JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Friday, June 29, 2012

Tudung Labuh

Assalamualaikum

Ramai yang berpandangan "sinis" kepada mereka yang bertudung labuh atau bertudung besar kan..ada yang kata kolot, ada yang kata tak cantik, ada yang kata out to date, macam orang tua, jadi ustazah la dan macam-macam lagi. Manusia memang suka bekata-kata walaupun tiada kaitan dengan dirinya.

tapi bagi aku tudung labuh dan tudung besar rasa lebih sesuai dan memenuhi tuntutan syariat..berbanding fesyen-fesyen tudung yang ada di pasaran. Aku nie berniat nak pakai tudung labuh, mudah-mudahan suatu hari aku dapat isitqamah. Amin :)...



Ada orang kata.. "jangan nak bangga sangat dengan tudung labuh atau besar, tudung labuh/ besar..tak semestinya baik ! "

Jawapan aku :

Bertudung labuh bukan untuk mengatakan diri bahawa "aku lebih baik dari orang yang bertudung pendek" atau pun " aku lebih banyak ilmu dari orang lain".

Kadang-kadang dengan tudung yang labuh & besar boleh menyebabkan diri kita "sedar" supaya tak terjebak dengan perkara yang tidak baik dan dapat juga mengawal diri menjadi lebih baik disebabkan bertudung labuh atau besar.

Sama juga kisahnya seperti orang berkopiah..kadang-kadang bukan disebabkan diri lebih banyak ilmu atau diri lebih baik, tapi dengan kopiah atas kepala..dapat menyedarkan diri daripada buat perkara tak baik dan sekaligus dapat menjaga iman.

Pakai lah apa pun, yang penting menutup aurat. Yang pasti..setiap orang nak buat yang paling terbaik kan? :)

Manusia memang tak sempurna, manusia tak kan boleh jadi sempurna tapi manusia boleh jadi yang paling terbaik. Kalau boleh, akhlak itu secantik penampilan diri.

Biasanya aku tengok mereka yang bertudung labuh ni ada pakej tau :

Tudung labuh + baju labuh + baju longgar + pakai stokin + baju tak jarang + tahap malu lebih tinggi + jaga pergaulan

Nie adalah kebiasaan..mungkin kalau korang nampak akhlak yang kurang baik, itu mungkin kes yang terpencil..bukan nak kata bertudung tak labuh atau tak besar itu yang sebaliknya, tapi sekarang aku cuma nak cerita tentang si pemakai tudung labuh je ~


P/s : Sentiasa nak buat yang terbaik ..insyaAllah


No comments:

Post a Comment