Assalamualaikum..
Sejak beberapa hari ni, dalam kepala
penuh dengan berbagai perkara. Itu, ini, begitu, begini. Semuanya mahu
difikirkan. Emosi pun sekejap stabil, sekejap nanti kiok he..he.. Mood pula
hurmmm.. Okeynya sekejap, kelautnya memanjang ha..ha.. Benda kecil pun ada rasa
nak marah. Hal tak penting pun nak ambil kisah. Tercuit sikit, tersentapnya
lebih.
Sebagai wanita, setiap bulan perkara
yang sama selalu akan dilalui. Bila tengok kalender, barulah tersedar sendiri.
Oh... patutlah... (yang faham tu fahamlah ya.. yang tidak tu, abaikan saja. Tak
penting pun).
Salam hormat untuk semua. InsyaAllah semoga rahmat dan kasih
sayang ALLAH akan selalu ada untuk kita semua. Take care and have a nice
day.
No comments:
Post a Comment