JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Monday, June 4, 2012

Perginya Dia

Semalam saya mendapat berita kematian duapupu saya Hasnah Hamzah.Arwah terlibat dalam kemalangan jalan raya di Tapah dalam perjalanan ke Ipoh dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. Menurut berita yang terima, ketika kemalangan, arwah sedang menyususkan anaknya dan duduk di bahagian belakang. .

Saat mendengarkan cerita berita itu, satu-satunya perkara yang memilukan hati saya adalah kerana anak-anak arwah masih kecil. Malah masih menyusu!

Al-Fatihah buat arwah Siti Hasnah binti Hamzah. Moga suaminya (Ahmad Naufal) dan dua anaknya yang masih kecil dan menyusu (ya Allah...) ditabahkan iman dan diberi kekuatan.

"Wahai jiwa-jiwa yang tenang, kembalilah kepada Rabb-mu dalam keadaan redha lagi diredhai.."



p/s: semoga roh Hasnah Hamzah yang disayangi ditempatkan dikalangan para shuhada'

~ takziah untuk seisi keluarga ibu saudara saya yang saya panggil maklong, Habshah Hj Mohd Ariffin..
sangat-sangat terkejut dgn berita pemergian beliau..:'(

4 comments:

  1. Sangat berdukacita dgn berita ini,kerana saya kenal naufal....suami arwah sepejabat dengan saya...innalillahiwainnailahirojiun...darinya kitq datang dan kepadanya kita kembali...semoga naufal dan anak2 serta keluarga nya tabah dengan kehilangan ini.

    ReplyDelete
  2. Al fatihah.sama2la kita mendoakan roh arwah dtempatkan d klgn org2 beriman & agr suaminya & seisi keluarga arwah tabah & redha ats pemergiannya.insyaAllah this weekend akn melawat keluarga arwah.alfatihah.

    ReplyDelete
  3. Al-fatihah. Moga Allah tempatkan sahabat kita ini bersama para solihin

    ReplyDelete