JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Thursday, September 27, 2012

kecoh

dunia makin kecoh. dosa berbakul-bakul. suka jaga tepi kain orang lain. apehal? please jaga tepi kain sendiri la! mana tahu ada yang terkoyak ke. cermin muka tu dulu. mana tahu ada cacat cela. apa-apa pun ,all of us are in the same level. darjat, kekayaan, dan lain-lain tak penting. yang penting keimanan kepada yang Esa. tapi macam mana nak capai tahap itu jika nilai-nilai murni kita tak amalkan? hingga semua yang terdekat sendiri pun nak bermusuh-musuh. mengata orang tak habis-habis. orang semua tak betul..engkau ajer yang betul..suka cari kesalahan orang lain walaupun terbukti engkau lah punca segala masalah.. dan lagi satu, keikhlasan. Ikhlas ke jika kita tolong orang, tapi satu dunia cerita kepada orang lain? pikir la sendiri !

Wednesday, September 26, 2012

Selamat tinggal SEPTEMBER!!

Bulan yang banyak kenangan manis ,perkara yang menggembirakan,
Kenangan baru , pengajaran baru,

Memberikan seribu makna dalam hidup saya.

Semoga saya bertemu lagi September tahun hadapan.

Mungkin lebih indah dan bermakna bagi KAMI.

Jika berjumpa lagi age saya sudah meningkat..hihihii.
Erm,kalau target sesuatu yang tak dijangka boleh tak??hihiii…
Saya nak target pada tahun seterusnya yang saya akan berkahwin & ada zuriat =) itu target je…

Itu semua adalah impian => SEBELUM MENJELANG HARI AKAD NIKAH
InsyaAllah itu doa saya…

Saya hanya mampu berdoa dan pasrah je , saya yakin sang pencipta
Sentiasa mendengar doa dan bisikan hati saya , kalau tidak sudah pasti
Saya akan bersedih sepanjang hidup saya walaupun saya di duga
Dengan pelbagai cabaran,masalah dan halangan didalam kehidupan sebelum ini..

Saya manusia biasa,lemah di pentas dunia nie…
Namun, sentiasa berusaha menjadi yang terbaik walaupun saya memang
Tak mampu jadi yang terbaik..

Selamat tinggal September,saya bahagia melalui hari-hari sepanjang Sweet September ini…

Tuesday, September 25, 2012

JOM..Renovate HATI kita


Bila melihat "orang lain" mempunyai "masalah hati", kita jangan hukum dia tapi ambil ia sebagai ingatan penting buat diri sendiri. Apa yang kita "nampak" pada orang ditakuti adalah apa yang ada dalam diri kita. Mohon Allah swt bantu untuk perbaiki hati-hati kita. What you saw exist outside of you, most probably exist in you! Perbaikinya dengan perbanyakkan Selawat ke atas Rasulullah saw, keluarga dan sahabat.. (mood muhasabah diri)

Monday, September 24, 2012

Rahsia Kebahagiaan Rumah Tangga Rasulullah


~Sunnah Rasululullah s.a.w bagi pasangan yang baru berkahwin..suami meletakkan tangan di ubun kepala isteri,dan berdoa :
"Ya Allah aku memohon kepadaMu kebaikkannya dan kebaikkan segala yang Engkau ciptakan pada dirinya..Dan aku berlindung kepadaMu daripada keburukkannya dan segala keburukkan yang Engkau ciptakan pada dirinya..(Riwayat Abu Daud)~


praktikkan ek? :)
Kalau ikut psikologi pun tindakan ini membuatkan isteri merasa tenteram dan tenang lantas mengikut semua cakap suami dan menanamkan sayang pada suami. Hehe

Thursday, September 20, 2012

Sebelum Aku Bernikah

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.”Surah An-Nur ayat 32.

Sebelum aku bernikah , aku harus memperbaiki diri aku untuk menjadi yang lebih baik . Semoga usaha aku dipermudahkan dan dirahmati Allah..antara checklist yang sedikit ini antara peringatan buat aku sendiri sebenarnya , sekurang-kurangnya aku nak jadi orang yang istiqamah untuk menjadi yang lebih baik..amin ..

1) Menjaga hubungan dengan Allah : banyakkan komunikasi dengan Allah..doa , solat , zikir..kalau kita dekat dengan Allah , Insyaallah Allah takkan pernah jauh dari kita.. ^_^

2) Menjaga Solat : bukan setakat penuhkan solat , tapi menjaga waktu solat.. jangan lengah-lengahkan solat..kalau yang mana tertinggal kena qada segera..!!

3) Menjaga maruah diri : kena jaga diri .. setiap langkah , pergerakan , tutur kata kita sebagai wanita membawa maruah keluarga..lebih-lebih lagi parent kita sendiri..sekarang ni bukan setakat dengan family sendiri , tapi maruah kita melibatkan bakal family kita ..

4) Jadi orang yang kuat , buang sifat mazmumah dan suburkan sifat mahmudah dalam diri : nak jadi orang yang kuat mental..bukan seorang yang emotional..aku kena jadi orang yang kuat..sebab aku akan menjadi seorang isteri dan ibu kepada anak-anak kami nanti..kalau ibu nya tak kuat , camne anak-anak nak jadi orang yang kuat .. so kuatkan semangat..kuatkan hati ..kuatkan iman ye cik nurbayah..jadikan aku isteri yang baik menjadi penyejuk mata , penenang , mendamaikan , membahagiakan , menyenangkan , menjaga baik hubungan dengan ayah & mak serta keluarga dan keluarga mertua..jadikan aku ibu yang baik menjadi contoh yang terbaik buat anak-anakku..kurniakan aku suami yang penyayang , bertanggungjawab , dan yang terbaik buat ku serta menjadi imam untuk solat ku..kurniakan aku anak-anak yang soleh & solehah , serta kuturunan yang baik-baik, beragama dan berilmu..amin..

5) Menjaga hubungan dengan orang sekeliling : Aku perlu saling menjaga hubungan aku dengan keluarga , saudara mara , sahabat dan semua yang ada disekeliling.Sebab menjaga hubungan dengan orang sekeliling ini lah juga yang akan saling mendoakan kesejahteraan & kebahagiaan kita semua.Jauhi permusuhan dan persengketaan .

6) Khatam quran lagi : bukan setakat nak khatamkan lagi jek..tapi nak kuatkan hukum tajwid..sebab tu sangat penting..kalau khatam banyak kali tapi tajwid banyak salah pun tak ok , esok-esok nak mengajar anak-anak mengaji pulak..so teruskan usaha ye cik nurbayah !!

7) Jangan malas makeup : ermmm..makeup..letak bedak pun kira makeup jugak kan ..?huhu..yelaaa..lipstik tu aku tak pernah teringin nak ada..tapi lipice ada la..jadilah kan ..ok-ok..baikla…sedaya upaya aku akan berusaha untuk tidak malas makeup..huhu ..

8) Buang malas masak masakan bersantan : oklah ..aku ni kurang sikit masakan bersantan..aku suka masak yang goring-goreng dan tumis-tumis jek..macam goreng sambal , asam pedas , masak kicap , tu boleh la layan lagi..tapi masak kari kureng sikit..aku bukan tak suka masak menu yang bersantan , tapi kurang pandai mengagak-agak keperluannya dalam masakan..kang terkurang cair pulak , terlebih pekat pulaks.. huhu..

9) Belajar uruskan masa dengan baik : Sebenarnya aku sepatutnya bersyukur duduk dengan family..kerja & urusan rumah banyak diselesaikan oleh mak..balik-balik makan malam dah ada..esok-esok kalau dah berkeluarga , semuanya harus diuruskan sendiri .. kerja + belajar + mengurus keluarga..kena betul-betul pandai manage.. kalau sebelum nie , kerja-kerja rumah biasanya aku uruskan hari weekend jek..time tulah nak mengemas bilik ke bilik , basuh pinggan , basuh baju , sidai baju penuhkan ampai ..dan segala yang berkait dengan urusan rumah..tapi esok-esok dah berkeluarga , takkan semua kerja-kerja dan urusan rumah perlu dikumpulkan weekend..? hahaha..
( harap-haraplah dapat suami yang memahami & bertimbang rasa..amin..boleh dating sama-sama buat kerja rumah..lagi sweet dan romantik gitu..kan..kan.. )

10) Belajar teknik berbincang & komunikasi yang baik : Perkara penting gak ni , sebab aku tak boleh nak buat perangai lama .. memendam perasaan sendiri .. tak boleh gitu .. aku nampak effect nya pada aku dan hubungan aku dengan orang-orang yang aku sayang .. Komunikasi & berbincang sangat penting dalam urusan berkeluarga .. kadang-kadang kurang komunikasi boleh mengundang masalah kronik dalam family .. dan akhirnya nanti wujudlah masalah tak persefahaman..( harap-haraplah bakal suami aku seorang yang sabar dalam menjadi nakhoda family kami nanti .. amin .. )

~ banyak lagi sebenarnya..tapi ini antaranya..esok-esok kalau ada apa-apa yang perlu diperbaiki lagi , mungkin lebih dari ini..huhuhu..belajar ye nurbayah..belajar untuk menjadi yang lebih baik..amin..

Wednesday, September 19, 2012

Sweet September

Ya Allah,
Limpahkanlah rasa cinta kepada kami,
Yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah
Yang Kau jadikan mata air kasih sayang
Ali bin Abi Thalib dan Fatihmah Az Zahra
Yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.

Alhamdulillah..selesai majlis pertunangan kami pada 15 September 2012..dan akhirnya dengan izin dariNYA majlis berjalan dengan baik dan dipermudahkan..Selesai episode cerita..akan datang banyak lagi episod yang harus kami jalani bersama.

Dia bakal suami ku..Alhamdulillah dengan restu keluarga , doa-doa dari sahabat.. kami berjalan meneruskan langkah ..

Checklist kami sangat penuh, macam-macam perlu untuk diusahakan.Semoga Allah permudahkan perjalanan kami ke langkah seterusnya.Yang pastinya lebih penuh dengan ujian & cabaran.Semoga kami terus kuat, dan kuat untuk menghadapi semuanya.Dalam tempoh ini, belajar memperbaiki diri sendiri.Menjadi yang lebih baik.

Ya Allah, restuilah perjalanan kami ini.Kurniakan kami rahmatmu dalam mengharungi perjalanan akan datang .Insyaallah,kami akan usahakan yang terbaik untuk menuju ke jalan Mu .. Bimbinglah kami ,untuk menjadi yang lebih baik.Pegang kuat-kuat hati kami supaya kami tak mudah berubah hati..tetapkan iman kami,jangan biar ia goyah. Iringilah perjalanan dengan rahmat dan hidayah Mu..Terangilah jalan kami.. Senangkanlah segala yang sukar buat kami..Berilah segala kemudahan buat kami.. Lindungilah kami..Murahkan rezeki kami,rezeki keluarga kami..satukan hati-hati kami..satukan hati keluarga kami..lembutkanlah hati kedua ibu bapa kami.Jauhilah kami dari fitnah,jauhilah kami dari dengki dan khianat yang lain.Lindungi kami dan keluarga kami.Makbulkanlah doa-doa kami ini.Amin Ya Rabb .

" Ya Allah Engkau mengetahui hati-hati ini
telah berkumpul kerana kasihkan mu
bertemu dan patuh padaMu
bersatu memikul dakwahMu
hati-hati ini telah berjanji setia
mendaulat dan menyokong syariatMu
maka eratkanlah akan ikatannya
kekalkan kemesraan hati ini
tunjukkan ia jalan yang sebenar
limpahkan dengan cahaya bagiMu
yang tak pernah padam
dan lapangkan dengan iman "

Selepas menyarung cincin,selesai maghrib,Kak Syarah menelefonku dan mengingatkan aku untuk melakukan sujud syukur.Ya Allah,aku bersyukur didampingi seorang sahabat yang saling mengingati aku saat aku dalam kesulitan mahupun saat kebahagiaanku. Lindungilah sahabatku ini,bahagiakanlah hati nya dan temukanlah Kak Syarah jodoh yang baik.Amin..Insyaallah..

Cincin ini sangat bernilai buat aku,bukan kerana harga nya tetapi amat bernilai buat aku kerana ia hadiah dari orang yang aku sayang.. bagi aku,nilai kasih sayang nya pada aku yang sangat bermakna buatku.Permudahkanlah jalan kami Ya Allah..restuilah perjalanan kami..Amin ..

Semoga Allah permudahkan segala urusan kami..Amin..

TAKDIR ALLAH ITU INDAH :))



Thursday, September 13, 2012

Update terakhir di blog sebelum menjadi tunangan orang. Doakan kami!

Ini adalah update terakhir di blog sebelum menjadi tunangan orang pada tarikh ??/9/2012 insyaAllah..doakan segalanya berjalan dengan lancar…pertemuan dengan si dia juga sedang dihadkan. Hari majlis berlangsung baru bertemu.

Sedikit Catatan Awal:
memang saje aku buat tajuk entry di atas hanya kerana catatan diri sendiri dan meraikan bahagia yang Allah pinjamkan.Amin.
Bahagia
Bila diri dilamar menjadi isteri
Gembira.
Bila bakal mertua merisik kita dan kenal-kenal keluarga
Terharu.
Bila keluarga dan sahabat handai turun padang bantu apa yang patut

InsyaAllah
dalam masa terdekat nie aku bakal bertukar status menjadi tunangan orang.
Amin..


Nervous.jantung dup dap dup dap jer… Baru tahu macam nie rupanya perasaan bila dah dekat-dekat majlis. Nie baru tunang nie, belum lagi majlis kahwin.Bukan tak sabar, tapi banyak benda lagi belum sempurna. Hantaran 80% jer dah buat.Tiba-tiba rasa ngeri pula bakal bergelar tunang orang.Keluar dari comfort zone.Tu lah nak kahwin sangat kan.Hambek.Tapi realitinya saya bahagia dan gembira.Memang seronok dan mencabar pada masa yang sama. Sekarang memang lah nampak seronok, tapi esok-esok macam mana pula kan? Yang penting kita kena sama-sama positif, optimistic dan apa yang penting..... kerjasama! Semestinya :P

Once dah settle InsyaAllah aku akan share all the pictures here.Bye all.jumpa lagi.Mohon doakan semoga semua berjalan lancar ya!