JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Tuesday, October 12, 2010

Di sebalik 10.10.10



Tarikh 10.10.10 merupakan satu tarikh keramat bagi setiap pasangan mempelai yang melangsungkan perkahwinan terutamanya buat Dato’ Sheikh Muzaffar Shukor dan isteri. Semoga berbahagia hendaknya dan tahniah. Tetapi, bagi tarikh itu juga satu tragedi kemalangan yang buruk telah tercatat dalam kalendar sejarah negara buat ke sekian kalinya. Ini bukan kali pertama kemalangan teruk yang melibatkan kenderaan berat seperti bas ekspress ini, malahan sudah banyak kali ianya berlaku sama ada di musim perayaan atau tidak. Tambahan lagi, setiap kali kemalangan yang melibatkan bas berlaku pasti ianya akan melibatkan kematian.

Aku mengucapkan takziah di atas kehilangan ahli keluarga/saudara/sahabat handai/kenalan para pembaca yang membaca blog ini.. dan marilah kita sedekahkan Alfatihah buat mereka yang beragama islam, semoga mereka semua ditempatkan dikalangan hamba2-Nya yang beriman dan beramal soleh. Berkenaan sumbangan ekpress yang dilakukan oleh mana2 menteri, aku percaya, duit tidak mampu menggantikan nyawa seseorang... buatlah sesuatu bagi mengurangkan perkara ini. Apa yang amat dikesalkan ialah, jika mereka mahu mati dijalan-raya, maka matilah bersendirian.. usah bawa anak, kawan, ahli keluarga, atau saudara mara kita sekali.. kesilapan kecil akhirnya mengakibatkan satu perkara yang sangat besar.. melihat air mata ahli keluarga mangsa, yang menangis kepiluan adalah satu perkara yang menyedihkan.. bayangkan jika kita di tempat mereka? Oleh itu, berhati2lah di jalanraya, lambat pulang tak apa, jangan tak pulang langsung

P/s:tak sanggup nak mendengar, ape lagi melihat gambar kejadian..
Di sebalik 10.10.10 ada yang gembira, ada yang berduka. Sama-sama beringat. Takziah diucapkan. Al- Fatihah…

No comments:

Post a Comment