JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Thursday, March 21, 2013

Aku tidak mahu suami aku berdosa.

Assalamualaikum.

Aku tak mahu suamiku berdosa.
Lantas aku melabuhkan hijabku.
Berusaha menutup sempurna auratku.

Aku tak mahu suamiku berdosa.
Lantas aku perlengkapkan diriku.
Dengan ajaran agama.
Agar dapat membezakan.
Antara yang benar dan salah.

Aku tidak mahu suami aku berdosa. Lantas aku hadkan pergaulanku. Dengan yang bukan mahramku.
Aku tak mahu suami aku berdosa. Lantas aku menjaga diri aku. Agar terhindar dari fitnah manusia.




Aku tidak mahu suamiku berdosa. Kerana aku sayangkan suamiku.
Dan aku tidak mahu suamiku terhumban ke neraka jahanam kerana diri aku.
Aku tidak mahu suamiku berdosa. Kerana aku!

* Mohon hindar. Adik², kakak², makcik² semua. :(

No comments:

Post a Comment