JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Wednesday, March 13, 2013

Ketakutan Pernikahan



Assalamualaikum. :)

Moga semua sihat iman dan fizikal. InsyaAllah. :)

Siapa mampu menduga takdir yang bakal terjadi? Tiada siapa mampu menebak. Kan? :)
Kita hamba yang cukup lemah dengan keterbatasan ilmu yang kita ada. Allah..

Suatu ketika dulu, sebelum saya bernikah, saya ada bermacam ketakutan dan fikiran bukan-bukan tentang pernikahan.

Pada saya, saya belum bersedia.
Pada saya semasa dalam proses ke arah pernikahan suatu ketika dulu, saya masih 'kanak-kanak' riang ria yang masih bergantung itu ini pada ibu bapa saya.
Pada saya, usia saya masih muda.
Pada saya, saya masih mentah, sedikit pun tidak matang.
Pada saya, saya masih budak yang kuat merajuk.

Semua itu saya pada waktu itu.
Ya, tafsiran saya, fikiran saya.

Dan kerana itu, hati saya sering berbolak balik tatkala memikirkan pernikahan saya yang bakal berlangsung.
Hari demi hari, macam-macam ketakutan menghantui saya.

Hmm Segalanya berjalan begitu saja tanpa saya duga.

Seorang lelaki berkenan pada saya.
Terus mahu minta izin berjumpa orang tua saya
Saya katakan padanya: Jumpalah ibu bapa saya. Jika mereka kata ya, saya akan turut.sebab saya percaya bahawa takdir Allah itu sangat indah.
Mengatur pertemuan.
Pada bulan 9 2012, rombongan datang.
Segalanya berjalan begitu mudah sekali.
Ibu bapa saya mudah menerima. Tiada sebarang kontroversi.
Peminangan hari itu menjadi hari pertunangan bagi saya.
Saya terkedip-kedip.
"Ahh? Aku akan bernikah?"
Setelah pertunangan, barulah saya memikirkan tentang lelaki yang akan menjadi suami itu.
Hari demi hari, tibalah tarikh pernikahan.
02 March 2013 tarikhnya sama tarikh hari lahirnya yg ke __, saya sah menjadi isteri kepada suami saya.
Dia lelaki berani yang bertindak pantas.
Tidak memikir panjang, bila suka, dia bersungguh.

Itu saja, kisah ringkas bagaimana saya bernikah. Apapun, yang mahu saya highlightkan dalam perkongsian ini adalah tentang ketakutan-ketakutan saya sebelum bernikah.

Banyak yang saya fikirkan sepanjang tempoh pertunangan saya.
Allahh...

Dulu, saya fikir,
saya takut sangat nak hadapi situasi berada di rumah berdua dengan suami. Ah, bagaimana saya nanti?
Reti ke saya nak masak untuk suami?
Reti ke saya nak uruskan rumah?
Reti ke saya nak uruskan perbelanjaan rumah?
Reti ke saya nak jaga suami?
Reti ke saya nak berkasih sayang dengan keluarga mertua?
Reti ke saya nak jaga maruah suami?
Reti ke saya berakhlak mulia?
Reti ke saya didik anak-anak saya nanti?
Reti ke saya nak urus merajuk saya?
Reti ke saya nak menegur suami?
Reti ke saya nak terima teguran suami?

Dan, Reti ke saya nak jadi isteri solehah?

Oh. Saya budak-budak!
Saya tak reti!
Saya selalu mengatakan itu pada diri saya sebelum bernikah.
Saya selalu rasa tak yakin.
Saya selalu rasa nak berundur.
Hati saya selalu kata bukan-bukan.

Allah...

Tapi, semua tu jadi lenyap bila saya memikirkan ini.
"Allah tak akan takdirkan sesuatu yang tak mampu kita tanggung."

Hmm. Allah datangkan jodoh saya pada masa yang InsyaAllah tentu saja saya mampu dan saya sedia.
Kenapa bernegatif? Kalau saya ada pilihan untuk berpositif?

Bila saya fikir-fikir balik,
'sedia atau tak' itu bukan penanda ukur kita boleh nikah atau tak.
Yang saya kini faham, 'menjadi isteri solehah' itu memerlukan masa sepanjang hayat kita.
Kita sentiasa belajar.

Bukan kata, sebelum nikah kita kena ada 100% ilmu isteri solehah baru kita boleh nikah.
NO!
Kita perlu sentiasa dan sentiasa upgrade diri kita.
Nak jadi solehah bukannya senang. Kita perlu berhijrah hari demi hari, kena belajar hari demi hari.

:)

Alhamdulillah.
Kerana persangkaan baik dengan takdir yang Allah berikan pada saya ni,
saya jadi kuat dan yakin bahawa sekarang memang masanya saya untuk jadi isteri. Isteri yang solehah InsyaAllah.

:)

Oleh itu, Saya biarkan fikiran-fikiran negatif dan bisikan-bisikan syaitan berlalu pergi,
saya hadirkan fikiran-fikiran positif dan ketenangan dari Allah mengisi ruang hati saya.

Alhamdulillah. :)
Kini, saya sedang bahagia dan InsyaAllah akan terus bahagia hingga ke Syurga bersama suami.

:)

Ingat, bahagia tidak semestinya sentiasa senang tanpa kesedihan dan kesusahan,
tetapi, 'bahagia' adalah bila kita sentiasa membawa Allah dalam kehidupan kita tidak kira sedang senang mahupun susah.

Ya. Itulah bahagia. :)

Sekian perkongsian ringkas kisah saya,
doakan saya dan keluarga sentiasa dalam rahmat dan redha Allah. :)
InsyaAllah, saya juga akan mendoakan kalian semua. :)

Sebar Bahagia!
Takdir Allah Itu Indah . Begitu juga dengan NikmatNya kan!
:)

No comments:

Post a Comment