JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Monday, September 6, 2010

SelaMaT HaRi Rayer AidiLfitri~~@



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Setelah sebulan bertungkus lumus menyempurnakan ibadah puasa, akhirnya kita umat Islam akan menyambut hari raya yg akan menjelang dalam beberapa hari saja lagi…
Aku percaya kebanyakan korang sume dalam keadaan yg sangat ceria untuk bercuti dan seterusnya menyambut Hari Raya Aidilfitri. Rasanya ramai jugak yg sibuk membeli belah barang keperluan dan kelengkapan raya.
Walau apa sekali pun cara sambutan korang, yg penting sekali adalah kesederhanaan dan keikhlasan hati kita menyambut kedatangan Hari yg mulia ini.
Sempena dengan kedatangan hari yg mulia ini, aku ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada tersalah, tersilap, terkurang ajar, tertipu, terkasar bahasa dan tersombong sepanjang perhubungan kita…
Aku juga manusia biasa seperti korang yg takkan lari dari membuat kesilapan… Dan percayalah, bahawa takde orang dalam dunia ni yg SENGAJA nak buat silap… marilah kita buang yg keruh, ambil yg jernih…
Mungkin ramai yg akan memandu pulang ke kampung nanti. Ucapan aku – “Semoga selamat sampai ke destinasi.
Kepada mereka-mereka yg SENGAJA tak mau balik ke kampung, – “Dengarlah lagu raya banyak-banyak. Tangkap syahdu dan nangislah sorang diri…”

No comments:

Post a Comment