
Semalam adalah hari yang menyatukan impian semua negeri yang pernah dijajah untuk bergabung bagi membentuk sebuah negara yang ada pada hari ini.
Untuk itu, hargai perjuangan pemimpin sebelumnya, jangan ambil mudah kepada usaha mereka, kerana tanpa pemikiran mereka yang “out of the box” lah kita mampu bahagia dan aman hari ini.
Sambutan Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September tahun 2010 ini berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya sebab buat pertama kali kerajaan mengiktirafnya sebagai sambutan peringkat Kebangsaan (cuti umum kebangsaan). Dengan pengiktirafan ini, bermakna pada tahun-tahun akan datang semangat nasionalisme dan sentimen positif rakyat bukan hanya dilahirkan pada 31 Ogos tetapi juga bagi tarikh 16 September setiap tahun.
Dan Mulai tahun ini iaitu tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia..dan mari kita sama-sama menyambut hari Malaysia.
Okey, salam 1 Malaysia dan Selamat Menyambut Hari Malaysia
Aku bangga jadi anak Malaysia!
No comments:
Post a Comment