JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Friday, June 7, 2013

JODOH YANG BAIK =)

tadi ada sorang member (pangkat adikla) bertanyakan pendapat perihal jodoh kat aku...terasa ibarat aku nie macam pakar rujuk kaunseling pulak.. (ader ker?) hahaha.. hah nie jawapan aku....

Jodoh yang baik tu harus dipandang dari persepsi yang betul.

Memang jodoh yang baik tu untuk orang yang baik, tapi macam mana kita klasifikasikan sebagai jodoh yang baik? pada aku, mungkin sewaktu awal pernikahan jodoh kita bukannya baik pada pandangannya, cuma selepas bernikah keadaan akan jadi berubah. ada dua keadaan, samada memang dari awal dia baik, atau berubah jadi baik selepas berkahwin.

samada kita sendiri yang berubah jadi baik, atau pasangan itu yang mula berubah. semoga kita semua menerima jodoh yang baik :)

# EHH aku nihh..dah pandai bercakap macam orang yang dah lame bernikah pulak...hehe
p/s : Berjalan mesti ke hadapan bukan ke belakang; semakin hari kita semakin dewasa =)


 

Thursday, June 6, 2013

tak sedar di untung

"MUKA BIAR BURUK TAPI HATI MAU BAIK, TAPI KALAU MUKA DAH BURUK HATI PUN BURUK JAWAPNYA KEBURUKAN ITU SEMAKIN TERSERLAH, BERKAWAN BIAR BERIBU BERKASIH PADA YANG SUDI TAPI BERMUSUH JANGAN SEKALI .. UMPAMA MELUDAH KE LANGIT AKHIRNYA JATUH KE MUKA SENDIRI .. KAN MALU BILA KAWAN-KAWAN TAU PERANGAI BURUK ITU SENDIRI "
 
Sendiri mau ingatlah Kawan ... kau bikin hal dengan salah orang ...

tudung hitam..


assalam awak awak semua..
hari nie just nak kongsi ' tabiat ' yang aku suka.
kalau nak tahu aku nie seorang perempuan yang suka pakai,tutup rambut aku ni dengan tudung berwarna hitam..

bagi aku tudung hitam nie boleh masuk kat semua warna baju..
kadang kadang dalam seminggu tuh aku akan pergi kerja pakai tudung yang sama..
lantak lah apa orang nak kata..pekakkan telinga..aku pergi kerja nak cari rezeki bukan nak melawa..

for dear ..' abang '

nie lah diri saya..
trima lah saya seadanya..
insyaallah saya sedang berusaha untuk mewarna warni kan kain yang tersarung kat kepala saya nie..
janji saya tutup aurat dengan niat kerana allah .bukan untuk melawa dan dilihat oleh manusia yang bukan ajnabi..-_-..

Wednesday, June 5, 2013

unique


Nice or not, it doesnt matter.. As long as the liverbird is on the jersey, I still gonna wear it bcoz I'm the Red and I'm Proud.. YNWA!!!

jangan buat VLOG dosa boleh?!

Assalammualaikum.

tadi aku ada la singgah satu blog ni. budak ni kawan-kawan aku umpamakan sebagai ''telur sebiji tapi riuh sekampung''. selalu sangat membangga diri dan terasa diri tu hebat (konon nya lah) .Alkisah nya..Dia ada buat vlog. Saja nak tengok. Sebab aku tak pernah nak buat benda alah tu. Dan komen aku kepada vlog tersebut yang ikhlas dari hati nurani aku ni ialah :


satu :
 

v-log atau lebih tepat video blog merupakan trend dunia blog sekarang. Orang kata apa, kalau sorang dah buat mesti ada yang nak ikut buat. Tapi kalau yang buat vlog tu bagi input yang bagus tak pe. nie tak cakap merepek habis. Pelik je aku tengok.


dua :
 
 
Dah la cakap merepek lepas tu, tegedik-gedik. Kau tambah dosa orang yang tengok vlog kau. Dunia blogger mulut semua kalau boleh nak hentam je. Bila orang cakap vlog kau tak best dan annoying kau marah, jadi baik kau padam kerana itu memang hakikat nya.


tiga :
 
 
Dah tahu nak buat vlog nape tak prepare?? Buat la persediaan, kira macam sedia kan isi-isi apa yang kau nak cakap. Ye la kau nak tayang vlog kau kat satu dunia, tapi kau nak cakap pun tergagap-gagap. Apa kata kau buat vlog tanpa suara?? Kalau susah sangat tulis je kat tangan . dah sape suruh kau tak prepare?
 
empat :
 
Bila kau buat vlog semua orang akan tengok cara kau bercakap dan personaliti kau. Sila lah yakin sikit. Bila yakin orang tengok vlog kau pun semangat. Nie tidak cakap pun nak tunduk-tunduk. Hello, dah name pun video blog harus lah pandang kamera. Ke nak pakai kan kau plastic sampah baru ok??

lima :

Aku tahu semua manusia tak sempurna boleh buat silap. Tapi macam aku cakap tadi. Nak buat sesuatu tu kena la ada persediaan. Nak berhadapan dengan orang ramai kan. Bukan nya susah sangat. Ataupun kau memang nak Nampak bodoh dihadapan semua orang??


p/s : kalau tak boleh nak bercakap jangan buat.

 

Tuesday, June 4, 2013

Sembang Lucah? Perlu Ke?


update entry sambil dengar lagu My Baby You - Love Song. super simple song tapi tetap menusuk di kalbu. very powerful voice. aku ngantuk tapi aku gagahkan jua kudrat ini untuk mengupdate blog. bangganya jadi aku. haha. kalau tak selalu bertangguh nak update. dasar pemalas.pemalas dan pemalas. sekian.

Zaman dah moden. pemikiran pun semakin moden dan lebih terbuka. dah boleh terima pendapat dan boleh juga beri pendapat. tapi kalau terbuka sangat pun tak payah melampau sangat. moden moden pun pertuturan kata harus dijaga juga. orang kata janganlah hilang tatasusila tu.

Sembang Lucah. sumpah sebenarnya aku memang tak suka gila kalau tiba-tiba dah seronok bersembang rancak muncul pula entah langau dari mana buka cerita pasal benda-benda macam ni. aku tahu masing-masing dah besar dah matang tapi tak perlu lah kau sentiasa nak melucah kan. cakap sikit kau melucah. bukak topik yang tak berkaitan langsung pun kau boleh lucahkan benda itu. alahai, kawan. beragaklah sikit. ade 2 kategori ;

1) straight foward

2) berkias

Perbualan yang 'straight foward' itu adalah di antara si gadis dan juga lelaki yang telah berakhwin. manakala perbualan 'berkias' itu kedua-duanya belum berkahwin. benda ini selalu gila aku dengar. selalu sangat. hampir setiap masa. aku malu dan geli. berdiri bulu roma.

nak nak lagi kalau yang ketuanya perempuan pula. haduyai. aku dengar pun malu gila. secara jujurnya aku tak suka. kalau yang bercerita lucah itu dah berkahwin dan juga sudah beranak boleh lah aku terima kau nak bersembang lucah dengan kawan-kawan kau. kau tu dah la belum kahwin bersembang dengan orang yang dah berkahwin tanya pasal skill lah, bentuk lah. what the fish man!

cuba lah malu sikit. bersopan sikit. kau nak bercerita macam itu tengoklah tempat yang sesuai. orang kata cakap malam dengar-dengar, cakap siang pandang-pandang. bukan pakai semberono sahaja cakapnya. kalau kau tak malu dengan aku, kau malu la dengan diri sendiri. tapi kalau dengan diri sendiri pun tak malu tak boleh cakap apa lah.

kalau dah gatal sangat asyik nak bercerita lucah je kau pergi la kahwin sana. kau nak tiap-tiap hari nak cerita lucah pun boleh dengan husband or wife kau. tiada masalah. tapi bukan cerita dengan orang luar. haih. manusia zaman sekarang kalau terlalu open pun susah juga. dah jadi macam satu hobi pun ye juga benda ini aku lihat. makin parah..aku tiap-tiap hari kena menadah telinga. ignore macam mana pun dengar juga.:(

awak-awak semua itu senior kitorang. jadi please be mature. hormat orang lain juga. ingatlah ada benda yang kita boleh bercerita. tapi kalau dah dalam kain pun kau cerita kat orang tak tahu nak cakap apa. mulut orang ini bukannya boleh ditutup. sentiasa terbuka adalah. jadi nanti janganlah mengamuk kalau kau dengar cerita yang tak best tentang kau dari orang lain.

p/s : mengeluh berat.


yang ikhlas,

Nurbayah.

Monday, June 3, 2013

Sentap Pulak Pagi Nie!

'Aku ni bukanlah sengaja nak menyombong atau nak belagak tak tentu pasal, tapi kalau dah pagi-pagi kena tembak , depan orang ramai pulak tu aku memang naik darah! Tapi aku tak gamak pulak nak tembak kau semula. Cuma aku diam dan tak dapat berpura-pura memaniskan muka, yang aku jawab pun nada acuh tak acuh bah kan berbunyi dingin saja.

Aku ingatkan aku sorang jer yang terkena..rupanya ada lagi kekawan yang dapat macam situasi aku nie.konon-konon prihatin la tuw!!

Prihatin’ sangat depan orang ramai. Aku fikir kau ni memang tak beradaplah. Kau buat mood aku spoil sepanjang hari. Maaflah, aku tak berniat pun nak buat kau terasa dengan sikap membatu aku tu, tapi kau patut letak diri kau dalam ‘kasut’ aku.

Aku kenal kau memang peramah, baik dan aku selesa bersembang dengan kau, tapi mungkin kejadian pagi ini ibarat ‘salah masa dan salah tempat’ so lepas ni aku tak dapat lari dari rasa berhati-hati terhadap kamu wahai kawan!

Aku tak suka betulah berada dalam mood yang ‘busuk’ ni, kau punya pasal lah ni! Kau tahu tak, bila mood aku tak baik aku berpotensi menjadi ‘harimau’ terhadap semua orang, itu yang aku tak suka!!!!

Oh tuhan bilakah situasi-situasi begini akan berkakhir, bosan tau!'

Gerrrrr...cakar muka kang nak!