku turuni. Merangkak sudah, bertatih pun sudah.Terjatuh sudah, berdarah pun sudah.Harapanku pudar, impianku musnah. Sendirian sesat tak ketemui arah.Berlari lagi terus berlari. Mencari lagi terus mencari. Usah menangis wahai hati. Apa kau cari pasti kau miliki.Berlarilah walau ke utara, selatan, timur dan barat...Berlari lagi dan terus berlari.Mencari lagi dan terus mencari. Andai Belum ku jumpa dan tidak ku ketemui.Biarlah ia menjadi rahsia Ilahi..........~

Saturday, November 6, 2010

bengang

please lah...
jangan lah kata engkau tak tahu bagaimana nak menghubungi aku.
jangan lah kata nombor telefon aku asyik bertukar saja
nombor ini telah kekal sejak bertahun2 yang lalu lagi. tak pernah berubah

hmm... fine with me actually
tak ada ape yang perlu dibesarkan sebenarnya
tp aku jadik bengang bila angkau seolah2 menyalahkan aku kerana engkau tak dapat menghubungi aku. (kononnya!)

what the fishcake?
aku sungguh tak suka orang mencari alasan untuk melepaskan diri
dan alasan yang terbaik adalah dengan menyalahkan aku
tolonglah, cari alasan yang lebih logik dilain masa okey
kerana pepatah melayu dah lama berkata, 'kalau hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'

tapi yang magiknya, semalam pandai pulak engkau telefon aku?

pergi tanya maxis center ke?

sudahlah, malas layan

sekian terima kasih...

Monday, November 1, 2010

kau rasa??

dengan berbloging kau rasa dapat ke lepaskan semua?
i think yes, i think no. depends la jugak on situation.
tapi kadang-kadang aku banyak lepaskan ape yang aku pendam.
yes sebab aku tak pandai nak citer kat kawan.
disebabkan tahap malu aku mencapai maximum yg mungkin,
so aku decide lepaskan kat sini jer la :)))
but kadang-kadang aku citer jer kat sape-sape yang aku rase nak citer.
HAHA abis sume orang aku citer bile aku down.
woooo tapi tengok orang jugak okeY. jangan main citer jer.
tapi orang lain takkan paham sepenuhnye ape yang kite rase.
yes its true, normal la.. hati lain-lain kan :))
ya Allah sampai bila aku harus begini?? :(((
sampai bila aku akan begini?? :((
hidup aku yang hanya penuh kepura-puraan!!
yes i admit it!! 100 % i lying myself. damn!!
aku bencikan hidup macam nie. back me to normal.
yes i know pengalaman mengajar erti hidup butt...
hurmm kenapa tiap masa aku harus memikirkan sume ini?
dan kenapa aku yang terpilih?? ya Allah aku mohon ya Allah.
berilah aku petunjuk, berilah aku sakinah :((
one more ya Allah aku start takutt dengan dugaan yang akan datang! :(
macam mane? HAHA NURBAYAH please do the best sygg.
prove it to all. u can do it sygg. :))
dugaan itu mengajar kite erti hidup yg sebenar.
try to learn from mistake. terima hakikat dan takdir.
aku mampu berdoa yang terbaik buat hidup ini.
buat 'awk' saya sentiasa doakan kebahagian awak.
hargailah orang yg menyayangi kite sepenuh hati.
kerana dier lah yang akan menerima diri kite seadanyaa.
i miss u, i'm sory if i tell u that i miss u :((