JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Tuesday, April 9, 2013

Kisah Saya dan Cantik-Mencantik



Perempuan memang suka cantik.
Perempuan memang suka berhias.
Perempuan memang suka perhiasan.
Perempuan memang suka kelihatan cantik dan indah.

Ya. Itu perempuan.

Saya percaya dan yakin, kalau tidak banyak, pasti ada sekelumit rasa begitu pada setiap perempuan.

Ya kan?

Ya. Kalau saya ditanyakan begitu, saya akan menjawab dengan jawapan,

"Ya. Saya suka cantik. Saya suka yang cantik-cantik."

Begitu juga dalam pemakaian hijab. Pemakaian bertudung. Atau lebih sinonim pada ketika ini,

Hmm. Banyak sangat fesyen yang cantik-cantik, yang macam-macam, yang fantastik, yang bombastik dekat pasaran.

Macam-macam. Sangat macam-macam.

Kan? :)

Jujurnya, pandangan personal saya,

ada sesetengahnya cantik dan membuat saya rasa, 'Ya. Itu cantik.'
dan ada sesetengahnya membuat saya mahu berkata ini, 'Tidak. Itu serabut. Rimas.'


Terlalu banyak fesyen yang saya lihat menyimpang dari landasannya. Menyalahi apa yang sepatutnya diikuti. Dan amat parah tatkala fesyen itu menjadi ikutan. :(

Hmmm. :(

Masa yang sama juga, akan ada suara yang berkata,

"Salah ke berfesyen? Kami tutup aurat."

Saya diam. Selok belok tentang hukum hakam bolehkah berfesyen itu bukanlah kearifan saya. Saya tidak tahu.

Namun, saya ada pendirian sendiri.

Ada sesetengah kawan yang menempelak saya,

"Nurbayah kadang-kadang tu tukarlah cara bertudung, tukarlah baju yang vogue sikit. Tutup aurat tapi berfesyen. Ni tidak, sama je tiap hari. Tak menariklah."

Saya kelam dengan tempelakan itu. Membuat dosakah saya dengan fesyen yang dikatakan 'hodoh' itu?

Kawan lain berkata,

"Tak salah pun berfesyen. Yang penting tutup aurat kan. Pakailah makeup sedikit."

Saya makin kelam. Berdosakah aku tidak memakai makeup seperti mereka?

.Aku punya sebab. Aku punya alasan."

Kenapa, kenapa saya tidak menghiasi cara bertudung saya? Kenapa tidak saya tukar imej saya menjadi lebih cantik dan menarik pada masa yang sama masih menutup aurat seperti 'ustazah pilihan' yang ada?

Kenapa, kenapa tidak saya hiasi wajah saya dengan ketebalan makeup dan pada masa yang sama saya masih menjaga adab kesopanan sebagai muslimah seperti 'Solehah' yang ada?

Kenapa?

Ya. Saya ada pendirian saya. Saya ada benda yang senantiasa saya fikir tatkala hati saya bergoncang dan berdetik mahu mengubah sedikit imej saya. Allah.

Setiap kali saya mahu mengenakan tudung yang cantik sedikit, yang menarik sedikit, atau mahu mencalit sedikit bedak, hati saya terdetik sesuatu, hati saya bertanya sesuatu,

"Untuk siapa diperlihatkan kecantikan itu? Apa manfaat dari kecantikan yang dihiaskan itu? Apa tujuan sebenar 'yang cantik-cantik' itu??"

Pabila pertanyaan-pertanyaan itu menghurung hati, saya berundur dan membantutkan niat saya untuk bercantik-cantikan.

Saya meletakkan itu sebagai pendirian saya.

Hmm. Itulah saya. Itulah pendirian saya. Bukan saya menolak wanita muslimah yang bercantikan tetapi masih menutup aurat, tidak, saya tidak mengecam apa-apa.

Cumanya, saya masih tidak habis fikir,

"Kenapa perlu tudung cantik sehingga menarik perhatian? Untuk apa? Bukankah tujuan tudung itu untuk menutupi kepala, untuk menutup aurat?"

:)

Kan?

"Allahh... Pimpin diri hambaMu ini."

Itu saja yang mahu saya kongsikan. Tiada lain, cuma itu. rasa hati saya setelah melihat ragam busana muslimah. :)

Apapun, bersihkan hati kita. Betulkan dan luruskan niat kita. :)

Ingat ya muslimah kesayangan semua. :)

InsyaAllah. Bercantiklah kerana Allah.

#Oh ya, saya hanya akan mencantikkan diri saya khusus untuk suami. Yang tidak akan saya pertontonkan pada sesiapa pun kecuali suami saya.

Mencantikkan diri untuk ini BESAR tujuannya. BESAR manafaatnya. :)

Bahkan, bagi saya, itu tugas saya sebagai isteri. ;) ♥

Monday, April 8, 2013

.Lain orang lain bahagianya

Assalamualaikum


saje menaip kat blog ni. Dah banyak entry aku terlepas. . Hai…. Bila la rajin aku ni nak datang nak letak semua entry-entry tu. Entry kali ni, aku nak cerita pasal bahagia je. Kenapa BAHAGIA ??? Sebab ada orang pernah tanya aku soalan ni :


“ Tak pe ke duduk jauh-2 dengan suami? Bahagia ke? Tak sedih, kecewa, sunyi ke? “

Dan macam-macam la lagi. Oh ye, sejak aku kahwin ni, aku dan Encik Suami masih berjauhan. Aku kat Melaka dan dia kat KL. Bukan tak nak tukar, tapi tawaran rezeki lepas kahwin disana lebih murah alhamdulillah .



Bahagia

Macam mana korang definisikan bahagia tu?? Setiap orang bahagia dia lain tau. Orang kata duduk di sisi Suami, itulah bahagia. Habis tu kalau kes macam aku ni, Suami jauh, boleh katakan aku tak bahagia la ye...??? Ada pulak orang kata, bahagia tu bila kita banyak duit. Yang kurang duit tu, mesti korang tak rasa bahagia kan. Bahagia tu pada aku, tak boleh nak ukur. Setiap orang rasa bahagia dia beza-beza.

Jauh

Berjauhan macam ni bukan penghalang untuk kami berdua bahagia. Bahagia tu tetap aku rasa walaupun aku dapat jumpa dia setiap minggu.. Itu pun dah cukup untuk aku. Tambah lagi aku tau, kasih sayang dia pada aku tak pernah kurang, InsyaAllah..... Perhatian yang Encik Suami bagi pada aku, even jauh pun memang tak pernah sikit pun kurang. Kalau dulu, masa bercinta setiap saat dia call, sekarang pun masih sama.

Kalau nak cerita lebih pun tak boleh jugak. Usia perkahwinan aku masih muda. Baru nak masuk 2 bulan. Tapi aku tak nak apa yang kami dah mulakan, apa yang kami dah bina bersama, kami tinggalkan macam tu je. Biar jauh tapi ikatan tu kukuh. Masa ni la kepercayaan, kejujuran dan kesetiaan kitorang teruji. Pedulikan apa orang kata.

"Kau baru kawen 2 bulan. Tengok je la setahun nanti. Jangan kata nak mesej, nak call pun payah. Dah call pun belum tentu dia angkat"

Persetankan semua tu dan PERCAYA je pada Encik Suami. Kenapa??? Dia jodoh yang aku pilih kerana redha pada Allah. Duduk sebumbung pun tak mustahil kalau pasangan kita curang. Tapi aku percaya......percaya......dan percaya sepenuh hati aku. InsyaAllah, andai goyah pun, usaha, doa, redha dan tawakal tu jugak la aku bawak. Tapi mudah-mudahan tak datang la ombak laut tsunami melanda rumah tangga kami... Fuhhh.......fuhhh.......fuhhh....... Amin....!

Kalau nak tanya aku sekarang :

"Bahagia tak aku dengan perkahwinan ni ?"

"Bahagia tak aku punyai suami seperti dia ?"

"Bahagia tak aku dengan kasih sayang dan perhatian dia ?

Dan jawapan aku tetap :
" YA "

rasa pelik

malam tadi aku tengok anugerah bintang popular harian (ABPH)...cuma entah kenapa tetiba aku rasa pelik..rasa macam tak sesuai plak..tapi tak tahu lah pandangan korang kan..aku pelik bila artis yang menang tu masa dia bagi ucapan..dia cakap syukur ke hadrat ilahi.ada yang cakap alhamdulilah..

Bagi pandangan aku..kenapa nak ucap syukur atas tropi yg dimenangi atas hasil lakonan..dah lah lakonan tu semua siap ada pegang-pegang tangan.peluk-peluk lah...pastu cakap alhamdulilah syukur semua dengan baju seksi rambut perang plak..pastu ada yg ucap bismillah sambil memakai baju seksi..rasa macam tak sesuai lah..aku pun lagha gak duk tengok ABP ni..dah confirm ramai tak tutup aurat hahahaha...

Kenkadang aku sedih tgk orang-orang melayu kita..rambut karat..macam mana diorang solat..kalau mandi wajib dah confirm-confirm tak sah mandi wajib tu..mungkin dorang takde ilmu kot..sedih kan.

Kesimpulannya di sini nasihat aku ialah..jangan kita ucap kan syukur dan alhamdulilah tu ke atas maksiat yang kita lakukan ok..sama-sama kita saling ingatkan diri termasuk aku sendiri insan yg lemah lagi hina ini..cewah hehe..

p/s: ade lagi statement yang aku menyampah dari mak janda yang nak kahwin dengan orang muda tu..sorang ustazah tu tegur cara pemakaian dia untuk kebaikkan.pastu die bley kate "seksi itu hak saya"...Astagfirullah al azim...inilah dunia :(

Friday, April 5, 2013

Doa Agar Selalu Disayangi Suami

Surah Al-Inshirah/ Alam Nasyrah Ayat 94



Terjemahan ayat :

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang.

1: Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (Muhammad)?

2: Dan Kami pun telah menurunkan beban daripadamu.

3: Yang memberatkan tanggunganmu,

4: Dan Kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu.

5: Maka Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.

6: Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.

7: Maka apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras
(untuk urusan yg lain).

8: Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.

: Bacalah surah ini sesudah solat fardhu.
: Niat agar selalu disayangi suami.
: Sesudah baca, hembuskan sambil meraup muka.

Antara kelebihannya juga :-
• Sabda nabi ' Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi satu kelapangan daripadanya.
• Barangsiapa biasa membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardu, nescaya Allah mempermudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.
• Sesiapa yang membaca surah ini nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripadanya segala kesukaran dalam segala urusan. Dihilangkan segala sifat kesal, jemu serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
• Barang siapa membaca surah ini 9 kali sesudah solat fardu nescaya Allah akan menjauhkan daripadanya kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

Buat Dia Suamiku Dunia Akhirat



Sebelum kita sibuk cari kesilapan pasangan kita...
Lebih baik kita cari kesilapan kita dahulu...

Sebelum kita minta perhatian si dia...
Lebih baik kita cuba faham kesibukkan dia...

Sebelum kita minta dia berubah demi kita...
Lebih baik kita terima seadanya dia...

Sebelum kita minta itu dan ini...
Lebih baik kita fikir apa hak kita untuk minta apa-apa...

Kerana dia adalah orang yang kita sayang, dan dalam berjuta-juta orang dalam dunia ini dia lah yang Allah temukan dengan kita..

♥♥♥♥ Jadi bersyukurlah kerana hati dia masih milik kita ♥♥♥♥

Typical..

Memang perangai Melayu. Nampak orang lain lebih sikit, mula la dia dengki. Masalahnya, takde pulak dia cuba nak perbaiki diri tu. I can't brain this shit.

Thursday, April 4, 2013

Aku blogger SYOK SENDIRI?so what?

assalamualaikum korang yang ade gak yang sudi nak bace blog aku ni.
yela kan blog orang tak berapa nak
FAMOUS AMOS kan.
so pepaham le ntah sape nak jenguk plus nak geledah entries aku kan?

entries dah le tak best.
SYOK SENDIRI macam kau sorang ade blog.
WHATTHEFISH?

eh suke hati aku la aku nak tulis ape
*ayat macam ku kenal tapi di mana ye?*
blog aku. cerita aku kalau kau taknak bace,gi main jauh-jauh!

ade aku kesah kau nak bace ke tak?
lantak kaulah nak pandang sebelah mata ke tak pandang terus ke.

ADE?ADE AKU KESAH?

sorry aku teremo sikit petang-petang buta ni.
saje je nak buat entry kontroversi camni.
aku tau aku ni blogger picisan yang tak berapa nak famous.
tapi aku ade hati perasaan okeh.
kau nak meluat ke,nak menyampah ngan hasil luahan aku n aktiviti-aktiviti aku pon,aku tak kesah sebab bukan aku makan pakai duit kau!
betul kan?
eh please la sebab aku pon tak hingin makan duit kau.
kalau orang nak bace blog aku,bace la.
kalau nak geledah,geledah la.
aku tak kisah sebab memang aku yang willing nak tulis kisah peribadi aku.


but satu jek la kan.
jangan jadik orang yang macam bagus nak complaint n so whateva!
kalau kau ade blog,kau rase ape yang kau tulis tu,org nak bace sangat?
oii.cermin muka ye.


dah la tu.
habis tercemar profesion aku sebab tulisan aku petang ni.
aku geram!
kalau kau tak suka sangat bace blog
HEBAT aku ni,
dipersilakan BLAH ke blog orang lain.
tak pon gi website lucah yang same macam perangai kau yang lucah.
aku pon tak hengen traffic aku up sebab orang macam kau!


*muntah darah*


Nota : sekurang-kurangnya aku ade blog...HeLLo!!! ngko hade ker???????