JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Friday, September 17, 2010

Selamat Hari Malaysia kepada semua WARGA MALAYSIA!!!!!!!



Semalam adalah hari yang menyatukan impian semua negeri yang pernah dijajah untuk bergabung bagi membentuk sebuah negara yang ada pada hari ini.
Untuk itu, hargai perjuangan pemimpin sebelumnya, jangan ambil mudah kepada usaha mereka, kerana tanpa pemikiran mereka yang “out of the box” lah kita mampu bahagia dan aman hari ini.

Sambutan Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September tahun 2010 ini berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya sebab buat pertama kali kerajaan mengiktirafnya sebagai sambutan peringkat Kebangsaan (cuti umum kebangsaan). Dengan pengiktirafan ini, bermakna pada tahun-tahun akan datang semangat nasionalisme dan sentimen positif rakyat bukan hanya dilahirkan pada 31 Ogos tetapi juga bagi tarikh 16 September setiap tahun.

Dan Mulai tahun ini iaitu tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia..dan mari kita sama-sama menyambut hari Malaysia.
Okey, salam 1 Malaysia dan Selamat Menyambut Hari Malaysia

Aku bangga jadi anak Malaysia!

Wednesday, September 15, 2010

Susulan kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati- Aku tunggu si manusia tu kena gantung!!!



DIPUKUL, DIBUNUH, DIBAKAR & abu mayat DIBUANG..satu pakej pembunuhan yang sangat kejam dan bukan sebarangan manusia/insan yang mampu melakukannya. Try korang bayangkan camne deritanya mangsa dipukul dan ditikam bertubi-tubi, then dibakar sehingga tinggal debu. Tak kira agama, tak kira bangsa, sebagai manusia normal perkara sebegini memang tak sanggup dilakukan kecuali dipengaruhi oleh faktor lain. Kalu tak dipengaruhi oleh setan, pasti dipengaruhi oleh DUIT!!!

Dikatakan suspek yang bergelar Datuk mempunyai harta kekayaan yang 'melampau' dan turut terlibat dengan kehilangan beberapa ahli perniagaan yang pernah berurusan dengan suspek. Suspek telah mengaku terlibat dalam pembunuhan nie, pengesahan akan dibuat bila ujian DNA disahkan yg akan mengambil masa lebih kurang 2minggu. Pape pon, TAHNIAH utk polis Malaysia yang cekap melakukan siasatan sehingga menjumpai tempat mangsa dibakar di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting.

Ramai yang masih berharap mangsa yang dibakar itu bukanlah mayat Datuk Sosilawati. Kalu betol, memang kejam giler, pas dibakar, abunya lak dibuang di Sungai Pancha - dah macam upacara pengebumian sesuatu agama lak. Agak-agak-agakla kan kalu nak sembunyikan bukti kes pun. Kesian kat anak-anak mangsa & juga sedara mara mangsa. Dah tu, seorang suspek juga dikatakan memakai jam tangan milik Datuk Sosilawati. Aiyooo dahlah dapat duit bertimbun, jam tangan pon nak rembat gak ke?

btw..
** korang nah terpikir tak, camner polis Malaysia leh kantoikan suspek dan menjumpai tempat pembakaran mayat Datuk Sosilawati & 3 mangsa lain even tempatnya amatlah tersorok? Syabas...

** Disebabkan duit, manusia sanggup bunuh membunuh. Agak-agak diorang nak buat pe la ngah duit berjuta-juta tu ek? Suspek yang bergelar Datuk, dikatakan mempunyai savings yang amat besar drp kemampuannya, bila dah kantoi gini, agak-agak bley tak duit tu MEMBANTU??



Ramai yang mendoakan semoga semuanya selamat & abu itu bukanlah milik Datuk Sosilawati. amin...~

p/s:kalau la malaysia ada hukuman tembak sampai mati, memang berbaloi diorang kena hukuman tu...

Monday, September 6, 2010

SelaMaT HaRi Rayer AidiLfitri~~@



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Setelah sebulan bertungkus lumus menyempurnakan ibadah puasa, akhirnya kita umat Islam akan menyambut hari raya yg akan menjelang dalam beberapa hari saja lagi…
Aku percaya kebanyakan korang sume dalam keadaan yg sangat ceria untuk bercuti dan seterusnya menyambut Hari Raya Aidilfitri. Rasanya ramai jugak yg sibuk membeli belah barang keperluan dan kelengkapan raya.
Walau apa sekali pun cara sambutan korang, yg penting sekali adalah kesederhanaan dan keikhlasan hati kita menyambut kedatangan Hari yg mulia ini.
Sempena dengan kedatangan hari yg mulia ini, aku ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada tersalah, tersilap, terkurang ajar, tertipu, terkasar bahasa dan tersombong sepanjang perhubungan kita…
Aku juga manusia biasa seperti korang yg takkan lari dari membuat kesilapan… Dan percayalah, bahawa takde orang dalam dunia ni yg SENGAJA nak buat silap… marilah kita buang yg keruh, ambil yg jernih…
Mungkin ramai yg akan memandu pulang ke kampung nanti. Ucapan aku – “Semoga selamat sampai ke destinasi.
Kepada mereka-mereka yg SENGAJA tak mau balik ke kampung, – “Dengarlah lagu raya banyak-banyak. Tangkap syahdu dan nangislah sorang diri…”

Wednesday, September 1, 2010

TerBaRU : “Ganyang Malaysia” merebak..INDON makin kurang ajar !!



Inilah contoh terbaik "diberi betis, mahu peha lagi"... Inikah contoh terbaik bagi negara jiran yg penduduknya sendiri mencari rezeki di negara Malaysia? Wahai saudara-saudara di seberang sana, insaflah.. Malaysia tidak pernah bersikap biadap dgn membakar bendera apa lagi mencemari bendera Indonesia dgn najis.. Sebaliknya, Malaysia byk memberi ruang untuk rakyat Indonesia bekerja demi menyara keluarga mereka.. Begitu juga setiap kali bencana alam melanda Indonesia, Malaysia tidak pernah ketinggalan memberi bantuan utk Indonesia.. Jgn tau nak buat baik bila susah sahaja.. Kita sama-sama negara Islam dgn 1 Agama, 1 Tuhan.. Apa salahnya kita sama sama kembali kepada Sunnah Rasulullah S.A.W dan Perintah Allah S.W.T? Bukankah itu yg dikehendaki-Nya? Renung2kanlah..

Lihatlah betapa berbeza tahap mentaliti rakyat malaysia dgn indon. rakyat malaysia telah menunjukan cara pemikiran yang lebih bertamadun. kita tak kepung kedutaan indon di KL. kita tak lempar najis dan bakar bendera indon malah kita tak usik pun pelancong dan pelajar mereka di sini. bila kita diam mereka pikir kita takut. tahap kesabaran ada batasnya. kalau mereka rasa sumbangan malaysia sudah tidak diperlukan lagi putus aje hubungan diplomatik dan minta rakyat indon disini balik dan rakyat kita di indon balik ke malaysia. lepas ini jika ada musibah menlanda indon seperti gempa bumi dan tsunami kita biar aje. kita jaga kawasan kita dan kita boleh maju tanpa indon. insyallah. MERDEKA.

Tapi dalam hati aku tetap berdoa: Ya ALLAH selamatkanlah hubungan malaysia dan indonesia yang telah lama terjalin ini..Sekarang ini bnyak yg cuba untuk memecah belahkan hubungan baik malaysia dan indonesia,,mereka cuba mengambil kesempatan dlm kesempitan..Kalau boleh aku seru semua rakyat malaysia marilah kite perkukuhkan hubungan kita semua agar malaysia dan indonesia mejadi benteng kpada asian dan umat islam khususnya..bersatu kita teguh bercerai kita roboh..


P/s:sebenarnya ada pihak rahsia atau ejen rahsia yang hasut orang-orang indon untuk provoke kedua-dua Negara..yer..aku percaya!!dan ejen tu bertempat di...........???

Aku Sombong ??..hmmm~~





Kawan-kawan aku tak kiralah zaman belajar atau zaman bekerja nie pernah kata aku ni sombong.Tapi aku tak ambil kisah lgsung sbb aku tak pernah rasa aku ni sombong.Tapi kalau dah tak kenal aku mestilah orang kata aku sombong,.aku rasa terpangggil utk menerangkan perkara yg sebenar.Aku tak sombong dan aku tak mahu memiliki sifat yg demikian itu.Aku cuma mahu bersikap berhati-hati dlm pergaulan dgn Sejujurnya, kawan aku ramai..tak kiralah waktu sekolah rendah,menengah dan waktu zaman belajar dulu.Kwn yg kenal melalui alam maya ramai sikit,I tu pun sejak aku ada facebook dan blog ni.

org cakap, muka aku nampak sombong. Cara aku nampak sombong. Dia cakap jenis yang macam nampak 'pilih bulu'. Yeesh. Cukup tak suka orang cakap aku sombong lah. Weh sumpah weh, aku tak sombong langsung dowh. Aku cukup anti orang yang sombong. Aku tak pernah sekali pun dalam hidup aku, aku nak pilih kawan. Aku kawan/tegur je dengan semua orang.

Bukan aku tak bercampur pun…tapi mungkin di tempat kerja aku memang jenis wat kerja sorang-sorang..dok dalam lab settelkan project yang boss bagi..bukan dalam kelompok pun…aku buat kejer aku jer..aku tak kacau orang pun..aku tak menyusahkan orang..
Cuma.. aku agak tak berapa suka orang label aku itu ini just because kamu tak kenal aku macam mana. Kenal/kawan lah dulu beb. This implies to everyone out there yang suka sangat judge orang lain sebelum kenal.

Takde la, sebab to be honest with you, aku agak penat dah la dengar orang asyik cakap aku sombong dan sebagainya. Yang kelakar tu sebab orang orang yang cakap aku sombong tu semuanya yang tak pernah berbicara dengan aku walau sebutir perkataan. I mean..cakap borak betul betul lah. Bukan setakat tahu nama aku. Haihh.. Manusia manusia.. Suka betul judge orang.


How am I supposed to say hi to you if I don't even know youu? Hmm... Kamu nak kenal/nak kawan dengan aku, kamu lah yang tegur aku dulu.. hee ;p
Eh cop..ke sebab aku tak bercampur orang sangat? Erkk..

Ohh. Rightttt.

Lupa. Aku pemalu sebenarnya. Tapi bukan sombong! (There's a huge difference between sombong and pemalu hokay!)

And I said "Ek elehh..just because aku senyap and pendiam doesn't mean aku sombong! Aku pemalu dowh. Aku kena orang yang tegur aku dulu lah. Sebab nanti aku akan rasa macam malu-sebab-rasa-macam-orang-tu-tak-nak-kawan-dengan-aku-pun-sebenarnya. So sebab tu aku senyap je. There's a fine line between sombong and pemalu, ok! And kalau orang Hye kat aku, aku Hye je lah balik. Kau pun tahu kan, clique aku macam mana. Bukannya anak raja pun. Semua yang jenis rilex rilex je".

But..what I wanted to stress about here is that..I don't really like it when people always always always misjudged me before they even know me. Sangat selalu. Sampai dah biasa dah dengar. Dan dah malas nak layan.

Ada yang cakap sombong. Ada yang cakap garang. Ada yang cakap err...let's not mention it here. Because I don't like it. Cuz I know I'm not! =P

Tapi bila dah kenal, haaa baru tahu siapa sebenarnya nurbayah nih. =P
Aku berani cakap macam tu sebab dah ramai dah yang aku dengar..
Aku bukannya tak boleh nak bergelak ketawa dgn kwn-kwn aku bukan juga aku tak boleh nak bercerita dan berbual Mungkin 'sombong' yg org nampak pada aku tu ialah sikap hati-hati aku..,kerana alhamdulillah aku diberi sedikit nikmat iaitu mampu bergaul dgn semua jenis org tapi aku taknak menggunakan alasan 'just friend' utk aku terlalu
rapat.

Dlm kesempatan ini juga,aku mohon 1001 maaf jika perangai,tingkah laku dan akhlak aku sumbing pada kaca mata anda.Sejujurnya,aku seorang yg mudah memberi maaf tetapi susah utk meminta maaf.Bagi aku,jika aku tak bersalah apa perlunya aku meminta maaf.Jadi kpd sesiapa yg pernah terasa dgn sikap aku, ,aku mohon maaf.Selepas ini aku akan lebih berhati-hati dan memperbaiki akhlak aku.Kesimpulannya,aku bukannya sombong terutamanya kpd mereka-mereka yg mengatakan aku sombong ,tapi aku cuma berhati-hati.Persahabatan(ukhwah) seharusnya menjadi sesuatu yg dpt mendekatkan kita kpd Allah,bukannya menjadi penghalang utk mendekatiNya.Harap maklum.Maaf lagi sekali.

Monday, August 30, 2010

Bendera Malaysia Dibakar...Sungguh Kurang Ajar!!!

alahai...
indonesia...
kita berbudi...
dia buat tuli....
kita bantu....
dia jadi hantu....
kita mengaku serumpun..
dia mintak kita pula mohon ampun...

tak hairanlah..
macam2 bencana Allah turun kat depa..
dari banjir sampai gempa bumi..
bila dah senang..
hadoi..
jalur kita dibakarnya..


puisi di atas dipetik dari blog Mazidul Akmal SideK



Hari tu aku tak sempat buat entry nie..ke ‘busy’ an kerja yg melanda tidak menyempatkan aku mengulas terhangat nie.Rasanya belum terlewat lagi kan!

Pada ketika seluruh umat Islam di negara kita sibuk dengan ibadah puasa, sekali lagi bendera Malaysia yang kita semua cintai dibakar oleh negara jiran kita. Yang mana negara ini adalah negara yang paling hampir dengan negara kita ini iaitu Indonesia! negara yang serumpun dengan negara kita...
Kejadian ini adalah rentetan dari peristiwa penangkapan 3 orang penguatkuasa perikanan negara mereka oleh PDRM di perairan negara kita yang mana penguatkuasa perikanan mereka telah terlebih dahulu menangkap 7 nelayan Malaysia yang didakwa telah mencerobohi perairan negara mereka...(ini kes keliru dan salah faham nie).

Selain membakar bendera Malaysia, pejabat kedutaan Malaysia juga turut diserang, mujurlah tiada pegawai Malaysia yang cedera atau terkorban. sebenarnya perkara ini boleh selesai dengan berbincang, tak perlulah rakyat Indonesia nak bakar bendera dan serang kedutaan Malaysia tue...
Aku pun hairan sungguh dengan sikap segelintir rakyat Indonesia nie, entah kat mana dorang semua letak otak diorang. Nasib baiklah rakyat Malaysia nie penyabar dan masih berfikir mengikut akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah SWT, kalau tidak, tak dapat aku bayangkan apalah yang bakal terjadi...
Mereka sebenarnya tak sedar, ramai jugak rakyat Indonesia yang masuk secara haram ke negara kita ini dan kemudiannya melakukan jenayah seperti merompak, membunuh, merogol, pecah rumah dan sebagainya. Kalau ikutkan hati, memang rakyat Malaysia nie nak halau saja semua rakyat Indonesia yang mencari rezeki kat Malaysia nie, tetapi kita masih ada perikemanusiaan...

Aku harap agar semua rakyat Malaysia jangan terikut-ikut dengan perbuatan segelintir rakyat Indonesia yang membakar bendera negara kita itu. Biarlah mereka bakar, pijak dan mencopkan kita sebagai pengecut. Kalau rakyat negara Malaysia pengecut, tak akan ada rombongan bantuan untuk rakyat Palestin yang sanggup mengadai nyawa demi memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang ditindas oleh Israel...
Adakah rakyat Indonesia tidak mengenangkan bantuan yang sering diberikan kerajaan Malaysia dan juga rakyat Malaysia apabila negara itu ditimpa bencana. Boleh dikatakan negara Malaysialah yang selalunya paling awal jika hendak dibandingkan negara lain menghulurkan bantuan jika negara itu sedang dalam kesusahan. Bukan ingin membangkit, cuma berasa terkilan dengan hal ini...

Besarlah harapan aku agar perkara ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin, nelayan Malaysia pun dah dibebaskan, begitu juga dengan 3 orang penguatkuasa perikanan Indonesia. Biarlah perbincangan isu sempadan Malaysia dan Indonesia nie dibincangkan dengan baik dan cermat...


P/S:aku rasakan, ape kate kalau PM g je halau pendatang asing especially indonesia tu, sebabnyer die orang tu tak tau diuntung...biler susah mulalah nak minta simpati dari kita (malaysia)tapi biler kesilapan sikit mula lah nak heboh satu dunia ni..uishhh naperlah indonesia camtu eark..wat PM Indonesia, telek2lah rakyat yang tak tau diuntung tu k..

SALAM KEMERDEKAAN KE 53




Assalammualaikum & Salam 1 Malysia.
Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-53 yang pada esok hari , saya ingin mengucapkan Selamat Hari Merdeka kepada semua pembaca blog saya tak kira apa bangsa korang ataupun agama yang dianuti sekalipun. Kita adalah 1 MALAYSIA!
Janganlah kita memandang kepada perbezaan antara kita. Lihatlah pada persamaan yang ada pada kita. Persamaan itulah yang akan menguatkan perpaduan kita. Kita memang diciptakan berbilang bangsa dan puak oleh Tuhan yang satu untuk saling mengenali dan menghormati di antara satu dengan yang lain.Akhir kata.. SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE 53 thn.. Semoga merdeka kali ni dapat memerdekakan lagi diri kita. “1 Malaysia Menjana Transformasi “ tema kemerdekaan pada tahun ini.MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!