JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Friday, June 1, 2012

Cinta ini akan kami jaga


Dari masa ke semasa kehidupan sentiasa akan berubah dan banyak merubah perkara-perkara sekeliling..Samada berubah kearah yang lebih baik atau sebalik nya.
Untuk masa hadapan yang mahu di tempuhi bersama, hari ini kami terpaksa berjauhan buat seketika..Tapi kalau ikutkan tak la jauh sangat pun, dalam 2 jam pun dah boleh jumpa..
Tapi kami berdua sentiasa berpesan antara satu sama lain, jaga lah hubungan ini sebaik mungkin. Tepis lah segala dugaan yang akan mengugat hubungan yang di bina ini demi sebuah kebahagian masa depan bersama. Kerana kami tahu cinta ini bukan cinta remaja, tapi cinta dewasa yang punya hala tuju kearah mahligai bahagia..
Maka insyaAllah, cinta ini akan sentiasa kekal di hati kami..

Cinta kami tak akan pernah berubah.. InsyaAllah! InsyaAllah! InsyaAllah!
Cinta kami keranaMu ya Allah !

Terima kasih Ya Allah kerana memberikan kebahagiaan ini..

P/S : Sesungguhnya Dia yang memberi kita segalanya. Dia yang menitipkan rasa cinta di dalam hati untuk di rasai kasih sayang, untuk rasa di hargai dan di cintai.Justeru itu, pohon lah restu yang berterusan dari Nya semoga cinta yang Dia berikan kekal menjadi milik kita sehingga nafas yang terakhir…

No comments:

Post a Comment