Aku menulis kerana hobi.
Aku menulis kerana aku suka menulis.
Daripada sekolah menengah lagi,
aku memang rajin menulis.
Otakku lebih cekap menulis daripada bercakap.
Sepatah perkataan keluar daripada mulutku,
Dua tiga perkataan aku dah siap tulis
Aku ada buku diari kehidupanku.
Daripada sekolah menengah,
Sampai sambung habis sekolah ke tempat belajar.
Kerana kesibukan,
aku berhenti menulis lepas berkerja.
Tapi bila aku duduk di lab sendiri ,
Aku mula menulis semula.
Menulis untuk hilangkan kebosanan.
Menulis untuk mencatat kehidupan diri sendiri.
Tahun 2010.
Aku mula serius menulis blog ini.
Aku cerita tentang apa sahaja.
Aku menulis tentang apa yang terlintas dikepala.
Aku menulis tentang apa yang aku lihat.
Aku menulis tentang apa yang aku alami.
Mula-mula aku tulis syok sendiri.
Lama-kelamaan,
bila ramai yang membacanya,
aku mula menulis tentang orang lain.
Aku tak memaksa orang membaca tulisanku.
Aku tak memaksa orang menyukai tulisanku.
Beberapa kali aku cuba berhenti menulis.
Terutama bila mendapat komen-komen negatif.
Tapi tak boleh.
Menulis dah menjadi sebahagian daripada diriku.
Adat manusia dijadikan Tuhan.
Sentiasa berbeza pendapat.
Itulah keistimewaan ciptaanNya.
Untuk menjadi manusia yang berjaya,
kita perlu sedia menerima pendapat orang.
Tak semestinya kita betul sentiasa.
Aku suka membaca tulisan karya Pahroul Mohamad Juoi.
Idea-ideanya bernas.
Pengolahan ceritanya dalam.
Pengamatannya sangat teliti.
Dan paling aku suka,
Ayat-sayat sarkastiknya.
Jadi aku
cuba menulis sepertinya.
No comments:
Post a Comment