JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Friday, May 10, 2013

Pemilik Tulang Rusuk..

Bersyukur kepadaNya, Dia menghantarkan seseorang kepada saya.
Kebaikannya menyenangkan hati semua, kematangannya juga menambat hatiku ini..

 Apabila 'seseorang' memilih saya..
Saya terima apa adanya..
Lemah kuat, baik buruk dirinya..
Saya sedar dia hanya insan biasa.

 
Saya bukan mengharap pada rupa, kerna saya tahu saya sendiri bukan rupawan mana.
Bukan juga khazanah dan harta, kerna saya hanya inginkan kehidupan yang sederhana.
Tidak juga mendambakan rayuan dan kata cinta, kerna ternyata kerap mengungkapkan hanya mendatangkan jemu pada empunya.

 
Tapi.. saya sekadar memohon..
Diberi bimbingan dan teguran..
Untuk berdepan dengan kelemahan saya sebagai seorang perempuan.. apatah lagi sebagai insan...
 
 
 Kepada: Pemilik Tulang Rusuk
Daripada: Nurbayah Amirruddin 

Luahan Hati Seorang Isteri untuk Suami


Assalamualaikum wbt.

Kepada suami saya yang tercinta

 
~~yang selalu tersengih dan tersenyum setiap masa =)
 
 
Terima kasih untuk setiap kasih yang awak curahkan,
terima kasih untuk setiap kegembiraan yang awak lakukan,
terima kasih untuk setiap nasihat yang awak ingatkan,
terima kasih untuk setiap duit yang awak hulurkan untuk belanja saya. hehehe...
Mungkin kita baru je masuk ke angka tiga bulan berkahwin, tapi ketahuilah saya sangat bahagia dengan awak.
Saya taknak bahagia kita kekal sampai mati tapi saya nak kita bahagia sampai syurga nanti.
Dan awak mesti tau, setiap kali saya kata "I Love You" saya sangat berharap ada lagi ayat yang lebih super dari tu untuk menggambarkan betapa cintanya saya dekat awak.
Orang akan cakap wanita itu hebat boleh buat macam-macam perkara.
Tapi saya tak rasa macam tu.
Saya rasa saya dapat buat semua benda tu sebab awak ada untuk support saya.
Saya cuma rusuk,. rusuk yang lembut. Yang akan bengkok suatu hari nanti.
Tapi, awaklah orang yang akan tolong pertahankan rusuk itu supaya kuat.
Saya terfikir, betapa mudahnya seorang isteri untuk dapat pahala.
Terima kasih awak sebab awak tolong saya untuk dapatkan pahala tu.
Tapi ketahuilah, saya cuma manusia biasa yang tak sempurna.
Saya mungkin akan melatah.
Tapi saya janji saya tetap akan berusaha untuk jadi yang solehah.
Untuk awak suami saya,
Untuk korang,
Percayalah, ikatan perkahwinan itu terlalu bahagia.
Berkongsi hidup dengan orang yang kita sayang.
Rasa bahagia tu memang takkan sama dengan waktu kita bercouple dulu.


Bagi kawan-kawan saya dan korang yang belum bertemu jodoh,
Saya doakan korang akan dapat isteri/suami yang penyabar.
Sebagaimana korang sabar menunggu kehadiran dia yang istimewa dalam hidup korang.

Amin ya rabbal alamin...


Dari Isteri Azman Shahruddin,
 

Thursday, May 9, 2013

~AJAR! bukan KURANG AJAR~


Most people who insult other people are insecure.

They think that it will make them feel better if they put someone else down, or they insult the other person to take attention off of themselves.

Sometimes people who are angry insult other people because they are not mature enough to think of a different way to handle their anger except to try to start a fight or to try to make the other person feel bad.
 

p/s: May Allah shows a guidance, Selagi kita masih bernafas, Pintu taubat masih lagi terbuka luas.
 
Bila baca, tiba-tiba teringat satu kejadian yang berlaku di tangga office aku, apabila orang orang ni memaki hamun dan mencaci antara satu sama lain, padahal orang yang di maki dan di hamun itu adalah orang yang teraniaya. Apa pun semoga Allah sahaja yang dapat membalas segala tipu helah dan tipu daya awak yer...Tak kuaseee den nak melayan.
 
Kadang kala orang ini memalukan kita kerana dia merasakan kedudukan dia goyah, jadi dia menggunakan senjata ini untuk melemahkan pihak lawannya. Tak kira lah dahulunya mereka ini berkawan 'baik'. Orang-orang seperti ini sanggup menikam rakan baik nya sendiri dari belakang... Ada pula bila kedudukan seseorang itu goyah sanggup menggadaikan 'relationship' yang terbina semata-mata ingin diterima oleh orang sekeliling.
 
Apa pun aku percaya pada Allah, tuhan yang satu. Yang menjadikan langit dan bumi. Dan aku percaya tuhan itu maha adil dan akan memberikan balasan setimpal. Amin~

Dialog TV1 - macho Man from Melaka ;)

 
 
tengok tak sessi dailog semalam?
 
memang MAN..TAP..!!! Good speaker with full of self confidence. Kami memang tak salah dapat satu CM Melaka baru yang begitu mesra serta sangat merendahkan diri. Tahniah Datuk. All the best to you..
 
 
 


Petikan dari Program DIALOG di RTM1 malam tadi bersama KM Melaka, YAB DW Idris Haron....

1- Transitional Leadership & Transformational Leadership
Cabaran kepimpinan utk mengurus & mengekalkan kegemilangan sebelumnya dan transformasi produk & perkhidmatan untuk masa depan rakyat Melaka.

2- Managing Changes
Bagaimana mengurus perubahan dgn cemerlang. Mengambil conroh konsep 7S oleh McKinsey & Co (sykt perunding & penasihat pengurusan ternama dunia)...
Elemen-elemennya ialah strategy, structure, system, skills, style, staff & shared values.

3- Always positive,
Melihat masalah sebagai peluang untuk berjaya....

- Terima kasih YAB atas jawapan & kupasan yang mantap, bernas dan berwawasan.... Semoga berjaya membawa Melaka ke tahap yang lebih tinggi

 
tapi,...yang tak boleh tahan , ada pantun dari tok derih kita nie...
 
asal kapas menjadi benang
benang ditenun menjadi kain
barang yang lepas jangan dikenang
telah menjadi hak orang lain
 sudah puas menanam ubi
nenas juga dipandang orang
sudah puas menanam budi
emas juga dipandang orang
baik-baik menebang jati
biar gebeh jangan tumbang
heii deris kau nak jadi pengganti
biar lebih jangan kurang


TERBAIK PANTUN DARI CM MELAKA..diantara tokoh politik yang aku kagumi..Proud of Him! Pantun Dato penuh bermakna untuk diri sendiri dalam menunaikan tanggugjawab selaku pemimpin di Melaka.YAB Dato' Idris Haron is a complete leader and knows his stuff well. Tahniah YAB on your appointment as Ketua Menteri!
p/s: oh ye,Saya suka soalan akhir yang ditujukn kepada Datuk Wira "siapakah Datin Fadilah Abdullah kepada Datuk". Jawapan Datuk...satu satunya isteri saya. Terbaik Datuk. Sungguh terharu.tahniah mendapat isteri yang sentiasa menyokong dan berkorban dalam apa jua situasi.





Wednesday, May 8, 2013

TOK ALI OH TOK ALI

Tersentap jiwa dan sedih rasa...saya anak kelahiran melaka. saya mencari rezeki di Melaka.. setiap kali saya melalui Air Keroh saya rasa bangga yang teramat....begitu banyak perubahan yang berlaku sepanjang pemerintahan beliau. Setiap tahun  pasti ada yang baru saya lihat....seluruh Melaka diubahnya....Saya bangga dengan Tok Ali. Allah telah mengurniakan kekuatan dan semangat juang dalam tubuh badannya untuk membangunkan melaka. Hidup melaka!






Kalau tidak Tok Ali tak mungkin aku dapat melanjutkan pelajaran dahulu. Ye aku tahu memang bukan duit beliau tapi sekurang-kurangnya beliau bantu anak negeri Melaka dengan tabung pendidikan Melaka untuk meneruskan pengajian dahulu.. Selain itu, jika beliau tiada.. tak mungkin aku dapat melihat mercu tanda ekonomi negeri melaka iaitu MITC dan landskap yang indah di bandaraya Melaka walaupun bandar tersebut dikuasai pembangkang.

"Pohon melaka yg rendang & tenang itu sudah dicantas, tapi Insya Allah ia akan tumbuh semula lebih segar daripada biasa selepas 5 tahun daripada sekarang".

2018 adalah misi kami.. menggegarkan semula seluruh negeri Melaka..
sebagai anak jati Melaka..aku tetap bangga dengan Tok Ali .Semua manusia tak sempurna.. Ape pun yang orang cakap, dia dah jadikan Melaka terkenal di mata dunia jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain.

sebagai  anak jati Melaka,amat sedih sekali sebab ramai anak muda yang tak mengenang  jasa Tok Ali...apa pun perbuatannya yang salah,bukan ini cara kita menghukum..Melaka takkan maju jika tiada ketua sehebat Tok Ali untuk mengemudinya..Pembangkang seperti  DAP hanya menikmati  kemajuan yang ada  selepas semuanya dibangunkan oleh Tok Ali .sanggup jumpa Tok Ali  malam-malam untuk minta itu dan ini..Tapi  akhirnya  pengundi C**A  rupanya menikam dari belakang..Saya amat sedih...sedar lah  wahai anak muda negeri Melaka...jangan seperti  kacang lupakan kulit..

Tok Ali yang terbaik! one of pemimpin yang saya kagumi dan sanjungi, teruskan memimpin rakyat Melaka, ape je yang dia tak lakukan untuk melaka?, segala-galanya dia jalankan, tapi semuanya dah tertulis, Jika ALLAH berkehendakan sesuatu itu trjadi maka akan terjadi la ia, jika tidak, maka tak berlakulah ia, semua ada  hikmahnya, but if can I still want tok ali to be minister for Malacca!! ape pun I still support u Tok Ali!
Petikan  dari satu page yang aku baca.
Dari seorang Fan Yu Sharif
 
Tok Ali saya!
Dia susah dia payah
Segala kudrat semuanya dia kerah
Demi menyuap kehendak rakyat yang tak sudah-sudah
keluar pagi pulang pun pagi semula ke rumah
Kesian..nak jumpa anak bini pun susah
Tok Ali saya!
Disaat dihantarkan surat menjemput kemana-mana
Tiada balasan ataupun mungkin dia lupa
Namun bila sampai masa majlis bermula
Dapat panggilan bahawa CM nak tiba
Besar sungguh hati dia sebagai pemimpin yang berjiwa!
Sebab itu saya selalu bangga dan menyampaikan pada semua
Yang Ketua Menteri saya selalu menjaga anak muda
Tok Ali saya!

Walaupun selalu lambat datang kemana majlis rakyatnya
Pernah juga terdetik dihati ...’tidur di rumah ke?’
Namun setelah lama kenal dan memahami jadualnya
Baru saya tahu siapa dia apa tuntutan kerjanya
Dia lambat bukan kerana dia menyimpang arahnya
Tapi dia lambat kerana berusaha memenuhi jadual sebaiknya
Tidak mahu rakyatnya kecewa dengan ketidakhadirannya
Namun tidak semua sempurna dan kegagalan itu tetap ada
Salam dan maaf tak pernah lupa dikirimkan buat semua
Tok Ali saya!
Hari semalam hari kekalahan dia!
Namun bukan bererti dia kalah selama-lamanya
Di hati rakyat kamu tetap perwira!
Teruskan perjalanan rehatkanlah jiwa
Semoga Allah membalas kebaikan semua
Kalah atau menang belakang cerita
Budi dan jasa takkan pernah dilupakan
Semoga diberikan nanti istimewa
Didunia mahupun di akhirat sana
Semoga dipanjangkan usia dan diberkatinya!
Jumpa lagi di lain masa
Kamu tetap Tok Ali kesayangan saya!
 YANG BENAR
....................
(SAYA INI ANAK MELAKA)

 
 
Nota hatiku: setiap tahun sebelum menjelangnya  aidilfitri, wajib bagiku sebagai AJK bahagian menerima kad ucapan hari raya dari Tok Ali sekeluarga...tapi tahun nie???adakah LEGASI Tok Ali akan meneruskan tradisi ini?? :'(..Tok Derih nak bagi saya tak??huhu..
masih sedih dan terkilan.tunggu seminggu baru terubat :’(



Tahniah Dan Terima Kasih


YANG BERHORMAT DATUK IDRIS HARON


 
Datuk Wira Idris Haron telah mengangkat sumpah sebagai Yang Amat Berhormat Ketua Melaka yang baru semalam.Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang Di Pertua Negeri Melaka, Tun Khalil di Ayer Keroh.Syabas dan tahniah. Selamat menjalankan tugas.
 
Pada PRU-13, Idris menewaskan calon PKR, Asri Buang di Sungai Udang dengan majoriti 9,131 undi.Idris adalah lulusan University of Texas, Amerika Syarikat (AS) dalam bidang kejuruteraan elektrik dan pernah menjadi Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.
 
Beliau adalah juga Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad hingga hari ini.

DATUK SERI MOHD ALI RUSTAM



Terima kasih Datuk Seri atas jasa Datuk Seri pada bumi Melaka sepanjang berkhidmat 13 tahun ini. Hanya mereka yang bekerja dengan Datuk Seri sahaja yang tahu betapa gigihnya Datuk Seri bekerja selama ini membangunkan negeri Melaka ini..In shaa Allah, semoga pengganti Datuk Seri mampu menyambung tradisi budaya kerja Datuk Seri selama ini. Terima kasih sekali lagi.


Tipulah kalau aku kata aku tak sedih Datuk Seri Mohd Ali Rustam kalah mengejut kali ini. Tersentap rasanya bila terima keputusan undi. Hanya mereka yang berada di kediamannya semalam sahaja yang tahu betapa kecewanya Datuk Seri hari tu. Kecewa sebab dikhianati oleh bangsa sendiri dan kaum satu lagi.



P/S : Tahniah!!! Dato Idris Haron seperti yang dijangkakan bahawa Dato lebih layak menduduki takhta ketua menteri... InshaaAllah melaka akan bertambah maju dibawah kepimpinan dato....
Nak tau tak, Dato Idris Harun juga adalah salah seorang pemimpin idola politik yang aku kagumi sejak dari awal pembabitannya lagi...

Hidup Tok Derih !!!!


Tuesday, May 7, 2013

SEPOTONG AYAT, TERLUKA SEPANJANG HAYAT..

Kadang-kadang.... kita tak sedar hanya dengan SEPOTONG AYAT, mampu membuat orang TERLUKA SEPANJANG HAYAT..

Maka, berhati-hatilah berkata.. Gunakan HAK BERFIKIR sebelum HAK BERSUARA... :)

**fikir dulu sebelum cakap... Luka dijari nampak dimata... Luka dihati tiada siapa yang tahu.....