JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Monday, August 2, 2010

Asyraf Juara Imam Muda



Alhamdulliah akhirnya Jumaat malam hari tu telah dinobatkan johan Imam Muda musim pertama. Memang ternyata Asyraf lebih menonjol dan telah melaksanakan tugasan dengan cemerlang.

Muhammad Asyraf bin Mohd Ridzuan telah terpilih sebagai Imam Muda terulung. Memang layak beliau di umumkan sebagai pemenang kerana cara beliau menyampaikan kutbah dan hasil tugasan memang cemerlang.

syahdunya bila mendengar alunan azan daripada Mohd Taufed Mohd Noh dan Nuri Ali Arbain membuka tirai Imam Muda malam penentuan

Turut diumumkan sebagai kejutan ialah hadiah tawaran biasiswa pakej Perak melanjutkan pengajian ke MEDIU kepada lapan peserta Imam Muda lain. Mereka turut menerima pakej percutian ke Bandung, sebuah Iphone, trofi dan sijil penyertaan.

Siapa yang menang di ucapkan tahniah dan yang kalah bukan bermakna beliau tidak bagus . Syabas buat kedua-dua peserta akhir Imam Muda Astro Oasis untuk musim pertama dan juga 8 Imam Muda yang lain.



Semoga program keagamaan ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang kerana ianya banyak memberi kebaikkan dan manfaat kepada masyarakat islam di Malaysia dan juga dunia islam lain.
Syabas dan Tahniah buat semua peserta Program Imam Muda 2010.

P/s:Mula2 memang target imam Hizbur sebab perwatakan nampak lebih matang. Tapi rezeki lebih kepada Asyraf.

No comments:

Post a Comment