Menjelang akhir tahun, ada banyak persediaan
yang sudah dijangka bakal dilakukan di tempat kerja saya. Semakin ramai yang masuk
di tempat kerja saya, semakin macam-macam jenis karenah yang saya lihat.
Knowing me... harus bersetuju saya bukan jenis suka nak lepak dengan mereka
walaupun saya ni sebenarnya kalau diikutkan peramah tahap Gaban. Bukan saya
sombong, tapi saya jenis tak suka. Tak kuasa nak tahu orang tu dari mana,
tinggal mana, laki kerja apa, anak berapa dan paling tak tahan bila ada yang
jadi pot sehingga tahap bertanya pada orang baru, "Masuk sini gaji
berapa?"
Please... itu bukan soalan sesuai dan bukan
soalan pengenalan samada dari orang lama kepada orang baru.Tapi itulah juga
yang saya dok perati. Ada spesis yang merimaskan, cukup rajin nak soal-siasat
orang baru.
Dan rasa bangga plak tu, menjadi orang
pertama dapat tahu maklumat orang baru. Heeee saya tak berminat nak tahu pun.
Latar belakang secara asas cukuplah. Tak perlu nak interview orang sampai ke
tahap mak bapak, laki bini, asal usul segala. Orang lain saya tak tahu
penerimaan, tapi saya tak gemar bab sebegitu.
Bagi saya, sekadar tahu nama adalah memadai untuk
hari-hari pertama. Minggu ke minggu boleh ditambah jika orang baru sudi nak
bercerita. Jangan jadi wartawan tak bergaji.
Saya dah pernah kena dulu. Terperanjat juga
saya bila hari pertama saya masuk dulu, saya diaju begitu banyak soalan
sehingga saya rimas. Paling best, ada sorang kakak mulut lepas yang tanya
sambil buat andaian sendiri, "Cepatnya awak dapat masuk sini. Tak perlu
2nd interview pun. Kalau orang lain nak mintak department ni, bukan main
cerewet lagi majikan awak.tapis punya tapis..." Haaarrr??
Ada ketika kita terasa hati bila orang
seperti merendahkan kebolehan kita. Tapi pengalaman dan faktor usia mendidik
saya untuk bersabar dan bersedia. Biar orang judgmental kita di peringkat awal.
Lama-lama orang akan melihat dan menilai sendiri akan beberapa kebolehan kita.
Saya sangat yakin bab itu. Saya dah berjaya membuktikan beberapa perkara. Bukan
kerana nak mereka nilai, tapi kerana faktanya memang begitu.
Saya belajar banyak benda bila berada di bawah bumbung yang besar lagi luas
ini. Karenah manusia jangan dilayan sangat. Tutup mata sebelah, tutup telinga
sebelah. Dan jangan fikir.