JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Tuesday, February 11, 2014

Setiap orang


Setiap orang ada bahagian masing-masing. Setiap orang ada rezeki masing-masing. Setiap orang ada waktu susah dan senang masing. Setiap orang akan lalui waktu derita dan bahagia.

Cuma waktunya tidak sama bagi setiap orang. Setiap orang akan diuji olehNya.

Bila bercerita dengan orang tentang kesedihan kita, dengarkan nasihat yang di beri. Belajar untuk menerima. Bukannya di balas dengan “kau tak faham apa yang aku rasa. Dia tak faham apa yang aku rasa. Tak ada siapa yang faham apa yang aku rasa”. Kerana bukan kau seorang yang pernah melalui jalan itu.

Jangan merungut bila di uji kerana Allah pasti akan memberi ganjaran di kemudian hari. Dan jangan lupa untuk mengucapkan syukur bila di dalam kesenangan dan jangan leka kerana Allah boleh menarik segala-galanya dalam sekelip mata...."

P/s: Sesungguhnya aku amat bersyukur, redha & ikhlas dengan ketentuan Mu ya Allah...

No comments:

Post a Comment