JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Thursday, March 22, 2012

Kenapa Saya Terima Awak?? Jawapan Pada Persoalan Awak..

Assalamu'alaikum Wr Wb

************************************************************
Kepada...

Calon suami saya, calon bapa anak-anak saya, calon menantu Ibu bapa saya dan calon abang ipar buat adik saya.

Begitu banyak persoalan yang telah awak tujukan pada saya dan saya tak mampu untuk huraikan dengan panjang lebar..

Mohon maaf kalau awak tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah dahulu hingga akhir.

Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan awak untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa.Cinta saya juga biasa saja.
Oleh kerana itu. Saya menginginkan awak supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.

Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat hati menjadi isteri dan ibu yang baik.

Kenapa saya Terima awak? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya Terima awak. Saya sudah solat istiqarah , dan saya semakin mantap untuk menerima awak.

Yang saya tahu, Saya Terima awak kerana Allah. Dan yang pasti, saya akan menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini.

Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin

Wassalamu'alaikum Wr Wb


***************************************************************

P/S : Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya.Maka semua menjadi indah.Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan.

Kita hanya boleh memohon keredhaan Allah. MemintaNYA mengurniakan barakah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah.

Jadi, bagaimana dengan cinta?

Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa.

Amin.

Wednesday, March 21, 2012

Tuhan Pertemukan ~

Aku nak luahkan apa yang aku rasa pada insan yang aku sayang dan sangat aku rindui. Sebelum ajal menjemput aku pulang,

AWAK..Ketika Tuhan Mempertemukan Kita Sayangilah Saya Kerana DIA. Berbahagialah Kita Dengan Kesederhanaan. Kerana Dengan Kesederhanaan Awak, Saya Masih Bisa Menempatkan TUHAN Dalam Kisah Kita.

AWAK..Sewaktu Kita Menjalani Hidup ini Biarlah Dengan Ikhlas Didada Kerana Saya Tahu Saya Bukan Yang Sempurna. Jangan Terlalu Berharap Kesempurnaan Itu Milik Saya. Namun Selagi Saya Mampu Saya Akan Memberikan Yang Terbaik Untuk Awak.

AWAK..Hanya Doa Yang Mampu Saya Kirimkan Untuk Menjaga Awak Meskipun Dalam Jarak Jauh. Hanya Perasaan Kasih Sayang Dan Setia Yang Mampu Saya Limpahkan Meskipun Saya Tahu Awak Takkan Nampak. Penuhilah Diri Awak Dengan Rasa Percaya Dan Sabar. Jalani Kehendak Tuhan Dengan Sebaik-Baiknya. Kerana Kita Harus Menghargai Waktu Yang DIA Pinjamkan Sejenak. Kelak Kita Akan Merindukan Masa-Masa Ini.. Masa Yang Dianugerahkan Hanya Sekali.. Awak, Saya Telah Belajar Cara Menghargai Diri Awak Kerana Sungguh Saya Tak Mahu Menyesal Di Kemudian Hari Kerana Tak Sempat Membahagiakan Awak.

Untuk Kesekian Kali Nya Dalam Coretan Ini..,, AWAK..Saya Akan Sentiasa Melagukan Irama Kasih Ini Sehingga Nafas Ini Terhenti.. Hati Saya Cuma Satu.. Dan Yang Satu Itulah Telah Awak Miliki..

Tuesday, March 20, 2012

Lafaz & maknanya ~

Ya Allah,
betapa kerdilnya diri ini,
selama ni aku baca je ayat tu dalam solat,
tapi tak pernah berusaha pun
nak memahami,
nampak sangat selama ni,
tahu cakap je,
tapi hati tak bersama-sama pun...
Ya Allah,
ampuni dosaku kerana lalai,
ampunilah diri ini kerana terleka,


Rabbighfirli : Tuhanku, ampuni aku
Warhamni : Sayangi aku
Wajburnii : Tutuplah aib-aibku
Warfa'nii : Angkatlah darjatku
Warzuqnii : Berikanlah aku rezeki
Wahdinii : Berilah aku petunjuk
Wa'aafinii : Sihatkanlah aku
Wa'fuanni : Maafkanlah aku


bila baca balik maksud-maksud ayat tu,
baru tahu yang selama ni kita berdoa macam tu,
sedih pun ade,
mintak macam tu kat Allah,
tapi sebut laju-laju,
lepas tu langsung tak macam orang betul-betul sedang meminta,


contoh,
ade orang nak mintak coklat dari kita,
tapi cakap takde nada,
pastu mata tengok tempat lain,
muka takde expression,
lepas mintak blah camtu je..
sape nak bagi kalau ade orang mintak macam tu kat dia?
kalau orang yang kita sayang mintak camtu pun kita takkan rasa nak bagi kan,
walaupun orang tu dah kenal kita sangat-sangat pun,
kita terfikir-fikir nak bagi ke tak
kalau dia mintak camtu.
cuba bayangkan situasi kita dengan Allah,
kita nak mintak benda yang besar tu,
mintak ampun, mintak disayangi, mintak rezeki,
tapi buat tanpa perasaan,
rase-rase Allah akan terima ke tak...
sendiri jawab laa...


*waaaa.......sedih, menyesalnya sebab taktau awal-awal....
rasa macam nak hantuk kepala kat dinding
pastu nyorok bawah meja T.T *


tapi mungkin ada hikmahnya,
takpe,
kita tak mungkin jadi perfect,
tapi kita still boleh jadi better,
so, jangan lupa untuk terus belajar dan belajar,
dan berusaha berubah jadi lebih baik
walaupun perubahan tu sikit,
tapi insyaAllah, Allah tetap kira usaha kita walaupunn sebesar zarah,
semoga hari ini lebih baik dari semalam,
dan esok akan lebih baik dari hari ini..
salam...


p/s : niat di hati nak siapkan keje, tapi malangnya, tanganku kaku bila folder itu dibuka...Ya Allah, berikan aku kekuatan, hilangkan virus malas ini dari dalam diri ini......

Monday, March 19, 2012

kesilapan itu normal

Salah dan silap? Itu normal.Aku berminat dengan hal ini.Mengapa?Kerana aku insan biasa yang selalu melakukan kesilapan.Kita mungkin senang meminta maaf jika melakukan kesilapan,tapi mengapa perlu sukar untuk memaafkan?

Atas apa yang berlaku, kita harus ingat bahawa ia pasti menjadi 'masa lalu'. Berjalanlah dengan lapang dan tenang bersama jiwa yang memaafkan,itu lebih mudah. Barangkali kesilapan itu berpunca daripada kemalangan,mungkin juga kerana kecuaian. Namun atas apa jua alasan sekalipun,kita bukan tuhan untuk mengubah sesuatu yang telah terjadi di lembaran semalam.

P/s: Toleransi itu perlu.

~INDAH..



hidup ini indah kalau kita memperindahkannya... inilah kata-kata semangat yang aku dapat dari kawan baik aku sedikit masa dahulu, betul katanya kenapa aku tak terfikir, dialah pemberi peransang kepada aku sejak dulu lagi, kalau aku memperindahkan hidup aku tentu akan jadi indah, insyaAllah aku akan cuba menjadikan hidup aku indah, aku yakin, aku harap dia dapat menerima diriku seadanya, tapi aku tak akan paksa dia sebab aku sayangkan dia... aku semakin cuba menelan dan menghadapi semua dugaan... aku terpaksa menerima walaupun pahit... aku redha... hidup akan jadi indah kalau kita memperindahkannya...

Friday, March 16, 2012

mengarot~

ermm…~ apa yang aku cuba huraikan nie..haha aku pun tak tau..demam kerinduan telah melanda..rindu pada DEAR la aku nih.. bile demam jer sure la aku akan kata rindu..haha siapakah gerangan En.RINDU itu?sebab dia pun aku rindu.. hahaha cume sambungan ayat untuk demam.. maka jadilah demam rindu.. ahakss...

Thursday, March 15, 2012

ANUGERAH

Rasa sayang datang dengan sendirinya..tanpa dijemput dan tanpa dipaksa..Tanpa dia mahupun dengan adanya dia..dan perasaan sayang itu adalah anugerah Yang Maha Esa..bila kita rasakan nikmat itu ditarik balik, jangnn merungut kerana ada hikmah disebaliknya..sebab Dia yg berikan, dan Dia yg tarik balik..bila diyakini hatimu terpaut pada seseorang, hargai perasaan itu, walupun dia belum atau tidak kau miliki..dia tetap dihati dalam apa jua keadaan skalipun..