Aku bukan lah nak story bab agama dalam-dalam dekat entri aku kali nie, aku pun bukan terer sangat, tapi kalau perkara-perkara asas tu boleh la aku ajar. Kalau dah masuk bab yang mendalam korang kena la tanya ustaz atau ustazah yang arif bab-bab agama nie. Tak lah korang terbabas dari landasan yang sebenarnya.
Tadi time aku duduk seorang diri tiba-tiba aku teringat satu hadis tentang sifat 'malu'.
'Malu & Iman saling berkaitan. hilang satu, hilang semua'
إِذَا لَمْ تَسْتَحِ فَاصْنَعْ مَا شِئْتَ
'Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu'.
Ustazah aku masa sekolah dahulu selalu ulang benda nie sampai sekarang aku ingat nama dia ‘ustazah sharifah’ (dah jadi arwah).
Aku sebenarnya sedih bila dapat tahu ramai kawan-kawan zaman persekolahanku dahulu yang sangat berani share gambar peribadi yang tak perlu share dengan sesiapa pun sebenarnya.jangan disalahkan tudung itu seharusnya akhlak yang harus diperbetulkan.
Ustazah selalu sangat pesan, sampai terserap masuk dalam otak nie.
'Hilangnya malu seorang wanita itu sangat berbahaya. malu itu tembok. Malu sejati ialah malu yang didorong oleh perasaan lman kepada Allah.'
p/s :jadinya tak salah kalau dari dahulu aku yang terkenal dengan sifat Pemalu aku tuu....huhuhu angkat bakul sendiri...
No comments:
Post a Comment