JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Friday, July 30, 2010

Calon Akhir Imam Muda




Episod Akhir Imam Muda 2010 bakal berlangsung pada haro Jumaat, 30 Julai, jam 9 malam disiarkan secara langsung dari Dewan Muktamar, Kuala Lumpur, Saksikan 2 sahabat baik bersaing dengan pendapat dan hujah menarik lagi bernas tentang isu ugama dan masalaah sosial. Seorang dari lepasan luar negara dan seorang lepasan Universiti tempatan.



ASYRAF, nama penuh Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, berasal dari Pulau Pinang, dilahirkan pada 12 Februari, 1984, dan berusia 26 tahun dan sudah berumahtangga. Aysraf, bertugas sebagai seorang Imam berpendidikan Ijazah Sarjanah Muda dalam jurusan Usuluddin dan Fikah, dari Univeristi Malaya, Kuala Lumpur. Asyraf ingin mem...ecahkan tradisi namun mahu ia dilakukan berlandaskan prinsip Islam.




HIZBUR, nama penuh Hizbur Rahman Omar Zuhdi, berasal dari Baling, Kedah, dilahirkan pada 1 April, 1983, berusia 27 tahun sudah berumah tangga, Hizbur bertugas sebagai Guru Tahfiz berpendidikan Sarjana Muda Syariah (Tahun Akhir) Universiti Al Azhar Mesir. HIzbur akui tanggungjawab yang diletakkan dibahunya cukup berat. ...Apapun Hizbur berserah pada Allah. Hizbur ucap terima kasih kepada semua penyokongnya.

Kalau nak banding dengan rancangan relaiti lain terutama hiburan macam AF, Mentor dan lain-lain, memang lain la kan. Kalau hiburan penuh dengan tepukan dan sorakan yang kadang2 macam lupa dunia hehe. Imam Muda ni lebih terdidik, lebih-lebih lagi tugasan minggu pertama ini mengenai Pengurusan Jenazah. Kalau jenazah yang biasa ok la lagi, ini jenazah yang tidak dituntut. Cuba anda fikirkan, bagaimana keadaan jenazah yang tidak dituntut, ermm..

Hadiah bakal pemenang Imam Muda.
1. Kereta bernilai lebih RM150,000
2. Pakej menunaikan haji
3. Wang tunai RM20,000
4. Komputer riba Apple Macpro
5. Berpeluang melanjutkan pelajaran di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi
6. Jawatan imam di masjid utama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

P/s: one of the best tv programme. byk benda ilmiah yg kita bleh dapat dr cni.. tau ajelah, manusia yg serba kekurangan mcm kita ni, slalunya ‘tak berkesempatan’ nk google benda2 ilmiah mcm ni.. adanya program mcm ni sekurang2nya kt dpt tambah ilmu wpun x secara menyeluruh.. papepun tahniah pd finalis. dengarnya pemenang sbg cukup syarat je. yg penting kedua2 finalis ni dapat tajaan untuk sambung pelajaran ke mesir smp ke peringkat phd. alhamdulillah..

No comments:

Post a Comment