JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Friday, February 28, 2014

Mencium Tangan Suami

Amalkan selalu BERSALAMAN sambil MENCIUM TANGAN SUAMI setiap kali hendak ke mana-mana.


HIKMAHNYA:

Ada beberapa RAHSIA KEBERKATAN disebalik amalan tersebut selain ianya sebagai ADAB tanda HORMAT ISTERI kepada seorang SUAMI. 


Dan yang terbaiknya KUCUPAN SAYANG dengan syarat dijaga adab-adabnya, antaranya tidak dilakukan dikhalayak ramai bagi menjaga MARUAH dan mengelakkan FITNAH.


P/S : Saya sangat sayang suami saya !! suami saya terbaik di dunia & akhirat. InshaAllah..Amin..

hati yang disakiti

Ya Allah Ya Tuhanku,
 
Buangkanlah rasa sakit dari hati ku ini...
Hindarkan lah aku dari perasaan benci, iri dan sakit hati ini...
Sesungguhnya perasaan itu amat membebankan diriku
Amat menyesakkan perasaanku...
 
Ya Allah Ya Tuhanku,
Berhari aku cuba memadam perasaan amarah ini..
Namun imanku belum begitu kuat untuk menepis hasutan hitam...
Hanya padaMu sahaja yang mampu membuang perasaan sakit ini dari hatiku...
 
Bantu lah aku Ya Allah,
Keluarkan aku dari perasaan sakit ini...




sakit kerana disakiti~ tu satu perkara...
sakit kerana tak berjaya membuang perasaan disakiti tu sebenarnya lebih menyakitkan... mungkin kerana selalunya air mata akan mengalir keluar membuang dan membasuh semua kesakitan itu..
tapi...
kali ini tiada air mata yang tumpah...
maka kerana itu kesakitan ini tidak hilang?...
jika begitu,
aku lebih suka menangis...
menangis bukan bererti aku lemah..
menangis tandanya aku kuat untuk terus melangkah...
bukan macam sekarang...
perasaan yang membuatkan aku rasa sangat down ..
semuanya serba tak kena..

Wednesday, February 26, 2014

Salah Siapa?

Hai. Today is a happy and a sad day.  Hidup ni Indah. Ada masa gembira. Ada masa duka.  By the end of the day, benda-benda camni mematangkan kita.


Sebab, bila sesuatu kejadian/peristiwa terjadi, ia buat kita berfikir lagi dan lagi.  Kita kupas intipati peristiwa, kita cari punca hingga ke akar umbinya.  Then kita rawat punca agar ia kembali molek dan sempurna.  Kalau tak rawat punca, makin teruk la jawabnya, kan. Tapi kebanyakan orang jarang nak rawat punca .. malah hanya mencari orang lain untuk disalahkan sahaja.  Then things go hairwire.  Konflik terus membesar dan akhirnya ????


Hurmmm .. saya dah penat. I let them win.  Whatever la apa nak kata, i pasrah terima. I'm to tired with all the drama.  I'm to weak to fight. I have lose all the strength. Cakap berulang-ulang, repetitions so many times, mesej tetap tak sampai.  Tired. Frustrated.


Betul kawan saya cakap .. kadang kita perlu jadi lilin. Kita bakar diri untuk terangi kegelapan orang lain tapi akhirnya kita juga yang dipersalah.  Lelah. Sungguh lelah.


Bertabah lah wahai Emosi.  Jangan sakit hati. Jangan sampai benci.

Tuesday, February 25, 2014

Patutlah..

Assalamualaikum..


Sejak beberapa hari ni, dalam kepala penuh dengan berbagai perkara. Itu, ini, begitu, begini. Semuanya mahu difikirkan. Emosi pun sekejap stabil, sekejap nanti kiok he..he.. Mood pula hurmmm.. Okeynya sekejap, kelautnya memanjang ha..ha.. Benda kecil pun ada rasa nak marah. Hal tak penting pun nak ambil kisah. Tercuit sikit, tersentapnya lebih.


Sebagai wanita, setiap bulan perkara yang sama selalu akan dilalui. Bila tengok kalender, barulah tersedar sendiri. Oh... patutlah... (yang faham tu fahamlah ya.. yang tidak tu, abaikan saja. Tak penting pun).


Salam hormat untuk semua. InsyaAllah semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan selalu ada  untuk kita semua. Take care and have a nice day. 

Thursday, February 20, 2014

Super Bizi Week

Sorry for not writing. Sekarang pun masih letih dan bizi tapi rindu. Rindu sangat-sangat nak meluah rasa di Blog ini. Sambil melepas lelah, sambil jari-jari halus mengetuk keyboard Dell ini.




Dari Isnin sampai ke Jumaat ,tak ada sehari pun saya berehat. Tiap hari ada urusan, tiap hari ada hal. Dengan management project berlambak-lambak semua mesti submit minggu ni.




Dalam hidup kita, ada berita sedih, ada berita gembira. Alhamdulillah untuk sebuah perjalanan kehidupan yang begitu indah. Bukan semua orang berpeluang untuk melalui pengalaman sebegini.  Allah Swt ada sebabnya tersendiri memilih kita.




Till then, keep on reading coz i have a lot to write.  Ada banyak benda nak kongsi, ada banyak kenangan hari tua nak tulis kat sini. Tapi nanti-nanti, sebab sekarang i need to rest and re-charge. Esok, 21/02 nak bangun pagi and sambung project yang tertangguh lagi. Mudah-mudahan saya kuat. In Sha Allah. Amin.

Wednesday, February 19, 2014

Salah jawatan?


Tak tau lah aku sorang je ke atau ramai lagi yang mengalami masalah yang sama.
Pegilah mana-mana  pun, mesti jawatan didalam engineering department ni jawatan yang agak panas.
Mesti ramai yang cakap jawatan ni takde keja.
Mesti ramai yang cakap jawatan ni tak tau buat keja.
Mesti ramai jugak yang tak berapa suka budak-budak department ni.
Maka, menjadilah seekor kera sumbang (aku tak!)

Senario jadi kera sumbang tu tak terjadilah kepada aku.

Tapi senario lain tu terjadi jer.
Sikit-sikit nak kecoh pasal engineering department takde kerja.
Aku sendiri tak paham nak buat apa lagi untuk nampak banyak kerja.

Kalau duduk kat tempat aku ni taulah betapa sakitnya emosi mental.

Kena jumpa ramai manusia.
Kena bercakap dengan ramai manusia.
Kalau tak kenal pun kena buat-buat kenal.
Kalau tak mesra pun kena buat-buat mesra.
 
Bukan senang nak kerja dengan manusia yang bergelar bos ni.
Dahlah tentu-tentu kena report dia.
Nak dengar arahan dia, kadang-kadang arahan tak masuk akal.
Selalu-selalu jugak kena marah tanpa sebab.
Dan yang paling susah biler nak menyimpan segala rahsia.
Susah tau!

Ada lagi beberapa tahun nak pencen.
Giler lah!

Friday, February 14, 2014

Isu Aurat - Debat Ustaz vs Gadis Liberal

Gadis Liberal :
“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”

Ustaz :
“Ok silakan……what you want to know…”

Gadis Liberal :
“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?

Ustaz :
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!

Gadis Liberal :
“No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai wanita yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”

Ustaz :
“Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina”

Gadis Liberal :
“Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”

“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”

Ustaz :
“Hai….macam perli saya aje ni….?”

Gadis Liberal :
“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”

Ustaz :
“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka”

Gadis Liberal :
“Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”

Ustaz :
“Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….

“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?” Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”

Gadis Liberal :
“Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”

Ustaz :
“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”

“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”

Gadis Liberal :
“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”

Ustaz :

“Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!….menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”

“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”

Gadis Liberal :
“Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”

Ustaz :
“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”

“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”

Gadis Liberal :
“Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”

Ustaz :
“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”

“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”

Gadis Liberal :
“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..”

Ustaz :
“Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”

Gadis Liberal :
“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”

Ustaz :
“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!”