JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Wednesday, August 4, 2010

KENAPA MELAYU SINONIM DENGAN DENGKI??

Aku tertanya-tanya kenapalah masyarakat melayu ni suka sangat dengan dengki mendengki. Kadangkala dengki ini menjadi-jadi sehingga memudaratkan orang lain. Sehinggakan sanggup menggunakan bomoh dan ilmu hitam untuk menjatuhkan orang lain.

Inilah Melayu Bangsaku..!!

Hari ini kita lihat dikalangan orang-orang Melayu, sifat dengki ini sering bermain disekeliling kita dan inilah punca orang melayu lemah dalam pelbagai sektor dan sudut sebagai contoh di dalam bidang ekonomi yang pada hari ini dikuasi oleh orang cina, di dalam sudut pendidikan yang mana hari ini bangsa lain yang jauh lebih cemerlang daripada bangsa melayu dan banyak lagi contoh-contoh perbuatan yang menghancurkan orang melayu daripada maju yang berpunca daripad sifat dengki.
Di dalam sektor ekonomi terutamannya dalam bidang perniagaan, orang melayu tidak boleh lihat perniagaan di sebelahnya maju. Ini kerana ia telah menjadi pesaing dan musuh perniagaannya sehingga ada yang sanggup mencari bomoh untuk merosakkan perniagaan disebelah kedainya. Hari ini kita masih boleh jumpa lagi ada orang melayu yang sanggup menggunakan khidmat bomoh untuk menghancurkan perniagaan jiran mereka yang merupakan juga orang melayu. Ada di antara mereka yang menggunakan sihir, santau dan lain-lain cara untuk merosakkan jirannya. Oleh yang demikian, perbuatan inilah yang meruntuhkan ekonomi orang melayu yang berpunca daripada sikap orang melayu itu sendiri yang selalu dengki.
Namun dengki ini bukan sahaja bermain di dalam bidang ekonomi semata-mata, malah di pelbagai sudut. Antaranya dalam skop jiran tetangga, persahabatan, kekeluargaan, perkongsiaan hak dan sebagainya.

Aku bukan nak kata aper,,sepanjang 7 tahun aku bekerja dibawah naungan masyarakat cina ,Aku kagum dengan masyarakat Cina di dalam perniagaan. Mereka mencetuskan persaingan yang sihat antara mereka dan membantu antara satu sama lain. Pernah atau tidak korang ingin membeli sesuatu di kedai Cina tetapi barang tersebut telah tiada? Agaknya apa yang akan di lakukan oleh penjual Cina tersebut? Penjual Cina itu akan memberitahu kedai sebelah ada, atau dia sendiri akan pergi ke kedai sebelah mengambil barang. Betul tak?
Cuba jika di kedai Melayu yang kita pergi dan di sebelah juga adalah kedai Melayu. Jangan harap dia akan cakap kedai sebelah ada. Itulah ragam peniaga Melayu dan semua ini disebabkan perasaan dengki.
Baik dari apa jua pekara dengki ini tetap ada dalam hati orang Melayu dan tidak tahu bila ia akan berakhir. Kebanyakan adalah kerana dengki kepada bangsa sendiri. Ia bagai tidak sedar diri, diri sendiri adalah bangsa apa. Hal ini sendiri diakui oleh kawan-kawan aku yang kebanyakkannya bekerja di sektor kerajaan.. diorang mengadu pada aku yg si polan dan sipolan nk jatuhkan diorang untuk merebut pangkat dlm satu organisasi..lepas tu pantang kawan-kawan ader hp baru ke,tukar kereta ke,beli rumah ker dier nak jugak sedangkan itu sumer di luar kemampuan mereka…last2 tanggung la hutang tak mampu nak bayar dengan basic yg tak seberapa..aku terkedu jugak dengar seribu satu ragam manusia yang cuba disampaikan oleh kawan2 aku yang rajin meng ‘post’ buletin..

dengki nie kan sinonim dengan perbuatan buruk yang dilakukan oleh manusia kepada manusia lain demi untuk kepentingan diri sendiri. Namun adakalanya dengki ini ada kebaikkan kerana ia merupakan satu rahmat Allah swt kepada hamba-Nya. Kita sebagai manusia tidak perlu dengki dalam bentuk negatif tetapi kita perlu bersifat dengki dan bentuk yang positif seperti contoh dengki kerana orang lain kaya dan kita berusaha untuk jadi kaya namun jalan untuk mencapai kekayaan itu perlu dilakukan dengan cara yang betul. Kita dengki sahabat kita berjaya di dalam peperiksaan dan kita berusaha bersungguh-sungguh agar kita juga mencapai kejayaan tanpa menghancurkan dan meruntuh serta menjatuhkan maruah dan memberi kemudharatan kepada orang lain. Dengki yang positif ini sangat susah untuk dilakukan kerana sikap orang melayu yang suka melibatkan orang lain. Orang kita suka melihat orang lain binasa dan kecewa, mereka diibaratkan oleh sarjana seperti ketam yang tidak boleh melihat orang lain naik ke atas dan cuba untuk menarik orang yang di atas ke bawah.
ingatlah bahawa kita jangan mudah dengki dengan orang lain lebih-lebih lagi jangan dengki dalam bentuk negatif yang membawa kemudaratan kepada orang lain. Dengki yang positif diharuskan dan jangan dilebih-lebihkan kerana takut ia membawa kepada perkara negatif pula.

Akhir kata, aku ingin memohon maaf atas apa yang berlaku dan kisah ini tidak melibatkan mana-mana yang hidup mahupun yang sudah meninggal walaupun ia merupakan kisah benar untuk dijadikan tauladan kepada kita yang masih dalam perjalanan menuju ke penghujung kehidupan.

Wallahu a'lam….

No comments:

Post a Comment