JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Friday, March 22, 2013

Bersyukurlah, akan ditambah nikmat Allah padamu!

Terpanggil untuk menulis.

Kejadian yang berlaku di sekeliling, membuat minda ini berfikir.

Nikmat mana lagi yang mahu aku dustakan?

Aku rasa walaupun perjalanan hidup aku ini tak selancar orang lain, namun aku tetap bersyukur sekurang-kurangnya aku tetap dapat merasa nikmat yang Allah turunkan, tanpa aku sedar.

>> Penat mengurus rumahtangga. Nikmat. Kerana sekurangnya Allah menyedarkan aku nikmat bersuami.

>> Penat bekerja. Nikmat. Kerana Allah sedang menyedarkan aku yang aku bertuah dapat membantu suami mencari rezeki hasil titik peluh sendiri.

>> Penat membayar ansuran kereta dan lain-lain. Nikmat. Kerana Allah menyedarkan aku, berkemampuan memiliki kemudahan itu semua. Seadanya.

>> Penat menunggu suami pulang kerja lewat malam. Nikmat. Kerana Allah mengajar aku erti kesabaran dan nikmat nafkah yang diberikan hasil titik peluh suami.

>> Penat memberi nasihat kepada sahabat. Nikmat. Kerana sekurang-kurangnya aku bukan hidup terpinggir tiada yang ingin bersahabat.

>> Penat menasihatkan adik-adik bawahan. Nikmat. Kerana sekurang-kurangnya aku mempunyai secebis ilmu untuk dipanjangkan pahala ke kuburan aku nanti.

>> Penat otak memikirkan masalah dan penyelesaian. Nikmat. Kerana sekurang-kurangnya Allah memberikan akal fikiran yang sempurna untuk berfikir.

>> Penat badan. Nikmat. Sekurang-kurangnya aku masih bernyawa!



I: Ada yang aku perhatikan masih tak nampak nikmat mencurah-curah yang Allah berikan kepadanya.

No comments:

Post a Comment