JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Thursday, July 15, 2010

kenapa aku tulis blog?


Semenjak berkecimpung sebagai blogger ni, aku banyak dibawakan maklumat dan berita dengan hanya melompat ke sana ke mari dari satu blog ke satu blog. Indah juga dunia IT ni.Ingatkan dunia percintaan aku je yang paling indah..hahaha. Walaupun tak semua cerita dan perkhabaran dalam blog-blog lain aku suka dan pada masa yang sama mungkin memedihkan atau menjengkelkan, tapi itu semua informasi. Ada yang berguna atau ada juga yang perlu dicampak terus ke tong sampah. Aku perlu berhati-hati juga untuk menapisnya.

Macam-macam sebab orang tulis blog. Dah jadi macam soalan wajib SPM pula “kenapa saya tulis blog?’’. Akupun jadi terfikir-fikir, ye tak ye, kenapa pulak aku menulis dan sibuk-sibuk nak punya blog.

Jawapan aku senang je, suka hati aku la, nak buat blog ke, nak buat bom ke, janji aku bahagia. Kurang ajarnye jawapan kan?
kenapa aku tulis blog?kenapa anda tulis blog?kenapa kau tulis blog?

soalan yang selalu diutarakan pada aku.

kau ada blog ke?

sama juga.soalan yang selalu ditanyakan pada aku.

kenapa aku tulis blog?sebab aku suka menulis.sebab itu.aku suka untuk memberitahu apa yang aku rasa.aku suka untuk berkongsi apa yang ada dalam fikiran aku.

aku mahu orang tahu apa yang aku sedang fikirkan,maksud aku bukan yang berkaitan tentang hal-hal peribadi la kan.yang tak terlalu peribadi.

aku suka membaca.apa jua jenis bahan bacaan,lebih-lebih lagi yang berkait rapat dengan minat aku.blog orang pun aku suka baca.bukan dengan niat hendak menyibuk,cuma ada sedikit rasa mahu berkongsi,mahu tahu tentang pendapat,perasaan dan isi hati orang lain.

mungkin ia berguna untuk aku pada masa hadapan,siapa tahu.

kenapa aku tulis blog?



aku tulis blog,aku setup blog sebab aku mahu berkongsi apa yang aku minat dengan orang lain.aku bukanlah blogger yang dominan,yang popular seperti orang lain.tak mengapa.tak penting pun itu semua.cukuplah sekadar aku tahu aku siapa,dan dalam blog ini sahaja yang aku jadikan medium untuk aku memberitahu orang tentang rasa yang ada dalam hati aku.

ada orang menjadikan blog untuk mengutuk orang lain,memaki hamun musuh-musuh mereka.aku tiada musuh,mungkin.jadi,aku tak perlukan jadikan blog aku yang tak seberapa ini sebagai medan untuk mengutuk orang lain.

aku juga tidak jadikan blog sebagai tempat untuk aku memberitahu aktiviti harian aku kerana tiada apa yang exciting pun tentang kehidupan harian aku.haha.cukuplah sekadar luahan rasa untuk sesuatu perkara dan sedikit pengalaman ke atas sesuatu perkara.

blogging.ini juga salah satu kegunaan,kebaikan teknologi.gunakan sebaik-baiknya.

thanks....da..............

No comments:

Post a Comment