JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Wednesday, September 29, 2010

Tanya Sama Pokok , Apa Sebab Goyang …….

(Tanya Pada Hati)



Penyanyi: P. Ramlee
Filem: Anakku Sazali

Tanya sama pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok angin yang goncang,
Tanya sama angin apa sebab goncang,
Nanti jawab angin tanyalah awan.
Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.
Tanya sama hati apa rasa sayang,
Apakah tandanya nampak dipandang,
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya, Mula tanda-tanda hubungan mesra.
Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.
Jikalau tidak kerana sayang,
Kuntuman kasih tak mungkin kembang,
Andai jemu mengganti rindu,
Jambangan rindu tentulah layu.

Lovely melody & beautiful lyrics. Absolute classic!!

Yup..mmg makin hilang ditelan zaman.tapi kitalah yang akan meneruskan legasi budaya sebegini.



Entry nie sebenarnya status aku dalam FB semalam…kesimpulannya ...
BUKANKAH SEGALA PERTANYAAN PASTI AKAN ADA JAWAPANNYA...
YANG PASTINYA TIADA PENGHUJUNGNYA..
SAMADA MELUAHKAN ATAUPUN MENYIMPANNYA ADALAH HAK INDUVIDU ITU SENDIRI..

Tetapi ada segelintir insan suka meyimpannya di hati kerna..

PANDANGAN MATA SELALU MENIPU
PANDANGAN AKAL SELALU TERSILAP
PANDANGAN RAKAN SELALU MERAPU
PANDANGAN NAFSU SELALU MELULU
PANDANGAN HATI ITULAH YANG HAKIKI
ANDAIKATA HATI ITU BERSIH...


YG PASTINYA WANITA SEPERTI AKU LEBIH SUKA MELUAHKANNYA DI DALAM DIARY KERNA ITU LEBIH MENENANGKAN JIWA DAN RAGA TANPA MENYAKITI SESIAPA..:)



P/s: Sebab kita bukan cakap dengan pokok. Kita cakap dengan manusia yang punya hati dan perasaan.

No comments:

Post a Comment