JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Monday, March 18, 2013

Melaka vs KL



Kanda..
Dinda tahu kita dah selamat kahwin..
Kehidupan kita juga jauh berbeza..
Cita-cita memisahkan kita..
Tapi dinda kagum dengan kesungguhan kanda untuk mengahwini dinda..
walaupun dinda tak dapat duduk bersama dengan kanda, tapi dinda harap kanda faham dengan tuntutan masing-masing..
Macam mane dinda nak ucap betapa syukur dinda dapat mengahwini jejaka sebaik kanda..
Walau usia perkahwinan kita masih muda, tapi dari awal ini lah dinda mahu tanamkan sifat taat setia hanya pada kanda..
Redhalah pada dinda..

Jika diberi peluang mahu saja dinda selalu berjumpa kanda.. Tapi apakan daya, mungkin ini takdirNya..
Kita akan bersama, tapi belum masanya..
Apa pun, ingatlah satu perkara..
Dalamnya kasih dan sayang dinda pada kanda tiada taranya..

Andai kanda tahu betapa rindu hati dinda pada kanda..
Pada dinda, ini bukan satu kelemahan.. Tapi satu kelebihan.. Pemangkin pada kanda untuk terus maju melangkah mencapai impian kanda, dengan adanya sokongan dinda..
Andai dinda tidak seperti yang kanda impikan.. ciri isteri itu..
Hendaklah dipimpin dinda ini, untuk jadi seperti itu..
Moga bahtera ini tidak hanyut walau hihempas ombak yang menggila..
Dinda yakin, kerana nakhodanya adalah kanda..
Mohon doanya ya ya kanda..
Pada kanda, dinda doakan agar jadi seperti yang diimpikan..
Akan ku jaga maruah kanda, akan ku jaga kanda sampai hujung nyawa ini..
Dinda di sini tak pernah lupa pada kanda.. sesibuk mana dinda, pasti dinda curi waktu untuk kanda..

p/s : sila berjiwang-jiwang setelah kahwin sahaja.. sekian =)
to Azman-- sayang kamoo..

No comments:

Post a Comment