JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Monday, August 30, 2010

Bendera Malaysia Dibakar...Sungguh Kurang Ajar!!!

alahai...
indonesia...
kita berbudi...
dia buat tuli....
kita bantu....
dia jadi hantu....
kita mengaku serumpun..
dia mintak kita pula mohon ampun...

tak hairanlah..
macam2 bencana Allah turun kat depa..
dari banjir sampai gempa bumi..
bila dah senang..
hadoi..
jalur kita dibakarnya..


puisi di atas dipetik dari blog Mazidul Akmal SideK



Hari tu aku tak sempat buat entry nie..ke ‘busy’ an kerja yg melanda tidak menyempatkan aku mengulas terhangat nie.Rasanya belum terlewat lagi kan!

Pada ketika seluruh umat Islam di negara kita sibuk dengan ibadah puasa, sekali lagi bendera Malaysia yang kita semua cintai dibakar oleh negara jiran kita. Yang mana negara ini adalah negara yang paling hampir dengan negara kita ini iaitu Indonesia! negara yang serumpun dengan negara kita...
Kejadian ini adalah rentetan dari peristiwa penangkapan 3 orang penguatkuasa perikanan negara mereka oleh PDRM di perairan negara kita yang mana penguatkuasa perikanan mereka telah terlebih dahulu menangkap 7 nelayan Malaysia yang didakwa telah mencerobohi perairan negara mereka...(ini kes keliru dan salah faham nie).

Selain membakar bendera Malaysia, pejabat kedutaan Malaysia juga turut diserang, mujurlah tiada pegawai Malaysia yang cedera atau terkorban. sebenarnya perkara ini boleh selesai dengan berbincang, tak perlulah rakyat Indonesia nak bakar bendera dan serang kedutaan Malaysia tue...
Aku pun hairan sungguh dengan sikap segelintir rakyat Indonesia nie, entah kat mana dorang semua letak otak diorang. Nasib baiklah rakyat Malaysia nie penyabar dan masih berfikir mengikut akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah SWT, kalau tidak, tak dapat aku bayangkan apalah yang bakal terjadi...
Mereka sebenarnya tak sedar, ramai jugak rakyat Indonesia yang masuk secara haram ke negara kita ini dan kemudiannya melakukan jenayah seperti merompak, membunuh, merogol, pecah rumah dan sebagainya. Kalau ikutkan hati, memang rakyat Malaysia nie nak halau saja semua rakyat Indonesia yang mencari rezeki kat Malaysia nie, tetapi kita masih ada perikemanusiaan...

Aku harap agar semua rakyat Malaysia jangan terikut-ikut dengan perbuatan segelintir rakyat Indonesia yang membakar bendera negara kita itu. Biarlah mereka bakar, pijak dan mencopkan kita sebagai pengecut. Kalau rakyat negara Malaysia pengecut, tak akan ada rombongan bantuan untuk rakyat Palestin yang sanggup mengadai nyawa demi memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang ditindas oleh Israel...
Adakah rakyat Indonesia tidak mengenangkan bantuan yang sering diberikan kerajaan Malaysia dan juga rakyat Malaysia apabila negara itu ditimpa bencana. Boleh dikatakan negara Malaysialah yang selalunya paling awal jika hendak dibandingkan negara lain menghulurkan bantuan jika negara itu sedang dalam kesusahan. Bukan ingin membangkit, cuma berasa terkilan dengan hal ini...

Besarlah harapan aku agar perkara ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin, nelayan Malaysia pun dah dibebaskan, begitu juga dengan 3 orang penguatkuasa perikanan Indonesia. Biarlah perbincangan isu sempadan Malaysia dan Indonesia nie dibincangkan dengan baik dan cermat...


P/S:aku rasakan, ape kate kalau PM g je halau pendatang asing especially indonesia tu, sebabnyer die orang tu tak tau diuntung...biler susah mulalah nak minta simpati dari kita (malaysia)tapi biler kesilapan sikit mula lah nak heboh satu dunia ni..uishhh naperlah indonesia camtu eark..wat PM Indonesia, telek2lah rakyat yang tak tau diuntung tu k..

No comments:

Post a Comment